Selasa, 29 Oktober 2013

KARI AYAM [tanpa santan] vs PULUT KUNING


Assalamualaikum...
Alhamdulillah bersua lagi...Kita layan kari ayam tanpa santan lah ye...Kiranya dah selalu buat kari ayam tak bubuh santan cuma untuk digandingkan dengan pulut kuning ni, saya bubuh air secukupnya [agak2] untuk mendapatkan lebihan kuah yang pekat supaya sedap dicicah dengan pulut.Caranya ialah renehkan kuah kari dengan api yang sederhana perlahan agar kuah pekat dengan cantik.
KARI AYAM [tanpa santan]
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 kilo ayam, potong kecil
1 labu bawang besar, cincang
1 labu bawang besar, kisar
5 ulas bawang putih, kisar
2 cm halia, kisar
3 biji buah keras, kisar
2 kuntum bunga lawang
4 cm kayu manis
6 sudu besar serbuk rempah kari,  bancuh dengan sedikit air [saya guna BABAS]
1 sudu besar serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
2 biji kentang, potong kecil
Air secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan;
1.Tumiskan bawang besar cincang, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.Masukkan bahan-bahan kisar diikuti rempah kari dan cili serbuk.Teruskan menumis sehingga pecah minyak.
2.Masukkan ayam, gaul sebati.Curahkan air secukupnya, masukkan kentang, daun kari dan tutup kuali.Gunakan api sederhana dan renehkan sehingga kuah agak memekat.[saya reneh agak lama]
3.Apabila ayam dan kentang hampir empuk, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.Setelah masak, tutup api dan hidangkan bersama pulut.

PULUT KUNING
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 cawan pulut* | rendam1-2 jam bahan bertanda (*)
1 keping asam gelugor*
Serbuk kunyit*
Air secukupnya*
2 cawan santan pekat**
1 sudu besar garam** | satukan bahan brtanda (**)
2 sudu minyak masak

Cara:
1.Rendamkan bersama bahan2 bertanda (*) selama 1-2 jam.Cuci bersih dan toskan.
2.Didikan air dalam periuk kukusan.
3.Alaskan kukusan yang berlubang dengan plastik yang telah dilubang-lubangkan.Letakkan pulut di atas plastik tadi.Ratakan dan kukus selama 20 minit.
4.Buka penutup kukusan, kacau gaul pulut tadi.Curahkan santan ke atas pulut dan gaul lagi supaya sebati.Sambung semula mengukus selama 20 minit.
5.Sudukan pula minyak ke atas pulut dan gaul lagi.Kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.
6.Pastikan pulut masak dan tutup api.

Sabtu, 26 Oktober 2013

TALAPIA MASAK GULAI TEMPOYAK

Assalamualaikum..
Siaran tertunda...dah lama habis..heheeee.Suka sangat hirup kuahnya.Dulu pernah saya buat hidangan ni, tapi menggunakan ayam...Yang ni tukar pulak dengan ikan talapia...Tang kuah tu, meeeemang asyik nak hirup je..segerrrr deh..

TALAPIA MASAK GULAI TEMPOYAK
Adaptasi;AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
Resepi:majalah RASA

Bahan-bahan:
4 ekor talapia | potong 
15 biji cili padi | kisar (saya kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air/ secukupnya

Cara memasak:
1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ikan, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.

Rabu, 23 Oktober 2013

KEK PANDAN BADAM

Assalamualaikum..
Malam ni betol2 saya muncul..hahha...Siang tadi cak ba kejap je dengan segelas air sirap selasih yang sangat telus bila dicurah ke corong tekak...nyaman sekali..

Apa kabo la saya ye..uhuuu, alhamdulillah sihat seadanya..Ampun maaf saya tidak BW, apatah lagi nak update...Maafkanlah ye..Betul2 rindu melayari tapi apakandaya jika tidak berkeizinan..

Hari ni menyelitkan N3 kek yang bertukar bulan sudah dari tarikh dibikinnya iaitu pada penghujung syawal yang lalu.Hanya menggunakan putih telur sahaja..Untuk elakkan pembaziran, gunakanlah putih telur tersebut bagi menghasilkan sebiji kek yang enak dan lembut..hampir sepadan macam kek chiffon..

KEK PANDAN BADAM
Resepi;Majalah Sedap

Bahan-bahan;
300 gm putih telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh krim tartar
150 gm gula pasir
5 titik pewarna hijau tua
1/2 sudu teh esen pandan
50 gm santan pekat segera
180 gm tepung gandum
50 gm serbuk badam
50 gm minyak masak
15 gm hirisan badam, hiris panjang untuk taburan 

Bahan-bahan;
1.Pukul putih telur, garam dan krim tartar sehingga setengah kembang.Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kembang.
2.Masukkan pewarna hijau, esen pandan dan santan sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan.
3.Masukkan tepung gandum sambil diayak dan dikacau rata.Tambahkan serbuk badam.Masukkan minyak masak.Kacau rata.
4.Tuangkan di dalam loyang bersaiz 20x20x7cm yang disapu marjerin, dilapisi kertas minyak dan ditabur nipis tepung gandum.Taburkan hirisan badam.
5.Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 180 C selama 35 minit sehingga masak.


Sirap Selasih

Assalamualaikum..
----wordless wednesday----
jumpa lagi...

Rabu, 16 Oktober 2013

ASAM PEDAS IKAN PARI ala JOHOR


Assalamualaikum..
Kiranya sudah menjadi kebiasaan juga saya memasak asam pedas menggunakan daun limau purut sepertimana yang selalu bonda saya buat.Harumannya cukup memukau.

Terpikat saya dengan N3 Asam Pedas Ayam-JOHOR Erma tempohari..lantas ingin mengadaptasikannya dengan stock ikan pari yang ada dalam esbox saya masa tu.Suka tengok kuahnya yang pekat..tapi time masak ni sengaja saya tambahkan kuahnya untuk dihirup2..Keterujaannya yang paling ketara sebab nak rasa asam pedas yang dicampurkannya dengan lada hitam..memang betul2 sedap rupanya..TQ Erma, mahu dibuat lagi rasanya..
ASAM PEDAS IKAN PARI ala JOHOR
Resepi asal; ASAM PEDAS AYAM-JOHOR
Oleh;Erma

Bahan-bahan;
800 gm ikan pari [resepi asal; 1/2 kg ayam]
2 biji tomato, potong 4
3 tangkai daun limau purut
3 batang serai

Bahan tumis;
7-8 sudu besar cili kisar [ikut kepedasan]
7 biji bawang merah'
3 ulas bawang putih'
1 inci halia'
1 inci lengkuas'
1 inci kunyit hidup'
1sudu lada hitam', tumbuk halus [saya guna 1 sk]
1-2 cawan air asam jawa [saya lebihkan air]
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara;
1.Kisar semua bahan bertanda ['] sehingga terbit minyak.
2.Kemudian masukkan serai, terus menumis sehingga bahan sebati masak.
3.Masukkan ikan, tutup sebentar sehingg ikan empuk dan sebati.
4.Masukkan air asam jawa.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Akhir sekali masukkan daun limau purut dan buah tomato.Biarkan seketika.
7.Sedia dihidangkan.

Jumaat, 11 Oktober 2013

KARI IKAN GAYA GOA

Assalamualaikum
Salam jumaat semua, hari yang penuh keberkatan..Cerita lauk pagi ni, manalah tahu ada yang teringin nak masak kari hari ni, bolehlah terus pick-up..
TQ buat penyumbang2 resepi atas resepi yang sangat sedap ni..Saya dapatkan sumbernya dari Kak Yatie.Mula2 baca memang rasa sedikit hairan sebab tak tulis pun serbuk kari dalam bahan-bahan utamanya, tapi kat tajuknya ada pulak tertera perkataan ''kari''.Lantas teruja nak mencuba sebab nak rasa kari hasil resepi Chef Wan ni.
Ternyata hasilnya tak mengecewakan, tak lari rasa dia dari tajuk asalnya,''kari''..Kalau macam ni, bila stock serbuk kari habis, bolehlah pakai resepi ni..Asalkan bahan asasnya mencukupi..

