Selasa, 30 April 2013

TALAPIA GORENG SAMBAL AROMA PURUT

Assalamualaikum...
"Sedapnya ikan talapia", begitulah detik perasaan penggemar2 ikan talapia bila nampak bayang ikan talapia kan...Yang kurang/ tak gemar mesti ada jawapan tersendiri.Mungkin antaranya disebabkan oleh baunya yang hanyir dan sebagainya.Tapi bagi saya ikan2 sungai ada keenakan yang tersendiri sekalipun baunya yang kurang enak, sememangnya sedap.


Walaupun hanya digoreng biasa, ianya tetap memberi kepuasan tersendiri, mentelahan jika diratah begitu sahaja.Jika dibuat sambal, di masak lemak kencur atau sebagainya lagilah membangkitkan selera..Itulah pendapat saya..
TALAPIA GORENG SAMBAL AROMA PURUT
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 kg ikan talapia | Goreng 
1 labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
8 cili merah | kisar
5 cili padi merah | kisar
5 cili padi hijau | kisar
1 cm halia | kisar
5 helai daun purut
1 keping asam gelugor
Sedikitair.
Garam
Gula
Minyak masak

Cara:
1.Lumurkan ikan talapia dengan garam dan kunyit, gorengkan separa masak.Ketepikan.
2.Tumiskan bawang besar hingga layu.Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik minyak.
3.Masukkan air (sedikit sahaja).Biarkan sekejap.Masukkan asam gelugor dan daun limau purut.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4.Masukkan ikan dan gaul sebati.
5.Matikan api.

Isnin, 29 April 2013

LEMPER

Assalamualaikum...
Bersua lagi hari ini...Saya doakan rakan maya semuanya sihat dan dapat meneruskan aktiviti harian dengan sebaiknya.2 hari saya off dari BW ke blog kawan2.Ada masa saya akan jalan2 juga nanti insyaAllah.

Hari ni memperkenalkan kuih tradisi masyarakat jawa di Selangor, untuk masyarakat jawa di segelinap negeri lain saya tak pastilah pula.Kirannya kuih LEMPER ni memang menjadi kuih famous ketika musim kenduri kendara sebagai hidangan untuk tetamu dan orang yang buat kerja rewang/ kejobos.

Pengalaman membungkus LEMPER ketika saya kecik dulu di rumah jiran2 yang mengadakan kenduri kahwin yang membolehkan saya membungkus kuih ni.Kalau tak, mungkin tak dapat saya nak memokan pengalaman itu di halaman ini.Walaupun tidak secekap makcik2 di kampung, tapi bolehlah setakat membuatkan bungkusan kuih ni tak terburai ketika dikukus..ahaaa hhaaa..


Macam mana nak sebut perkataan LEMPER tu ye??..sebab vokal "e" kita mempunyai 2 tugasan bunyi.Tapi untuk perkataan LEMPER ni, 2 ketul huruf  "e" yang terkandung dalam perkataan tersebut disebut seolah2 menyebut suku suku kata "e" dalam perkataan "EMAS"..Heee hhee, dah siap explain macam guru bahasa pulak dah..

Rasanya memang sedap sebab digandingkan dengan inti/ serunding tu.Sukatan gula dan garam dalam inti ni memang banyak untuk menyeimbangkan rasanya.Jika sedikit, ianya memberikan kesan yang tidak enak pada kuih yang kita buat setelah kuih LEMPER ini siap dikukus.Itulah rahsianya.Bagi sesiapa yang teringin menikmati keenakan rasa kuih LEMPER ni, bolehlah rujuk cara penyediaan dan pembungkusannya di bawah.Selamat mencuba. 

LEMPER
Rujukan:Bondaku Tercinta
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (15 biji)
2 cawan pulut
1 1/2 santan pekat
1 sudu kecil garam

Cara:
1.Rendamkan pulut selama 1 jam.Cuci dan toskan.
2.Didihkan air dalam periuk kukusan.
3.Satukan pulut, santan pekat dan garam dalam loyang.Kukus selama 30 minit.

