Assalamualaikum...
Dah lama juga tak masak daging2 ni...Resepi yang di N3kan kali ni dah lama buatnya...First time buat daging masak hitam...Tapi kalau masak kicap selalu ler..hihiii.Lebih kurang je kan..
Resepi saya jenguk di blog mamasya.Mekasih atas perkongsian.Memang sedap sangat..
Boleh tahan tone hitamnye tu..Penangan kicap..hihii
DAGING MASAK HITAM
Resepi asal;Majalah Mingguan Wanita
Sumber; Mamasya
Bahan-bahan
1 kg daging, potong nipis
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
Garam scukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan kisar
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering [saya kurangkan]
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
Cara
1.Panaskan minyak masak.Tumis bahan hiris, bunga lawang, kayu manis hingga wangi.Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
2.Masukkan daging, air secukupnya, dan reneh sehingga daging empuk.Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam secukup rasa.Tambah aji jika suka.Biar kuah agak pekat dan secukup rasa.Bila daging cukup empuk,bolehlah hidangkan.[sekiranya daging tak cukup empuk, boleh tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kuah agak kering].