KARI IKAN GAYA GOA
Resepi;Chef  Wan
Sumber;Mat Gebu, Yatie

Bahan-bahan;
600 gm ikan tenggiri [saya guna bawal emas]
3 biji tomato, dikisar halus
3 biji cili hijau [saya guna cili merah]
3 camca besar serbuk ketumbar, dikisar halus
3 camca besar serbuk jintan putih, dikisar halus
2 camca teh serbuk kunyit, dikisar halus
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar
500 ml santan
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya;
1.Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
2.Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
3.Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata.Bila mendidih masukkan ikan dan jus asam jawa.Kacau perlahan.Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
4.Masukkan tomato dan masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api.Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata.





Rabu, 9 Oktober 2013

BINGKA KELADI


Assalamualaikum..
Bila angin rajin sudah ke mari....ye ke rajin,..tak jugak.Tapi disebabkan banyak ubi keladi yg saya angkut dari kg tak langsai lagi, jadi terus je nak menerai bingka keladi..lepas ni apa pulak yg jadi kat ubi keladi tu pun saya tak pasti...Tapi tekak dah teringin mkn koci keladi..uuuihhhh..tekak ni mmg suka mengorder.Tapi rasanya bukan salah tekak...nafsu..ehhhh..Ya Allah, nafsu makan manusia ni memang tak boleh dibendung...uhhh astaghfirullah..


Sebenarnya try n error je sukatan untuk bingka keladi ni, tapi alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Lembut je dimakan.Selamat mencuba.

BINGKA KELADI
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
2 cawan isi keladi
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan santan
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Sedikit pewarna ungu 
Bijan secukupnya

Cara:
1.Kupas keladi, buangkan kulitnya, potong dadu dan rebus.Toskan.
2.Satukan isi keladi yang telah direbus bersama gula, telur dan santan ke dalam pengisar.Kisar halus.
3.Campurkan bahan kisar bersama tepung gandum dan garam.Kacau rata supaya tidak berketul.Titiskan sedikit pewarna ungu dan masukkan minyak masak.Sebatikan.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lengserkan acuan dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalamnya.Taburkan bijan.Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah.
5.Sejukkan dan potong.


KARI AYAM ACEH

Assalamualaikum..
Lama sungguh saya simpan gambar n resepi ni...bulan berapa pun dah tak ingat..Special kari ni, berasaskan nama negara jiran, memang resepi ori dari seberang.Cuba baca bahan2nya, mesti dah terbayang kelazatannya..kan kan..Bagi saya rugi kalau tak cuba kari yang sedap ni..ada keenakannya tersendiri..sila jamu matalah ye..


KARI AYAM [ACHEH]
Resepi;Majalah Sedap

Bahan-bahan;
1 ekor ayam, potong 8 bahagian
4 ulas bawang putih, hiris nipis
3 tangkai daun kari
3 batang serai, ambil putihnya dan ketuk
3 cm kayu manis
1/2 sudu teh serbuk pala
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji tomato merah, dipotong-potong
1/2 susu makan garam
3/4 sudu teh gula pasir
700 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
2 sudu makan marjerin untuk menumis

Bahan kisar;
1/2 sudu makan ketumbar
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 cm halia
5 biji cili merah kerinting
2 biji cili merah besar
3 biji buah keras, sangai

Cara membuatnya;
1.Lumur ayam dengan 1 sudu makan air asam jawa dan 1/2 sudu makan garam.Biarkan selama 20 minit.
2.Tumis bawang putih dan bahan kisar sehingga terbit aroma.Masukkan daun kari, serai, serbuk kayu manis, serbukpala, cengkih, buah pelaga dan tomato merah.Kacau rata.
3.Masukkan ayam.Kacau sehingga berubah warna.Masukkan garam, gula pasir dan santan.Masak sehingga matang dan menyerap.

Selasa, 8 Oktober 2013

TEPUNG BUNGKUS


Assalamualaikum..
Antara koleksi menu yang dah lama kedap udara dalam tuppaware..heheee...buat bulan puasa ari tu...maklum enjin baru panas ni sejak beberapa hari..jadi kena tatih slow2 ye..
Ramai dah kenal dengan uih ni gamaknya kan...

