Rabu, 25 Februari 2015

DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum...
Dah lama juga tak masak daging2 ni...Resepi yang di N3kan  kali ni dah lama buatnya...First time buat daging masak hitam...Tapi kalau masak kicap selalu ler..hihiii.Lebih kurang je kan..
Resepi saya jenguk di blog mamasya.Mekasih atas perkongsian.Memang sedap sangat..
Boleh tahan tone hitamnye tu..Penangan kicap..hihii

DAGING MASAK HITAM
Resepi asal;Majalah Mingguan Wanita
Sumber; Mamasya

Bahan-bahan
1 kg daging, potong nipis
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
Garam scukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering [saya kurangkan]
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara
1.Panaskan minyak masak.Tumis bahan hiris, bunga lawang, kayu manis hingga wangi.Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
2.Masukkan daging, air secukupnya, dan reneh sehingga daging empuk.Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam secukup rasa.Tambah aji jika suka.Biar kuah agak pekat dan secukup rasa.Bila daging cukup empuk,bolehlah hidangkan.[sekiranya daging tak cukup empuk, boleh tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kuah agak kering].

Selasa, 24 Februari 2015

MAKARONI TUNA BAKAR



Assalamualaikum
Hurmmm...tengok je gambar ni macam teringin terus nak makan...Tapi nak buatnya berkira2 la..Entahkan bila nak jadinya...Versi tuna yang saya adaptasikan masa saya buat ni sebab tak ada stock daging kisar, tp bahan2 lain ada...So, saya gantikan daging dengan tuna dalam tin.Mudah bukan, tak payah susah2 kan mikir..huhuu.Janji apa yang diidamkan dapat dinikmati.Tetap sedap dan menyelerakan.

Terima kasih atas perkongsian resepi dari blog djandchef.Untuk resepi asal, tak berlink sebab memang tak dapat nak cari.
Ok, sampai jumpa lagi di lain kelapangan...

MAKARONI TUNA BAKAR
Sumber asal;dayang@myresipi.com
Sumber adaptasi;djdanchef [MAKARONI BAKAR]

Bahan-bahan
250 gm makaroni
5 biji telur gred A
1 tin kecil tuna [resepi asal ialah daging]
2 biji bawang besar, potong dadu
2 ulas bawang putih, potong kecil
3 sudu minyak, untuk memasak
Garam dan serbuk perasa
Sedikit lada sulah

Untuk bahagian topping [atas]
Sos cili
Tomato puri [resepi asal sos tomato]
Mayonis dan keju
Keju cheddar yang diparut [resepi asal mozarella]

Alatan
Loyang bulat atau loyang 4 segi

Cara Memasak Makaroni
1.Pertama sekali, rebus makaroni sehingga empuk.Kemudian basuh dan toskan.Ketepikan.
2.Panaskan minyak di kuali.Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
3.Kemudian masukkan tuna.
4.Masukkan makaroni yang direbus tadi.
5.Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
6.Masukkan telur.Gaul semua sehingga bercampur.Ketepikan.
7.Sapu loyang dengan marjerin dan tuang semua adunan makaroni tadi ke dalam loyang.
8.Tabur keju shingga menutupi makaroni.
9.Kemudian picit sos cili, tomato puri dan mayonis di atasnya.
10.Bakar dengan suhu 180 darjah C selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni masak.
11.Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.

Isnin, 23 Februari 2015

BUBUR SUM SUM PANDAN


Assalamualaikum..
Dah puas bercuti ke semua sempena CNY.....Mudah-mudahan percuti anda sangat2 bermanfaat dan sentiasa dalam kemanisan...rasanya ramai yang pulang ke kg kan...meriah kan dpt bertemu wajah2 kesayangan terutama yang masih mempunyai ibu bapa tercinta..

Bubur sum sum pandan ni sedia maklum saya dah lama simpan gambar2nya..Memang berderet je tengok senarai menunggu untuk saya buatkan N3 walaupun ringkas.Seringkas resepi Bubur Sum Sum Pandan ni...hiihiiii.Sebelum ni saya dah pernah N3 kan resepi Bubur Sum Sum biasa di Damai Qalbu.Resepinya sama, cuma resepi kali ni saya tambahkan air kisaran daun pandan dalam adunan..Memang sedap disantap terutama ketika cuaca panas macam sekarang ni.

Ok..Selamat mencuba, dan sampai jumpa lagi ye...

BUBUR SUM SUM PANDAN
Oleh:rohah

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan, kisar bersama sedikit santan dan tapis
1 helai daun pandan, simpul
Pewarna hijau, jika mahu

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke  dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.


Air Gula merah/ Sirap
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.