INTI/ SERUNDING (sesuai untuk 2 adunan pulut di atas)
Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut | sangai sampai perang, tumbuk
20 gm udang kering | goreng, tumbuk
5 ulas bawang putih | hiris & goreng, tumbuk
1 batang serai | hiris nipis, goreng, tumbuk
10 biji lada putih | tumbuk
4 - 5 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Cara:
1.Sangrai kelapa parut hingga perang.Tumbuk.(jangan sampai jadi kerisek ye, agak2 lumat macam nak buat serunding nasi kerabu).Ketepikan.
2.Gorengkan hirisan bawang putih, serai dan udang kering.Tumbuk lumat.
3.Dalam satu mangkuk, satukan kelapa sangai yang telah ditumbuk tadi bersama bahan2 gorengan yang ditumbuk lumat.
4.Gaulkan pula dengan lada putih tumbuk, gula dan garam hingga sebati.


LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN & MEMBUNGKUS LEMPER
1.Sediakan daun pisang yang dikoyakkan menjadi saiz seperti di bawah untuk dijadikan barut (untuk membalut pulut).
 

2.Sediakan daun pisang dan batang  lidi secukupnya.Layur sekejap daun pisang untuk memudahkan proses membungkus.

3.Inti/ serunding.

4.Supaya pulut tidak melekat ketika dileperkan, gunakan plastik membungkus sebagai pengalas pulut.Sarungkan tangan kita dengan plastik juga jika boleh.Setelah pulut dileperkan, bubuhlah inti ke dalamnya.

5.Kepalkan pulut secara membujur panjang.Padatkan agar inti tidak terkeluar.

6.Ambil barut daun pisang (item no.1 di atas), dan balutkan kepalan pulut dengan kemas.

7.Buat sehingga pulut habis untuk memudahkan proses seterusnya.

8.Lihat cara membungkus pulut pula.Hamparkan helaian daun pisang, dan letakkan balutan pulut.Lihat gambar di bawah.

9.Lipatkan tepi daun pisang ke bahagian tengah.

10.Lipatkan bahagian tepi daun pisang yang sebelahnya lagi untuk langkah yang sama sepeti item no.9.

11.Kemudian lipatkan sisi daun seperti gambar di bawah.

12.Kepilkan dengan lidi supaya lipatan tidak terbuka.

13.Buat lipatan yang sama untuk sisi yang satu lagi.Beginilah rupa bentuknya setelah siap.Jika mahu, gunting sedikit hujung daun yang berkepil dengan lidi supaya kemas.(jika tak nak pun tak apa).

14.Buat sehingga habis.Susun dalam loyang kukusan.Kukus selama25 minit.Sejukkan, dan hidangkan.

Jumaat, 26 April 2013

KUIH BAKAR KEMBOJA

Assalamualaikum..
Dulu masa kecik2 saya memang penggemar tegar kuih bahulu kemboja yang original yang jenis berkerak gulanya tu..Memang setiap kali jualan di bazar ramadhan pun, memang bahulu kemboja yang fesyen itu yang dijual oleh peniaga.Mentelahan juga nenek saya memang pandai buat kuih bahulu kemboja yang rupa itu.Tapi sayang, saya belum berkesempatan menimba ilmunya.Nenek saya sekarang telah mencapai usia 90-an, alhamdulillah beliau masih cergas sekalipun sesekali mengalami demam akibat usianya yang lanjut.

Teringat suatu ketika dulu, saya kerap juga "menonton" beliau membancuh kuih kemboja ni (di kg saya kami panggilnya sebagai Bahulu Kemboja), tapi saya dah tak ingat kelengkapan bahan2 dan sukatan yang sepenuhnya yang beliau gunakan untuk membuat kuih ni.Hanya semangkuk gula pasir dan semangkuk telur je yang masih segar diingatan saya.Mangkuk yang digunakan ialah mangkuk basuhan air tangan zaman dulu2 tu.Cara membakarnya pun masih menggunakan sabut dan zink..Penuh kesabaran saya tengok..
Kuih kemboja yang asli memang manis dan lemak sebab menggunakan telur, santan pekat dan gula yang banyak.Tahan lama pada suhu bilik pun ia..Tapi risau juga nak jamah banyak2 kuih semanis itu kan..jauh di sudut hati teringin juga saya mencedok resepi nenek saya tu satu hari nanti insyaallah..jumpa dia pun jarang2..sebab rumah bonda dan rumah nenek memang jauh.

