Assalamualaikum
Hurmmm...tengok je gambar ni macam teringin terus nak makan...Tapi nak buatnya berkira2 la..Entahkan bila nak jadinya...Versi tuna yang saya adaptasikan masa saya buat ni sebab tak ada stock daging kisar, tp bahan2 lain ada...So, saya gantikan daging dengan tuna dalam tin.Mudah bukan, tak payah susah2 kan mikir..huhuu.Janji apa yang diidamkan dapat dinikmati.Tetap sedap dan menyelerakan.
Terima kasih atas perkongsian resepi dari blog djandchef.Untuk resepi asal, tak berlink sebab memang tak dapat nak cari.
Ok, sampai jumpa lagi di lain kelapangan...
MAKARONI TUNA BAKAR
Sumber asal;dayang@myresipi.com
Sumber adaptasi;djdanchef [MAKARONI BAKAR]
Bahan-bahan
250 gm makaroni
5 biji telur gred A
1 tin kecil tuna [resepi asal ialah daging]
2 biji bawang besar, potong dadu
2 ulas bawang putih, potong kecil
3 sudu minyak, untuk memasak
Garam dan serbuk perasa
Sedikit lada sulah
Untuk bahagian topping [atas]
Sos cili
Tomato puri [resepi asal sos tomato]
Mayonis dan keju
Keju cheddar yang diparut [resepi asal mozarella]
Alatan
Loyang bulat atau loyang 4 segi
Cara Memasak Makaroni
1.Pertama sekali, rebus makaroni sehingga empuk.Kemudian basuh dan toskan.Ketepikan.
2.Panaskan minyak di kuali.Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
3.Kemudian masukkan tuna.
4.Masukkan makaroni yang direbus tadi.
5.Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
6.Masukkan telur.Gaul semua sehingga bercampur.Ketepikan.
7.Sapu loyang dengan marjerin dan tuang semua adunan makaroni tadi ke dalam loyang.
8.Tabur keju shingga menutupi makaroni.
9.Kemudian picit sos cili, tomato puri dan mayonis di atasnya.
10.Bakar dengan suhu 180 darjah C selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni masak.
11.Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.
alaahaiiii rohah ini boleh mendatangkan gerem ni hahaa..
BalasPadamSedapnya..cantik kejadian nakaroni bakar kak rohah..
BalasPadamSedapnya..cantik kejadian nakaroni bakar kak rohah..
BalasPadamassalam kak rohah.
BalasPadamSukanya tengok kejadian makaroni akak ni. Jarang dapat, kalau ada depan mata memang sepinggan tak cukup.
Salam kak rohah.. lama x berBW.. bz skrg nih, rindu zaman2 dpt bw tiap2 hari. cantik kejadian makaroni akak nih :)
BalasPadambest tebal makaroni....
BalasPadam