Rabu, 18 Februari 2015

PURI


 Assalamualaikum..
Nampak puri, teringat pada arwah Bonda.Semasa hayatnya arwah suka buat puri untuk hingangan kami anak2..Tapi arwah dengan style dia, hasil purinya tebal tapi rapuh.Macammana dia buat, macam tu juga saya ikut.

Kali ni, ikut resepi oleh Sara yang saya temui dalam blog Kak Ita....Saya gandingkan dengan kuah Kari Sardin sebagai pencicah bagi mnggantikan kuah kari biasa atau dal..BIla makan puri ni pastikan di makan ketika masih panas2, memang sedap..jika tidak, puri agak liat untuk dijamah setelah sejuk pada suhu bilik.

PURI
Resepi;Sara
Sumber;Azlita Masam Manis

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak

Cara
1.Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar.Masukkan juga garam
2.Tuangkan air sedikit sedikit.Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan.
3.Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan.Uli lagi hingga doh lembut.
4.Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit.
5.Ambil sedikit doh sebesar guli.Canai doh nipis.Buat sehingga semua adunan habis.[Bentuknya tak kisah, kalau nakcantik, buat bulat-bulat]
6.Bila dah siap, goreng.



KARI SARDIN
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
1 tin sardin 
3 ulas bawang merah, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
3 inci halia, ketuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempak kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
2 sudu besar santan kotak
1 cawan air atau secukunya
Sedikit asam gelugor
Garam
Sedikit gula

Cara
1.Tumiskan bahan tumbuk, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan rempah kari dan kacau sekata sehingga tampak  garing.
2.Masukkan sardin dan kacau rata.Bubuh air dan renehkan.
3.Tuangkan santan dan asam gelugor.Renehkan lagi sehingga kuah kelihatan agak pekat.
4.Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Matikan api dan hidangkan.

4 ulasan: