Ahad, 30 September 2012

PUDING PELANGI


Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu dan beristirehat bersama insan2 tersayang.Hari ini bersiaran kembali dengan puding yang enak sekali.Ramai yang dah tahu tentang puding ni, memang mudah je menyediakannya.Antara bahan utamanya saya rujuk kat 'pak google'.Rata2 lebih kurang sama bahan-bahan asasnya.Namun untuk memudahkan cara penyediaannya, saya olah mengikut keselesaan saya untuk rujukan di masa akan datang.


PUDING PELANGI
Olahan Oleh:Rohaisha 

Bahan-bahan:(loyang 7@8 inci)
10gm agar-agar serbuk@tali
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 keping roti | carik
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1/4 sudu kecil garam halus
2 sudu besar planta/ marjerin
3 pewarna kegemaran (boleh juga disertakan perisa mengikut warna)

Cara:
1.Didihkan agar-agar serbuk bersama gula sehingga larut.
2.Sementara itu kisar roti bersama susu cair, tepung jagung, tepung kastad, telur,garam dan esen vanila hingga hancur.
3.Setelah agar-agar mendidih, masukkan/campurkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar.Kacau hingga sekata dan meruap.Masukkan juga 2 sudu besar planta dan sebatikan.Matikan api.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran.(Boleh tambah perisa mengikut warna)
5.Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli dan ulangi proses yang sama sehingga adunan habis.
6.Sejukkan.

note:jika menggunakan agar2 tali, seeloknya rendamkan agar2 dalam air terlebih dahulu dalam anggaran 1/2 jam-1 jam supaya ia cepat larut ketika dimasak.

Rabu, 26 September 2012

KOBIS GORENG BERSAMA SOH HOON


Assalamualaikum..
Kembali bersiaran di petang hari...Semoga ceria-ceria selalu bersama tugasan harian.Petang yang redup ni bersiaran saya dengan menu sayuran ringkas dan mudah disediakan.

Biasanya tumisan ini mudah ditemui di majlis kenduri kendara masyarakat jawa..Ada kobis, ada soh hoon, ada tempe..3 sekawan ni memang tak boleh dipisahkan.Terjalin erat dalam kuali.Cuma sesetengah orang ada yang suka bubuh kicap, so warnanya kecoklat coklatan gitu, ada juga yang putih biase je, yg macam saya buat ni lah.Kalau nak rangup, tak usahlah goreng lama2, kalau nak berkuah tu, bubuhlah air sikit...Ala..rasanya semua pandaikan...hhhehe.O.klah, selamat meneruskan aktiviti harian ye..
KOBIS GORENG BERSAMA SOH HOON
Resepi:Rohah@Damai Qalbu

Bahan-bahan:
4 kelopak kobis bulat (saiz sederhana) | hiris
1 bungkus tempe | potong dadu lebar
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1cm halia | hiris
10gm ikan bilis (siap kopek)
20gm soh hoon | rendam seketika denagn air panas
Cili merah besar secukupnya | hiris
Cili hijau besar | hiris
Garam
Gula
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih seketika kemudian masukkan ikan bilis dan tempe.Kacau rata.
2.Masukkan kobis dan soh hoon tadi.Gaul rata bersama garam dan gula.Tutup kuali seketika.(sekejap sahaja)
3.Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau, kacau dan angkat.

note:Tidak perlu digoreng lama 

ROSEMARY GRILLED CHICKEN (AYAM PANGGANG ROSEMARY)


Assalamualaikum..
Salam sejahtera  dan selamat malam buat rakan maya yang dikasihi..Semoga kalian dalam rahmat Ilahi dan di dalam hidayahNya sentiasa.

Kali ni saya kongsikan resepi ayam panggang yang harum dengan bau-bauan rempah rosemary yang sangat enak, apatah lagi bila dapat dirasa dengan lidah kita, tersangatlah lazat!! Ternyata sebelum2 ni memang ramai rakan maya yang dah mencuba resepi ni, kali ni giliran saya pula..Anda yang dah pernah mencuba tentu dah tahu jawapannyakan...So, sesiapa yang belum tu bolehlah rempit dr sekarang..hehe..

ROSEMARY GRILLED CHICKEN@ (AYAM PANGGANG ROSEMARY)
Resepi:Majalah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (saya potong biasa/ stock camtu je yg ada..)
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit perasa (saya tak letak)
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil (minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby karot (saya gantikan dengan lada benggala)
Sedikit mentega

Cara penyediaan:
1.Ayam dipotong 4 atau dibiar tidak dipotong kemudian dibersihkan.Ketepikan dulu.Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam.Gaul rata.
2.Panaskan minyak zaitun.Goreng bawang putih hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan dulu.
3.Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4.Mauskkan bawang putih yang telah digoreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5.Masukkan lebihan minyak zaitun (masa menggoreng bawang putih) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa dan jus limau ke dalam rempah yang telah ditumbuk tadi.Gaul rata.Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6.Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam.Masukkan ayam dalam beg berzip dalam peti sejuk beberapa jam.(saya masukkan dlm tupperware)
7.Kentang dikopek dan direbus 3/4 masak.Ketepikan.Lebihan rempah ayam tadi boleh dilumur pada kentang.
8.Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot dalam tray pembakar.Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180-200 darjah celcius selama 1 jam.

Selasa, 25 September 2012

PUDING SAGU GULA MELAKA DI HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN



Assalamualaikum..
Alhamdulillah berkat rahmatMu Ya Allah, kami bersyukur atas nikmat yang telah Engkau kurniakan selama ini.Itulah yang boleh saya ungkapkan..Mudah-mudahan Engkau panjangkan jodoh kami dan sentiasa kurniakan kami kelapangan waktu dan usia yang penuh barakah, kesihatan yang baik buat kami dan ahli2 keluarga kami.




Sebenarnya puding ni saya buat sempena hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang jatuh pada 1 September yang lalu.Memang tanpa kek2 bagai dan hidangan istimewa di atas meja, cukup sekadar pencuci mulut kegemaran suami tercinta.Hanya keberkatan yang kami mohon dari yang Esa insyaAllah..
Memang tak sempat nak masak2 special dan buat N3 khas..cukuplah seadanya.
O.klah, berbalik pada menu tertunda ni, kali ni saya buat puding sagu dari resepi kak Ummi, namun saya jumpa kat blog kak Yatie.Bezanya, sagu yang telah ditanak akan dilalukan air untuk keluarkan kanjinya.Pernah buat sebelum ni, tapi tak ada langkah demikian.Rasanya memang tetap sedap. 

PUDING SAGU GULA MELAKA
Resepi:Ummi
Sumber:Yatie

Bahan-bahan:
300gm biji sagu warna putih
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan | kisar dan tapis jusnya

Untuk Sirap Gula:
1 ketul gula melaka  | potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(Masak gula hingga larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

Bahan Untuk Kuah Santan:
1 cawan pati santan + 1/2 camca teh garam (boleh ganti dengan susu sejat)
(saya guna 1 cawan santan kotak dan tambah 1 cawan air + garam, sama mcm kak Yatie)

Cara menyedia:
1.Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau.Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
2.Masak sagu ditukar menjadi jernih.Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.
3.Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
4.Toskan dan isi dalam acuan/ mangkuk pilihan.
5.Simpan dulu dalam peti sejuk 1-1 1/2 jam.

Cara hidangan:
Keluarkan sagu dari acuan,masaukkan dalam mangkuk2 kecil.Tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat.Sedap dimakan sejuk.


Isnin, 24 September 2012

AYAM GORENG TAUCU



Assalamualaikum..
Bertemu lagi di sini, semoga kita semua dikurniakan kesihatan tubuh badan, emosi dan rohani.
Kali ini kembali saya bersiaran dengan perkongsian menu Ayam Goreng Taucu.Mudah saje, seperti kebiasaan kita masak ikan taucu.Cuma sedikit kelainannya resepi ni menggunakan gula merah dalam sajiannya.Selamat mencuba...

AYAM GORENG TAUCU
Resepi:Majalah SEDAP

Bahan-bahan: (anggaran 10 orang)
1 ekor ayam | dipotong 20 bahagian
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan air perahan limau nipis
6 biji bawang merah | dicincang halus
4 ulas bawang putih | dicincang halus
2cm halia |diketuk
3 biji cili padi merah | dihiris halus
5 helaidaun limau purut | dibuang tulangnya
2 sudu makan taucu manis
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula merah
350ml air
2 batang daun bawang | potong 1 1/2cm (saya tak bubuh)
1 sudu makan minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.Lumur ayam dengan garam dan air perahan limau nipis.Perapkan selama 15 minit.
2.Goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak dan berkulit.Angkat dan toskan.
3.Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, limau purut dan taucu sehingga terbit aroma.Masukkan ayam.Kacau rata.
4.Masukkan kicap manis, garam dan gula merah.Kacau rata.Tuangkan air.Masak sehingga matang  dan pekat.
5.Masukkan daun bawang.Kacau rata.Hidangkan.

MUFFIN PANDAN MIX FRUITS


Salam..
Bersiaran lagi...alhamdulillah dengan nikmat kehidupan yang Allah beri.Hari ni berkongsi lagi menu muffin iaitu resepi muffin dari kak Enazamri.Sedap muffinnya, beraroma pandan.Saya adjust kat kismis tu kepada mix fruits sebab tak ada stock kismis pada masa nak membakingnya.Buat muffin ni pun sebab anak minta dibuat khas untuk jamuan aidil fitri di sekolahnya tempohari.


MUFFIN PANDAN  MIX FRUITS
Resepi:EnaZamri (MUFFIN PANDAN KISMIS)

Bahan-bahan:
4 usdu besar mentega
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (saya guna gula halus)
1 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (saiz A)
1 sudu besar esen pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
Kismis hitam (saya tukarkan dengan mix fruits)

Cara-caranya:
1.Mentega dan gula dipukul sekejap hingga kembang, masukkan telur, pewarna hijau, dan esen pandan.
2.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
3.Masukkan tepung berselang -seli dengan susu segar, kacau perlahan, last sekali masukkan kismis.(tinggal sedikit untuk hiasan)
4.Scoop adunan cukup setakat 1/2 acuan dan taburkan ksmis di atasnya.Panaskan oven 200 darjah celcius dan bakar selama 20 minit.


Sabtu, 22 September 2012

PUDING SOYA GULA MELAKA



Assalamualaikum..
Panasnya cuaca hari ni..tapi tak terjangka juga kekadang tetiba saje mendung menjengah, namun tak juga hujan.Begitu telitinya perancangan Allah dan tiada siapa yang boleh menduga kan..

O.klah hari ni terlaksana juga membuat puding soya.Beberapa hari sebelum ni dah pergi dekat gerai orang jual soya, tapi hampa katanya soya tawar dah habis..makanya tertunda.Nampaknya hari ni memang exited nak makan puding ni, bila dah siap buat, terus snap pic n buat N3 n publish..n n n layan puding terusss.Zlsssss...Selamat mencuba.


PUDING SOYA GULA MELAKA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
10gm agar-agar tali
900ml air soya tawar
1/4 sudu kecil garam halus

Cara:
1.Masak agar-agar bersama air soya dan garam hingga hancur.
2.Setelah agar-agar hancur, matikan api dan tapiskan agar-agar.
3.Masukkan agar-agar dalam cawan atau bekas yang sesuai.Sejukkan.

Bahan Air Gula:
1 1/2 cawan air
1 biji gula melaka (saiz sederhana) | potong
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan

Cara:
1.Didihkan gula melaka dan gula pasir bersama air dalam periuk sehingga larut.Masukkan juga daun pandan.
2.Matikan api setelah menggelegak dan gula telah hancur.Sejukkan dan hidang bersama puding soya.
saya guna agar2 jenama Ali Shan: ambil 10gm sahaja (potong 2)



Khamis, 20 September 2012

KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS



Assalamualaikum..
Kebelakangan ni mood nak membaking membuak-buak, tapi  memang sengaja le dilengah-lengahkan(lengah2???!!..uit, tak baik tauu...).Tapi bab nak masuk mulut sendiri o.k jugalah kan..takut pulak kalau ada stock cake nanti, asyik kerja nak membalun je..tu yang tak tahan tu..Bukan boleh caya ni...kalau 2 kali rasa mahunya 2x lagi dan lagi dan lagi..haaaa..
Saya suka makan kek, tapi nanti cepat sangat jarum timbangnya naikk!!.Tu yang tak sanggup tu...
Kek yang ni memang dibuat khas untuk aidilfitri yang lalu, buat separuh adunan je..Pastu dibahagi dua, kasi bonda kita separuh..setakat nak bagi dia rasa je..hehe.. len kali bolehlah buat adunan penuh kan..biarlah puas nak makan.
Perasan tak asam how flakes yang kat permukaan tu tersembul jerr..hihi.Gamaknya dah terlajak kering permukaan tu baru nak bubuh asam.Terlupa, leka!!.Memang tak boleh nak selamatkan.Maklumlah time tu bulan puasa, aktivitinya double triple, yg ni pulak jadi mangsa.
O.klah, resepinya kita terjah dari dapur kak Ayu.Tq ye kakak.

KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS

Bahan-bahan:
10 biji telur gred A
500gm buttercup
1/2 gelas @ 100gm gula halus
350gm tepung biskut marrie
50gm horlick
1/2 sudu teh baking powder
1 tin kecil susu pekat manis
Pewarna cerry @ 1 sudu makan strawberry emulco
Pewarna hijau pandan  + 1 sudu makan pandan emulco
22 bungkus asam How Flakes (besar 20 sen).1 lapisan guna 36 pcs
Loyang saiz 8 1/2" X 8 1/2" X 2 1/2"
Baking paper

Cara-caranya:
1.Telur dipukul sebiji dmi sebiji  sehingga kembang.Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
2.Masukkan buttercup dan susu pekat manis ke dalam adunan telur tadi.
3.Masukkan tepung biskut marrie yang dicampurkan dengan horlick serta baking powder sedikit-sedikit hingga habis.Kacau perlahan-lahan sehingga semuanya sebati.
4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian  sama banyak.Lebih tepat, timbang adunan tu sama banyak.
5.Letakkan pewarna dan emulco disetiap bahagian yang berlainan.
6.Panaskan periuk kukusan, alas baking paper di loyang 4 segi tepat ukuran 8 1/2" dan masukkan 1 cup dadih sedang ke dalam loyang.Mulakan dengan colour hijau dahulu dan kukus sehingga agak kering.Anggaran 2-3 minit.
7.Masukkkan adunan colour cerry dan kukuskan lagi  sehingga agak kering.
8.Setelah adunan cerry kering, susunkan 36pcs asam how flakes dan kemudian tumpahkan adunan colour hijau pandan lagi.Ulangi proses melapis selapis demi selapis sehingga habis adunan.Lapisan ini sebanyak 12 lapis, cery 6 lapis dan hijau pandan 6 lapis.(saya punya 8 lapis je)
9.Lapisan terakhir, keringkan sekejap dan barulah disusunkan asam how flakes di atasnya dan tutup atas loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi dalam 45 minit atau masak.

CHOCHOLATE CHIP MUFIN



Assalamualaikum..
Selamat malam...
Hahhhh, melambak sudah resepi2 yang Q untuk disiarkan..Cungkil2 je lah mana yang sempat..Hari ni punya cerita..ni lah dia, mufin!! Request dari anak untuk jamuan hari raya di sekolahnya pertengahan syawal hari tu.Dia kata, mesti ada coklat cip!!

CHOCHOLATE CHIP MUFIN
Sumber:Bdaria

Bahan-bahan:
250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula (saya guna gula halus)
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:

1.Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.Masukkan ke dalam bekas.Campurkan gula kedalam tepung.
2.Pecahkan telur ke dalam bekas lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur putih dan kuning telur.
3.Masukkan susu cair kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk kayu.
4.Masukkan telur, minyak dan esen vanila.Gaul rata.
5.Masukkan bancuhan ke dalam cawan mufin 3/4 penuh.
6.Taburkan sedikiy coklat cip di atasnya sebagai hiasan.(Tak letak pun atak apa sebab coklat cip dalam adunan dah banyak.
7.Bakar selama20 minit untuk cup besar dan 16 minit untuk cawan mufin yang bersaiz sederhana.