Bulan berapa hari tu, tekak mengidam sangat kuih ni..['tekak'...grrr].Google2 terus pecut ke dapur Kak Chah.Terliur....serius.TQ Kak Chah...mana kak chah ni...dah lama dia tak muncul, buzy  biz kot..

Sebab suka kuih ni, memang terover makan la..sedap la jawapan saya..uhuuuu..nak makan lagi, tapi M kuat melanda sejak kebelakangan ni..

Selang beberapa hari saya buat lagi kuih tepung bungkus ni...guna resepi orang lain, hasilnya pun lebih kurang sama.Nanti kita tayang pulak resepi yg tu insyaAllah.
TEPUNG BUNGKUS
Resepi; Bonda Kak Chah
Sumber; Kak Chah

Bahan Inti;
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
Sedikit gula merah india [jika gula melaka agak pudar warnanya]
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam

Cara-cara;
1.Masak air dengan gula.Masukkan daun pandan
2.Jika menggunakan gula merah india, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
3.Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
4.Tambah gula putih jika masih kurang manis.Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit.Perasakan dengan secubit garam.
5.Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen.

Bahan-bahan pembalut inti;
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung pulut hitam [jika guna tepung pulut sahaja pun tak menjadi masalah]

Cara-cara;
1.Bancuh dengan air hingga adunan tidak melekit pada tangan.
2.Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan dan balut inti.Buatkan seperti bebola.Ketepikan.

Bahan-bahan badan kuih;
1 1/2 cawan tepung beras
6 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan

Cara-cara;
1.Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
2.Masukkan garam dan daun pandan.
3.Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental.Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit berketul-ketul, jangan khuatir.Kacau cepat-cepat dan bila adunan ini masak, ketulan itu akan hilang.

Cara untuk assemble kuih;
1.Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih.
2.Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.
3.Buat 2 biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik.
4.Bungkus dengan kemas.
5.Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit.Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus, biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.




Isnin, 7 Oktober 2013

KEK PISANG MENTEGA KACANG

Assalamualaikum..
Padat, tetapi lembut dan sedap...Benarlah sebagaimana yang diperkatakan oleh Kak Amie tentang Kek Pisang Mentega Kacang yang diolahkannya dari pisang tanduk..Memang tak pernah dengar orang buat kek menggunakan pisang tanduk, sehinggalah saya terbaca N3nya sebelum ni di Amie Little Kitchen..
Cepat2 saya pasang niat nak buat sebab saya ada tanam pokok pisang tanduk gamaknya..ki2.Kiranya sebagai persediaan awal jika ada stock pisang tanduk yang masak ranum dan sesuai untuk dijadikan kek tersebut, bolehlah sy terus pick up resepi kak Amie ni.

''Kak Amie................inilah hasilnya''.Lama saya perap gambar ni..Kalau tak silap time bulan puasa ari tu saya buat kek ni..Terlampau rajin kan saya, simpan lama2 jd koleksi..hehee..
Untuk butter tu saya guna sapuan mentega kacang yang berperisa coklat..Sebab tu warnanya jadi reduuuup je mata memandang..heheee.Tak cerahlah kan...Yang penting sedap..lemak2 gitu..Jadi lepas ni tak usah teragak-agak nak mengadapatasikan pisang tanduk dalam kek kita..SeDAAP.. Tq atas resepinya kak.

KEK PISANG MENTEGA KACANG/PEANUT BUTTER

Bahan-bahan;
2.5 cawan tepung gandum [2 1/2 cawan]
400 gm pisang masak ranum [sebaiknya pisang berangan]
4 sudu makan mentega kacang halus/peanut butter [saya guna sapuan peanut butter perisa coklat]
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak canola [minyak jagung/ minyak kelapa sawit/ mentega cair]
4 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh esen pisang [saya tak letak]
Secubit garam

Cara;
1.Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.
2.Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3.Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4.Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
5.Masukkan garam, esen pisang dan pisang lecek.
6.Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
7.Tutup mixer dan masukkan minyak.Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
8.Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai.
9.Bakar dengan api sederrhana 180 darjah' C selama 40 minit atau sehingga masak.Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate.Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api.Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.