Untuk kuih bakar kemboja yang ni saya dapatkan sumbernya dari Wani.Saya ikut sahaja sepertimana yang telah Wani olahkan resepinya dari sumber resepi asal untuk sukatannya.Ternyata lembut dan sedap.Tq kerana berkongsi resepi.
KUIH BAKAR KEMBOJA
Sumber:JoAyee

Bahan-bahan:(4 biji untuk acuan kuih kemboja)
1 cawan gula (guna 1/2 hingga 3/4cawan sahaja)
1 cawan jus pandan atau 1 cawan air+1 sk pandan paste (tambah 1/4 cawan air untuk dapatkan kuih yang lembut)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan@450 ml air
2 sudu besar butter  dicairkan
3 biji telur (jika tak nak tambah 1/4 cawan air, boleh tambah sebiji telur lagi)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan untuk tabur

Cara:
1.Campurkan semua bahan.Blend sampai sebati dan tidak berbintil@berbiji.
2.Masukkan dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan.Bakar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 180 darjah celcius sampai garing di permukaan.

Rabu, 24 April 2013

FETTUCINE CARBONARA CENDAWAN & SWEDISH MEATBALLS


Assalamualaikum..
Berkongsi menu Fettucine Carbonara Cendawan yang enak bagi penggemar menu berasaskan pasta.Sebelum ni pernah juga saya sediakan sos carbonara di SINI, sedap..bolehlah rujuk di situ ye.Kali ni menggunakan resepi Noraini Zakaria dalam buku beliau.

Untuk menambahkan keenakan menikmati hidangan pasta ni, saya cuba gandingkan dengan bebola daging yang sangat enak.Resepinya boleh dirujuk dalam versi English di SINI.Namun untuk rujukan saya, telah saya versikan ke Bahasa Melayu  mengikut kefahaman saya.Boleh juga rujuk di blog Hayati Zain, tq kerana sudi berkongsi.

FETTUCINE CARBONARA  CENDAWAN & SWEDISH MEATBALLS
Resepi:Noraini Zakaria (SPAGETI CARBONARA CENDAWAN)

Bahan-bahan:
250 gm spaghetti
1 sudu  teh garam
1/2 sudu teh minyak masak

Bahan B:
1 tin sos Prego Carbonara Cendawan
1 ulas bawang merah | hiris halus
1 ulas bawang putih | hiris halus
5 biji cendawan butang
3 sudu besar minyak masak | menumis
1 sudu teh serbuk lada hitam (boleh kurangkan jika perlu)
1/2 cawan air (saya tambah)
Garam secukup rasa

Cara:
1.Didihkan air dalam periuk.Masukkan garam dan minyak.Rebus pasta 5-7 minit hingga empuk.Angkat dan toskan.
2.Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga berbau.
3.Masukkan Sos Carbonara, serbuk lada hitam, cendawan, garam dan air secukupnya.Kacau rata dan angkat.Hidangkan dengan pasta.
SWEDISH MEATBALLS 
Resepi:taste.com.au
Sumber:Hayati Zain

Bahan-bahan:
2 keping roti putih | buang tepinya, koyak2kan
1 biji bawang merah besar | parut (saya cincang)
500 gm daging lembu kisar (saya guna daging kisar Ramly)
1 biji telur | dipukul
1/2 sudu teh rempah campuran
1/4 sudu teh serbuk buah pala
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk paprika**
Sedikit garam**

Cara:
1.Letakkan roti ke dalam mangkuk.Tambah susu.Biarkan selama 5 minit.Tambah bawang bawang, daging, telur, rempah dan garam.Perasakan dengan garam dan lada (lihat di atas **).Campurkan bahan-bahan, gaul sebati.Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.Letakkan di pinggan.
2.Panaskan minyak dalam kuali/ pan, goreng dengan api sedehana besar.Balik-balikkan meatball selama 4-5 minit atau sehingga keperangan.Setelah masak, letakkan di pinggan.

nota: untuk kuahnya, saya tak ikut dalam resepi asal, sebab saya guna Sos Prego Carbonara.




SWEDISH MEATBALLS yang sangat enak...


