Isnin, 31 Disember 2012

PENGAT PISANG NANGKA & SELAMAT TAHUN BARU 2013


Assalamualaikum..
Hari ini merupakan penutup tirai 2012, mahu atau tidak kita  terpaksa tinggalkan ia bersama  kenangan2 yang lalu.Segala yang manis atau pahit sememangnya telah terukir dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa.Sesuatu yang manis kita sandarkan ianya sebagai kenangan yang indah buat kita, manakala yang pahit kita jadikan ia sebagai sempadan, hikmah dan iktibar untuk kita terus kuat melangkah dengan seribu harapan dan usaha.Beberapa jam lagi kita akan berada di tahun baru 2013, mudah-mudahan tahun hadapan merupakan tahun yang memberangsangkan buat kita   semua, amin..
Terimalah kad ucapan yang tak seberapa ini untuk rakan2 maya yang dikasihi..

SELAMAT TAHUN BARU DARI SAYA BUAT ANDA SEMUA
Berbalik pada menu penutup 2012 hari ini ialah pengat pisang nangka yang telah saya buat pada minggu lepas kalau tak silap (cepat betul pelupanya).Masa buat tu termanis pulaknya sebab saya tokok gula lagi.Biasanya kalau manisan macam ni kita cuit rasa dia semasa tengah panas2 lagi memang dirasakan kurang manis, tapi bila dah mula sejuk, barulah dapat kesan terlebih manis atau tidaknya.So, untuk sukatan gula yang telah saya taip di sini saya dah adjust untuk mengelakkan terlebih manis..Resepi simple macam ni saya yakin semua orang lagi terror buatkan..Apapun saya sertakan di sini sebagi rujukan.Jom Zzzllssst, enak makan sejuk2 sikit.


PENGAT PISANG NANGKA
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
6 ulas pisang nangka | potong kecil
1500 ml santan
3 sudu besar sagu | alirkan air dan toskan
2 helai daun pandan
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
Sedikit garam

Cara:
1.Jerangkan santan, gula dan daun pandan di atas api sederhana.Setelah mula berwap masukkan sagu dan pisang.Kacau selalu.
2.Masukkan gula merah, garam dan kacau rata hingga mendidih.
3.Matikan api dan hidangkan.

Sabtu, 29 Disember 2012

DAGING MASAK MERAH


Assalamualaikum..
Selamat tengahari dan bersua kembali.Nampaknya kita sudah berada di penghujung tahun, lagi 3 hari akan melangkah masuk ke tahun baru 2013.Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah.
Saya pun tak pasti adakah N3 hari ini adalah N3 yang terakhir untuk tahun 2012, sebab kadang2 kalau masa mengizinkan dan kelapangan, siap saja resepi ditaip dan gambar2 pun sudah dipilih, N3 baru akan terus menyusul...Semuanya bergantung pada kelapangan.Maklumlah walaupun cuti persekolahan berlangsung beberapa minggu, sebagai ibu kita tetap sibuk dengan kerja2 rumah dan hal2 lain yang berkaitan kan..So, andaikata N3 hari ini adalah yang terakhir untuk 2012, insyaAllah kita akan berjumpa di N3 seterusnya ditahun 2013 akan datang insyaAllah.


Kali ini berkongsi menu Daging Masak Merah yang saya dapatkan sumbernya dari Nizam dari page wordpress beliau.Tajuk asalnya adalah Daging Merah, tetapi saya tambah sikit pada barisan tajuknya tu supaya padat sikit disebut dan didengar, jangan marah ye Nizam..Yang penting resepinya sedap sangat.Kata beliau resepi Daging Merah yang telah dikongsikan ini adalah resepi yang telah dipelajari oleh beliau ketika menuntut di UITM dahulu.Apapun TQ banyak2 atas kesedapan resepi ini..

DAGING MASAK MERAH
Sumber Oleh:Nizam (DAGING MERAH)

Tips dan teknik mencuci dan merebus daging oleh Nizam:
Selepas membeli daging dari pasar, jangan lupa rendamkan daging itu dengan tepung dan air.Ini adalah untuk menghilangkan bau hamis daging lembu.Biarkan seketika selama 15 minit dan cuci hingga bersih. (Saya hanya  cuci bersih dan toskan)


Kemudian masukkan daging tadi di dalam periuk berisi air.Masukkan juga pewarna merah mengikut citarasa anda.Sebagai contoh beliau menggunakan 2-3 sudu makan hanya sekadar untuk mewarna daging tersebut.Rebuskan daging itu sehingga ia meresap pewarna merah tadi.Selepas daging tadi kecut sedikit dan meresap pewarna merah, angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum proses memotong daging tersebut.Air stok daging itu jangan dibuang kerana boleh digunakan dalam masakan nanti.
Saya hanya gunakan 1 sudu besar pewarna merah dan rebus sekitar 1 jam 40 minit.(tapi kalau nak daging betul2 empuk, rebuslah selama 2 jam @ lebih)

Bahan-bahan:
Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah tadi (saya guna 1kg daging)
2 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai*
2 sudu makan cili kisar* (* kisar)
Air stok daging
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
Secubit asam jawa
Garam secukup rasa
2 biji cili merah | potong ikut suka
2 labu bawang besar | potong bulat
6 helai daun limau purut | potong hiris

Cara-cara:
1.Daging dihiris seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.(boleh rujuk SINI)
2.Kuah:Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, dan garing sedikit.
3.Masukkan cili kering yang telah dikisar.Cili kisar ini telah direbus terlebih dahulu sebelum ia dikisar.Ini untuk mengurangkan pedas cili.Tumiskan cili sehingga pecah minyak.
4.Masukkan air stok daging tadi ke dalam kuali, kacau dan biar ia masak sebentar.
5.Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.Kacau dan biar ia masak sebentar.Selepas itu masukkan sedikit asam jawa dan kacau.
6.Bila kuah agak pekat sedikit, masukkan daging yang telah dihiris tadi.Kacau rata daging itu sehingga sebati dengan kuah.Masukkan juga daun limau purut dan hirisan bawang.




Khamis, 27 Disember 2012

MEE SUAH SUP BERSAMA CENDAWAN ENOKI


Assalamualaikum..
Selamat malam dan selamat beristirehat..
Malam ni nak kongsi resepi sempoi saya; Mee Suah Sup Bersama Cendawan Enoki.Menggantikan hidangan nasi dengan mee ni di waktu malam.


Mee Suah ni dah lama saya beli, dan asyik keluar masuk dari kabinet.Kalau dah macam tu gayanya memang tak terbuat2..Memandangkan bahan2 untuk penyediaan mee sempoi tu agak lengkap, kira on je lah.Tapi saya beli cendawan enoki tu memang nak dimasak bersama mee suah yang dah terperam lama tu..Untuk resepinya yang sempoi tu, bolehlah jeling2 sikit kat bawah...Memang segerrrr, sup katakan!!

MEE SUAH SUP BERSAMA CENDAWAN ENOKI

Bahan-bahan:
200gm mee suah | celur, toskan dan alirkan air paip, toskan lagi
1500ml air
3 bahagian ayam | potong sederhana kecil
1 labu bawang  besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | belah 4
10 biji bebola ikan
3 batang fish cake | hiris
1 batang lobak | potong kecil memanjang
1 biji kiub ayam knorr
2 sudu kecil minyak bijan
Serbuk lada sulah secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan lain &sampingan:
1paket kecil (100gm) cendawan enoki | celur
Daun bawang/ daun sup
Cili besar | hiris
Bawang Goreng

Cara:
1.Celurkan mee suah dalam air mendidih.Apabila sudah lembut dan kembang, toskan.Alirkan mee tadi dengan air paip dan toskan sekali lagi.Ketepikan.
2.Celurkan cendawan enoki dan toskan.Ketepikan.
3.Untuk sup:Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga layu.Masukkan ayam, kacau dan masukkan air beserta lobak merah, kiub knorr dan minyak bijan.Biarkan mereneh.
4.Setelah menggelegak masukkan bebola ikan, fish cake dan tomato.Perasakan juga dengan lada sulah dan garam.
5.Matikan api setelah masak.
6.Hidangkan mee suah bersama sup, cendawan enoki, daun bawang dan bawang goreng.

Rabu, 26 Disember 2012

BOLU KUKUS MEKAR


Assalamualaikum..
Jumpa lagi alhamdulillah..Kebelakangan ni jarang bersiaran dek diulit beberapa perkara, lebih2 lagi menjelang hari persekolahan anak2 tak lama lagi.Semestinya rakan2 yang masih mempunyai anak yang bersekolah mengalamai keadaan yang sama, cuba menyempurnakan kelengkapan mereka sesempurna yang mungkin.

Hari ni nak kongsi resepi Bolu Mekar yang saya dapatkan sumbernya dari Yat@easybakes.Resepi asalnya adalah  dari Bisous A Toi.Kalau nak tengok versi Bahasa Inggeris pior bolehlah rujuk di kedua2 link blog mereka ye, yang saya kongsikan di sini dalam versi BM.

Untuk penggemar kuih2 kukus, bolehlah mencuba resepi ni.Rasanya lebih kurang sama macam Apam Polkadot.Resepinya bolehlah rujuk di bawah.

BOLU KUKUS MEKAR
Resepi:Bisous A Toi

Bahan-bahan:
2 biji telur
250gm gula kastor (saya guna 230gm)
1 sudu teh emulsifier/ sponge cake stabilizer/ ovallet
250gm tepung halus (Blue Key) atau tepung kek
50gm tepung jagung
200ml air/ air kelapa/ susu/ santan (saya guna santan)
1 sudu teh esen vanila (saya guna esen strawberi + pewarna pink)
2 sudu besar pes coklat

Cara:
1.Sediakan acuan beserta paper cup.
2.Panaskan kukusan.
3.Pukul telur, gula, emulsifer/ ovalette sehingga pekat.Jika terlalu pekat, boleh campurkan cecair (air/air kelapa/ santan/ susu) sedikit demi sedikit tetapi jangan gunakan semuanya.
4.Masukkan tepung dan cecair berselang seli, teruskan memukul hingga sebati.
5.Ambil 1/3 bahagian dari adunan tadi dan campurkan sedikit pes coklat, kacau hingga sebati dan ketepikan.
6.Campurkan 1 sudu teh esen vanila (saya guna esen strawberi+pewarna pink) ke dalam adunan yang asal.
7.Isikan aduanan yang bewarna putih (adunan asal beresen vanila/ saya esenkan strawberi) sehingga 1/2 acuan dengan menggunakan pipping bag.Selepas itu masukkan adunan bewarna coklat berselang seli dengan adunan bewarna  putih (saya warnakan pink) hingga 7/8 penuh.
8.Masukkan ke dalam pengukus.Kukus menggunakan api besar selama 15 minit jika menggunakan paper cup bersaiz kecil, 20 hingga 25 minit jika menggunakan paper cup bersaiz besar.


Ahad, 23 Disember 2012

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG BERSAMA TEMPE

Assalamualaikum..
Selamat bersiaran, apa khabar semua?.Semoga semuanya sihat2 selalu dan dapat menjalani aktiviti dengan selancar yang boleh.
Suatu hari bila saya berdiri di sudut jendela bilik, ternampak juntaian jantung pisang di luar sana.Cepat2 saya turun dan mendekati pokok pisang awak yang kami tanam pada Mei lalu.Alhamdulillah sudah mula berbuah dan inilah hasilnya, dapat dibuat masak lemak jantung pisang, lawannya apa lagi kalau tak lain tak bukan ialah sambal belacan.Jantungnya besar, jadi puas juga makan dan cukup2 untuk tekak kami berdua, sebab anak2 tak makan sayur macam ni.
Jantung pisang ni memang sedap di masak lemak putih.Saya bubuh tempe, sekurang2nya anak2 dapat juga jamah tempenya walaupun bukan jantungnya.Resepinya yang simple tu bolehlah dijenguk di bawah..

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG BERSAMA TEMPE

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang (saiz besar) | belah dua & celur
2 bungkus tempe (bungkusan daun pisang) | potong ikut suka
3 ulas bawang merah | tumbuk
1 ulas bawang putih | tumbuk
10gm ikan bilis | tumbuk
800ml santan (dari sebiji kelapa)
Cili merah | hiris
Garam Gula

Cara:
1.Buang kulit luar jantung pisang untuk beberapa lapis.Cuci dan belah 2.Rebus sekejap agar jantung empuk sedikit.Toskan.
2.Masukan santan dalam periuk bersama bahan tumbuk.Jerang atas api sederhana.
3.Masukkan jantung pisang dan tempe, kacau selalu sehingga mendidih dan kedua2nya empuk.
4.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.Masukkan hirisan cili merah.
5.Tutup api.

Sambal Belacan:
5cm belacan belacan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang 
6 tangkai cili api
Air asam jawa secukupnya
Gula
Sedikit minyak 

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak (sedikit sahaja, sekadar membasahi bahan2 tersebut).Gorengkan kesemua bahan kecuali air asam jawa dan gula hingga tampak layu sedikit.
2.Toskan.
3.Tumbuk bahan gorengan tersebut, bubuhkan air asam jawa dan gula secukup rasa.
4.Hidangkan.

Jumaat, 21 Disember 2012

TALAM KELADI


Assalamualaikum..
Selamat pagi semua.Salam pagi jumaat penghulu segala hari, alhamdulillah terik hari ni, tapi tiba2 bersulam mendung-panas.Mudah-mudahan beres segala kerja yang dilakukan.

Dah lama tak buat talam keladi.Balik dari kampung hari tu bawa  ubi keladi hasil tanaman bonda tercinta.Korek punya korek dapat banyak juga hari tu, adik beradik lain pun dapat merasa gak hasil2 keladi tanaman bonda tu.Besar ubi keladinya ukuran teko porcelain panjang, memang besarrr betul.Betul2 puas hati.Boleh buat macam2 juadah.Macam biasa tang batangnya saya masakkan sayur asam/ asam pedas rebus ..segar dihidang bersama ikan goreng dan sambal belacan je.. 


Dalam kepala ni dok terbayang resepi Talam Keladi Berlauk, dah jumpa resepinya, insyaAllah kalau ada rezeki merasa juga la tekak ni mamam Talam Keladi style tu pulak..Tak sabar rasanya.Tunggu je lah ye...

Sebelum ni dah banyak kali buat talam keladi, Pernah buat ikut resepi ni dan ni.Memang sedap2 semuanya.Kali ni buat guna respi Chef Asma, ambik sumbernya dari Kak Yatie..Tq semua...Memang Talam Keladi tetap jadi pujaan hatiku..heheee..

TALAM KELADI
Resepi:Chef Asma
Sumber:Yatie

Bahan Untuk Lapisan Bawah (A):
220gm tepung beras (Guna 2 cawan; sama dgn Kak Yatie)
40gm tepung ubi (Guna 3 sudu besar)
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat
700ml air

Bahan B:
250gm keladi (lebih sikit pun tak apa).Buang kulit, basuh (basuh dengan air garam biar tak hitam)-Potong kiub dab kukus selama 5 minit)-Kukus baru timbang.

Cara-caranya:
1.Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati.
2.Tapis ke dalam periuk.Masak hingga naik wap dan masukkan bahan B.
3.Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10"x10"x3".
4.Kukus selama 25 minit.

Bahan-bahan Lapisan Atas:
150-180gm tepung gandum (Guna 1 1/2 cawan)
250gm gula halus (Guna 230gm)
3-5 biji telur (Guna 3 biji telur gred A)
250ml santan
500ml air
Sedikit pewarna purple

Cara-caranya:
1.Bancuh semua bahan-bahan di atas, tapis ke dalam periuk.
2.Masak sehingga naik wap.Tuang ke atas lapisan bawah.
3.Kukus selama 30 minit.

Rabu, 19 Disember 2012

BLUEBERRY CHEESE TART


Assalamualaikum...
semoga ceria-ceria selalu di pagi ini.Jumpa lagi di sini alhamdulillah (ayat biasa yang sering saya guna..hehe..).N3 semalam saya dah canang akan menyusul N3 tatkan...,makanya muncullah dia pagi ni..tapi minta maaf sebab belum sempat nak berkunjung ke teratak kawan2 ye, sedikit penat dan ala2 kesibukan.


Selalu kalau berkunjung ke blog kawan2 yang tayang tat, memang saya akan kata "sedapnya..dan belum kesempatan lagi nak buat..".Tat ni memang sedapkan..berkali2 masuk mulut kalau ada depan mata.Berkesempatan buat ni pun sebab nak dijadikan buah tangan untuk majlis pertunangan adik saya tempohari.Tapi tak ada lah sekemas dan secantik mana..kulitnya pun sedikit brown gitu..hhhehe..Untuk resepinya saya rujuk di blog Rahel dan u all bolehlah tengok tat dia yang comel2 dan kemas tu ye..Tq Rahel ye.. 

BLUEBERRY CHEESE TART
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Berkeju / Chef Noraini Zakaria
Sumber:Rahel

Bahan Pastri:
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1biji telur
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanila

Inti Keju:
250gm krim keju
60gm gula kastor
50gm mentega
1 biji telur
200gm inti blueberi

Cara membuat:
1.Pastri:Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.Masukkan telur dan air.Putar lagi hingga adunan berkrim.
2.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.
3.Tekan sedikit doh dalam acuan tat dan bakar selama 20 minit sehingga masak.
4.Inti:Putar keju, mentega dan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.
5.Sudukan sedikit inti blueberi ke dalam kulit tat.Tuangkan adunan keju di atasnya hingga penuh.
6.Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah celcius hingga masak.

Nota:Untuk corak, terpulang kepada kreativiti sendiri.Cara yang diaplikasikan oleh Rahel, ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna merah muda.Kemudian ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna hijua epal.Dotkan sekali adunan merah di atas tat, kemudian dotkan juga adunna hijau di atas tat dan lorekkan dengan lidi sehingga bentuknya sama seperti dalam gambar.
**Untuk Kulit tat Rahel bakar pada suhu 170 darjah C selama 25 minit guna api atas dan bawah.