Rabu, 25 Februari 2015

DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum...
Dah lama juga tak masak daging2 ni...Resepi yang di N3kan  kali ni dah lama buatnya...First time buat daging masak hitam...Tapi kalau masak kicap selalu ler..hihiii.Lebih kurang je kan..
Resepi saya jenguk di blog mamasya.Mekasih atas perkongsian.Memang sedap sangat..
Boleh tahan tone hitamnye tu..Penangan kicap..hihii

DAGING MASAK HITAM
Resepi asal;Majalah Mingguan Wanita
Sumber; Mamasya

Bahan-bahan
1 kg daging, potong nipis
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
Garam scukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering [saya kurangkan]
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara
1.Panaskan minyak masak.Tumis bahan hiris, bunga lawang, kayu manis hingga wangi.Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak.
2.Masukkan daging, air secukupnya, dan reneh sehingga daging empuk.Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam secukup rasa.Tambah aji jika suka.Biar kuah agak pekat dan secukup rasa.Bila daging cukup empuk,bolehlah hidangkan.[sekiranya daging tak cukup empuk, boleh tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kuah agak kering].

5 ulasan:

  1. Si hitam manis...ahaks...terserlah keenakannya....

    BalasPadam
  2. Assalam kak rohah,
    Ramai betul yang update menu daging ya. Ni yang berkobar2 nak masak daging 1-2 hari ni. Lagi2 daging masak hitam ni. Memang sangat sedap makan panas2 dengan nasi putih. Lauk lain xde pn xpe.hehe

    BalasPadam
  3. Salam,

    Saya nak minta tolong review applikasi android ini boleh?

    Syarat kena install lepas itu review..
    Jika dah buat semua itu tinggalkan link diruang komen nanti saya hubungi anda untuk bagi Gift Voucher Code 12% discount untuk membeli di blogshop kami.

    Link ada dibawah ini

    New Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah

    Terima kasih

    BalasPadam