SWEDISH MEATBALLS 
Resepi:taste.com.au
Sumber:Hayati Zain

Bahan-bahan:
2 keping roti putih | buang tepinya, koyak2kan
1 biji bawang merah besar | parut (saya cincang)
500 gm daging lembu kisar (saya guna daging kisar Ramly)
1 biji telur | dipukul
1/2 sudu teh rempah campuran
1/4 sudu teh serbuk buah pala
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk paprika**
Sedikit garam**

Cara:
1.Letakkan roti ke dalam mangkuk.Tambah susu.Biarkan selama 5 minit.Tambah bawang bawang, daging, telur, rempah dan garam.Perasakan dengan garam dan lada (lihat di atas **).Campurkan bahan-bahan, gaul sebati.Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.Letakkan di pinggan.
2.Panaskan minyak dalam kuali/ pan, goreng dengan api sedehana besar.Balik-balikkan meatball selama 4-5 minit atau sehingga keperangan.Setelah masak, letakkan di pinggan.

Selasa, 23 April 2013

AYAM SAMBAL DAUN KARI

Assalamualaikum..
Kembali bersiaran alhamdulillah.Mudah-mudahan sahabat2 maya dianugerahi  kesihatan yang baik dan sentiasa di rahmati Allah.Mendung sarat petang ni walaupun hujan telah turun tengahari tadi.

Keluar N3 AYAM SAMBAL DAUN KARI hari ni iaitu resepi  minggu lepas..Macam biasa, daun kari tu mengeluarkan aroma yang harum, bila dipadankan dengan sambal ayam ni, memang bertambah positif aromanya..Resepinya ringkas je, bolehlah dirujuk di bawah.
AYAM SAMBAL DAUN KARI                
Oleh:Rohah

Bahan-bahan:
1 kg ayam | potong, digaram kunyitkan & goreng separuh masak
1 labu bawang besar | hiris
2 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia  kisar
6 tangkai cili merah besar | kisar
5 tangkai cili padi hijau | kisar
5 tangkai daun kari
Pati asam jawa
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara:
1.Gorengkan ayam separuh masak.Ketepikan.
2.Tumiskan hirisan bawang besar, daun kari.Kacau hingga beraroma.
3.Masukkan bahan-bahan kisar, kacau hingga naik minyak.Curahkan sedikit air bersama pati asam jawa dan gula.Renehkan.
4.Masukkan ayam, gaul rata.Boleh tambah garam sekiranya perlu.Biarkan kuah menjadi sedikit pekat dan ayam bertambah masak.
5.Matikan api.

Sabtu, 20 April 2013

MAKARONI BERKUAH


Assalamualaikum..
Selak2 buku resepi Noraini Zakaria ni mmg dah berulang2..sebab banyak resepi yang ingin nak dicuba.Tapi dah aim lama resepi mudah makaroni berkuahnya ni, nampak lazat dan ringkas untuk disajikan.

Bagai mengantuk disorongkan bantal, sebab bahan2 ketika itu mencukupi untuk terus dibikin..Mulut pun tak sabar2 nak mengunyah makaroni yang lembut2 tu..Sedap sangat bila disiramkan kuah yang agak pekat2 dan mesra alam dengan tekak ni..tambah pulak dengan taburan keju parmesan..sendiri hati berbicara; tak perlu kata apa2 :D..Jomlah try..Tq Pn Noraini Zakaria.
MAKARONI BERKUAH
Resepi:Noraini Zakaria  (Kompilasi Hidangan Berkeju)

Bahan-bahan:
100 gm makaroni
5 batang sosej ayam
1/2 kiub stok ayam
2 cawan air
1/2 batang lobak merah  didadu (saya guna mix vege)
1/2 biji bawang besar* | dicincang
1 ulas bawang putih*
2 sudu tepung gandum** (saya guna 2 sb)
2 sudu besar air** |  disatukan
100 gm isi ayam
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
3 sudu besar minyak  menumis
3 sudu besar keju parmesan
Garam dan gula secukupnya

Cara membuat:
1.Didihkan air dalam periuk dengan sedikit garam dan minyak masak.Masukkan makaroni dan rebus selama 5-7 minit hingga masak.Angkat dan toskan.
2.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga berbau.Tuangkan air, lobak merah, stok ayam, sos tomato, sos cili dan isi ayam.Masak hingga mendidih.
3.Kemudian tuangkan tepung gandum dalam kuah.Tambahkan garam dan gula pasir.
4.Masukkan makaroni dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya.Taburkan keju parmesan di atasnya.Hidangkan.