Salam manis semua, moga ceria-ceria bersama keluarga tersayang..
"Ramuannya mudah dan kelihatan ringkas", inilah dia masakan ungkep yang sinonim dengan masyarakat jawa.Cuma jika ada perbezaan di antara jawa berlainan tempat pun, tidaklah begitu ketara.
Untuk resepi Ungkep Sotong ni, saya dapatkannya dari sebuah majalah.Resepi asalnya adalah Ayam Ungkep.Resepi ni lebih kurang sama dengan resepi yang saya selalu buat ni, cuma saya tak bubuh biji ketumbar dan jintan halus.
SOTONG UNGKEP
Sumber rujukan:Ayam Ungkep (Majalah Rasa)
Bahan-bahan:
12 ekor sotong | dibersihkan
4 batang serai | ketuk
Sedikit serbuk kunyit (item ni saje saya tambah)
Sedikit serbuk kunyit (item ni saje saya tambah)
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan tumbuk:
2 labu bawang besar
5cm kunyit hidup
5cm halia
2 sudu makan ketumbar* (pastikan ditumbuk lumat)
2 sudu makan jintan halus*
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kunyit serta serai sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil bahan tumisan digaul rata agar tidak terlalu garing.Biarkan mendidih seketika.
3.Seterusmya masukkan sotong dan air secukupnya.Didihkan sehingga sotong empuk. (saya didihkan sebentar sahaja -tidak lebih dari 5 minit agar sotong tidak liat.)
4.Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
note:resepi asal ialah 4 ketul ayam dan ukuran bahan perencahnya adalah separuh adunan dari yang saya gunakan untuk masakan sotong ni.
note:resepi asal ialah 4 ketul ayam dan ukuran bahan perencahnya adalah separuh adunan dari yang saya gunakan untuk masakan sotong ni.