Khamis, 3 Oktober 2013

MARSHMALLOW MUFFINS


Assalamualaikum
Mungkin dah start panas enjin untuk ngupdate blog ni kot...[dlm hati.. ].. kotnyelah ye....harap2 gitulah.Hari2 maunya teringat kat blog gagah tak seberapa ni..tapi  bagai terasa kekangannya..
Lama tak bukak cerita mufin..lama ke/..entahlah.
Terkesan dari membelek-belek buku mufin yg dibeli kat Pesta Buku di PWTC ari tu [tak gi pun, kirim je..uhhh] nampak resepi ni, teringat pulak ada marshmallow, teringat jugak pesan Si Kecik minta saya buat mufin time saya demam bulan 7 hari tu..langsung terus saya kisah..Dalam hati masa tu tertanya2..boleh gak marshmallow menyelam dalam muffin ni ye...

Hasilnya muffin terasa lembut2 dan liat bila tergigit pada isi marshmallow..Zahir muffin, tengok je pd gambar2 tu..itulah dia keistimewaannya..Muffin ni tahan lama pada suhu bilik.Hampir seminggu saya biarkan baki mufin begitu saja.Mungkin pengaruh marshmallow...mungkin.... 

MARSHMALLOW MUFFINS
Recipe;BOOK LOVE FOOD

Ingredients; [Makes  12]
70 g butter
275 g plain flour
6 tbsp cocoa powder
3 tsp baking powder
85 g caster sugar
100 g milk chocholate chips
55 g multicoloured mini marshmallows
1 large egg, beaten
300 ml milk

Method;
1.Line a 12 cup muffin pan with muffin paper cases.Melt the butter in a pan.
2.Sift the flour, cocoa and baking powder together into a large bowl.Stir in the sugar, chocholate chips and marshmallow untill thoroughly mixed.
3.Whisk the egg, milk and melted butter together in a separate bowl, then gently stir into the flour to form a stiff mixture.Divide the mixture evenly between the muffin liners.
4.Bake in a preheated oven, 190' C, for 20-25 minutes or until well risen and golden brown.Remove from the oven and cool in thr pan for 5 minutes, then place on a wire rack to cool completely.


Selasa, 1 Oktober 2013

PERTEMUAN KAMI KERANA KASIH SAYANG MU YA ALLAH

Tuan rumah;berbaju purple
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..itulah ungkapan yang sering kita dengar apabila kita melihat sesuatu yang berlaku adalah di luar kemampuan dan jangkauan kita.Namun saya percaya semua yang berlaku sekalipun bukan kehendak kita, pasti ada hikmah dan kemanisan di sebalik ujian yang telah Allah turunkan kepada setiap hamba-hambaNya.

google
Ibarat siang bertemu malam dan saling silih berganti keduanya saban hari, tepat pada tiap ketikanya.Namun sesekali mendung, ribut ataupun taufan yang datang tanpa kita duga adalah di luar kemampuan kita.Apabila sesuatu ujian menimpa kita, kita redha dan pasrah dengan sisipan 1000 doa dan harapan  agar kita dapat melalui ujian itu dengan tenang dan sabar...Tandanya ALLAH sayangkan kita...

google
google
Selepas tamat tingkatan 5 pada 1994 sehinggalah pada 28 september 2013 [sabtu] baru2 ni, barulah saya dipertemukan dengan salah seorang rakan sekolah yang dikhabarkan kurang sihat semenjak 2 tahun yang lalu.Begitu lama kami tidak bertemu, hampir 19 tahun yang lalu.Berkesempatan itu, saya bersama rakan2 lain [rakan sekolah dulu] sempat membuat kunjungan/ziarah ke rumah beliau dan suaminya yang juga merupakan rakan sekolah kami juga.Gembira pun ia, terharu pun ia..DOA kami semoga kamu berdua diberi kekuatan yang hebat dari Allah s.w.t. untuk meneruskan kehidupan ini dengan sabar dan tenang..Moga ada sinar bahagia buat anda berdua..
google

Antara yang hadir;
Tuan rumah;berbaju merah



-Doakan rakan saya agar terus pulih ye....-