Rabu, 18 Februari 2015

PURI


 Assalamualaikum..
Nampak puri, teringat pada arwah Bonda.Semasa hayatnya arwah suka buat puri untuk hingangan kami anak2..Tapi arwah dengan style dia, hasil purinya tebal tapi rapuh.Macammana dia buat, macam tu juga saya ikut.

Kali ni, ikut resepi oleh Sara yang saya temui dalam blog Kak Ita....Saya gandingkan dengan kuah Kari Sardin sebagai pencicah bagi mnggantikan kuah kari biasa atau dal..BIla makan puri ni pastikan di makan ketika masih panas2, memang sedap..jika tidak, puri agak liat untuk dijamah setelah sejuk pada suhu bilik.

PURI
Resepi;Sara
Sumber;Azlita Masam Manis

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak

Cara
1.Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar.Masukkan juga garam
2.Tuangkan air sedikit sedikit.Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan.
3.Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan.Uli lagi hingga doh lembut.
4.Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit.
5.Ambil sedikit doh sebesar guli.Canai doh nipis.Buat sehingga semua adunan habis.[Bentuknya tak kisah, kalau nakcantik, buat bulat-bulat]
6.Bila dah siap, goreng.



KARI SARDIN
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
1 tin sardin 
3 ulas bawang merah, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
3 inci halia, ketuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempak kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
2 sudu besar santan kotak
1 cawan air atau secukunya
Sedikit asam gelugor
Garam
Sedikit gula

Cara
1.Tumiskan bahan tumbuk, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan rempah kari dan kacau sekata sehingga tampak  garing.
2.Masukkan sardin dan kacau rata.Bubuh air dan renehkan.
3.Tuangkan santan dan asam gelugor.Renehkan lagi sehingga kuah kelihatan agak pekat.
4.Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Matikan api dan hidangkan.

Isnin, 16 Februari 2015

KEK MINYAK



 Assalamualaikum
Interframe gambar kek lama dalam ni.Jadinya memang dah habis lama tau..hiiiii.Nampak kek ni gebu moist dalam blog Kak Nik.Geraaammm je.Jawapannya kena buat lah klu dah macam tu tahapnya..hrrrrr

Tak sia2,...laju masuk mulut sepotong demi sepotong bila dah siap.Anak dara pun siap bawak bekal ke sekolah.Request lagi...Tapi sampai dibuat N3 ni belum buat lagi utk kali ke-2.Sabarlah ye...
OK, JUMPA LAGI..

KEK MINYAK
Sumber;Kak Nik

Bahan-bahan [5-6 orang]
5 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalet
1 st esen vanila
Pewarna
Sedikit garam

Cara
1.Ayak tepung dan baking powder.Ketepikan.
2.Pukul telur, gula, ovalet sampai gebu.
3.Masukkan susu pekat dan esen.Masukkan minyak dan pukul lagi.
4.Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
5.Bahagikan ikut pewarna.Selang selikan adunan dalam loyang sampai habis.
6.Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah C hingga masak.Selamat mencuba.

Selasa, 10 Februari 2015

RED VELVET



Assalamualaikum
Jumpa laagiiii....Publish kek red velvet yang sedap sangat.Abaikan ketidakkeruan gaulan kek yang terhasil tu ye..HIIHII..Belang2 sudah macam zebra, tak cukup rata kot tukang masaknya masa mengadun kek ni..erghhhh..

Apapun tq buat kak Azie atas resepi yang dipanjangkan dalam blognya.Saya tak bole lama2 ngadap lappy, keadaan tak mengizinkan..jumpa laagi ye..bye bye..

RED VELVET
Sumber; Azie

Bahan-bahan
2 1/2 cawan all purpose flour
1 sk garam
2 sudu besar cocoa powder [resepi asal 1sk]
1 1/3 cawan vegetable oil [resepi asal 11/2 cawan]
1 cawan buttermilk- suhu bilik [atau 1 sb jus lemon tambah 1 cawan susu]
2 sudu besar red food colouring
1 sk vanila extract
2 biji telur gred A, suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster [resepi asal 11/2 cawan]
1 ski white distilled vinegar
1 sk baking soda

Cara-cara
1.Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
2.Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
3.Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
4.Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung [masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki].
5.Dalam 1 mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda.Campuran akan berbuih atau berbusa.Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
6.Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah C selama 20-30 minit.[Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang]
7.Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang 10 minit.Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
8.Akhir sekali balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.[tak ikut langkah ni pun tak apa]

BEST EVER CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan
8 oz cream cheese, sejuk
5 sudu besar butter, lembut [70.8g /2.5oz]
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan gula aising, ayak

Cara
1.Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
2.Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai
3.Simpan di adalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya.Boleh disinpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari