Jumaat, 12 Oktober 2012

SOTO AYAM


Assalamualaikum....
Bersiaran lagi.Hari ni bubuh N3 tertunggak juga, menu hari raya hari tu.Soto  yang simple je.Ni kira menu pebret saya, kiranya kalau tiba hari raya memang suka buat dan makan soto walaupun kekadang sekadar nak menjamu keluarga je.Kesimpulannya sambut mood rayalah kan..
Untuk buat sup ni biasanya saya guna dua cara, yang ni saya hasilkan kuah supnya hasil dari air rebusan ayam.So, bawang2 semua tu saya tak kisar, just hiris halus dan masukkan sahaja.Ringkas je resepinya, so bolehlah rujuk di bawah ye.


SOTO AYAM
Resepi:Rohah

Bahan-bahan:
2 kiub ketupat nasi (saiz besar)
100gm so hoon/ suhun
4 bahagian ayam
8 cawan air /secukupnya
5 inci halia | ketuk
5 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 buntil sup bunjut
2 sudu besar rempah sup | bancuh dengan sedikit air
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji kiub ayam knorr

Bahan sampingan:
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah besar
Taugeh (lupa nak bubuh daaa..)
Kacang tanah goreng secukupnya
Sambal kicap

Cara:
1.Panaskan minyak dan goreng suhun sedikit demi sedikit.Ketepikan.
2.Rebus ayam besama air hingga ayam kelihatan empuk.Asingkan ayamnya, dan jangan buang air rebusan kerana akan dibuat untuk supnya pula.
3.Ayam disiat kecil2 dan ketepikan.
4.Untuk sup tadi, masukkan sahaja hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, kiub ayam, sup bunjut dan rempah sup.Biarkan sehingga bahan-bahan tersebut meresap.
5.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.Matikan api.
6.Hidangkan nasi impit bersama suhun goreng, ayam  dan kuah sup tadi.Taburkan pula bahan2 sampingan dan sambal kicap, selamat menjamu selera.


13 ulasan :

Fadzillah berkata...

Wah, sedapnya soto ayam. Tak pernah buat soto lagi. Nanti bolehlah saya cuba resepi ni.

Norzie hany berkata...

Soto ayam....mmg fav akak.Kalau akak masak soto,mmg dah tak masak nasi lg...mkn berulang-ulang kali....sedap.

asyifamustaffa berkata...

wow ! sungguh menyelerakan....! mai semangkuk kak...........hehehe...

umi oven berkata...

sedapnya ...rasa nak makan pulak

umi oven berkata...

nampak sedap bangett

Unknown berkata...

kak sedap...tu ari zila wat jgk tp dorang dah terjah xdan nak bergambar.ada begedel kentang sekali lg terangkat nih...macam kat kedai layan kan...

Unknown berkata...

sedap Rohah macam nak buat utk raya haji ni lah sbb ayam ni fav ramaiiii thanks akak copy resepi ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

alaa.. baru je nak mintak semangkuk.. dah lama habis rupanya.. hehe..
sy pun suka soto sejak pertama kali buat dulu... mmg tak jemu dimakan..

Shiela berkata...

Huwaaa.. Ngences akak taww.. Sampainya hatimu.. Insyaallah nnti akak pindah Shah Alam kita ngedate yer.. :-)

Amie berkata...

biarpun menu raya lepas, tapi aku tetap ngences menengoknya Rohah... nak buat tapi tak cukup kakitangan...he he hehh soto memang hidangan kegemaranku dari dulu Rohah!

Melly Octaviana berkata...

wah sedap nya soto ayam, lain kali hari raya jemput melly datang yah mau makan soto.. hehe

Qasey Honey berkata...

bile tgk soto ni..bru la teringat rupanya dh lama juga dh xmkn..mne nk cri ni ekkk...nk mtk dh habis dh..hehe...

Unknown berkata...

as-salam sis..
amboiii..tgh2 lapar nih nmpk soto terus i terliur tau..