Assalamualaikum...
Selamat malam rakan2 yang dikasihi, bertemu lagi di sini..alhamdulillah.Mudah-mudahan ada keberkatan dari yang Esa.Beberapa hari lagi semua umat Islam akan menyambut Aidil Adha, semoga kita dapat meraikannya dengan penuh kesyukuran.
Hari ni ingin berkongsi rasa Kek Chesee Bersalji yang sangat mabeleeessss, kaya ngan rasa lemak2 cheese..Memang teruja bila tengok kawan2 kat luar sana dah mencuba kek ni.Lagi terpaut hati saya bila ternampak Kak dZana punya kek hari tu, simpan terus hajat tu menjadi rindu membara nak membuatnya & teringin nak makan semenjak dua menjak ni.Kali ni memang tak berlengah2...
Mengasyikkan..
TQ kepada pemilik resepi ini dan kak dZana yang sudi berkongsi rasa...
KEK CHEESE BERSALJI @ SNOW CHEESE CAKE
Bahan-bahan:
6 biji telur (buang 2 putihnya)
100gm gula halus
100gm tepung Hong Kong (Blue Key Superfine pun boleh juga)-saya guna Self Raising Flour
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder (saya tak letak)
2 sudu makan ovalet
75gm mentega | dicairkan
Bahan Untuk Krim:
1 kotak cream cheese Philadelphia (saya guna cream cheese Tatura)
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
Bahan Untuk Topping:
1/2 kotak Kraft Cheddar Cheese | parut
Esen Vanila (saya tak letak)
Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sedikan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit hingga ke 1 jam, dengan kepanasan 150 darjah celcius.(saya bakar 1 jam lebih: ikut oven masing2)
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong ditengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese Kraft yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.(Guna mata parut yang halus).
9.Masukkan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.Selepas itu barulah dipotong.