Khamis, 21 Jun 2012

KARI KURMA SARDIN



Salam...
Bersiaran kembali & bersua lagi kita di sini...
Sebenarnya dah banyak kali juga saya masak kari kurma dan berkesempatan juga di share di FB dulu.Boleh tengok sini, cuma kali ni saya adjust kari kurma ni bila menggunakan sardin dalam tin.InsyaAllah hasilnya memang tak mengecewakan, sedap tauuu..(angkut badan sendiri...jangan tak angkut...hehhi...)
KARI KURMA SARDIN
Resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 tin sardin (tak perlu buang kuahnya)
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | cincang
5 inci halia | ketuk
1 sudu kecil serbuk cili*
2 sudu besar serbuk kurma*
2 sudu besar serbuk kari* (satukan & bancuh dgn sedikit air)
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 biji tomato | belah 4
1-2 tangkai cili besar hijau | belah 2/ tidak putus
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari dan halia hingga wangi.Masukkan bancuhan rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan sardin, kacau dan curahkan air secukupnya.Renehkan.
3.Bubuh asam gelugur, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati dan masukkan tomato dan cili besar hijau.
4.Biarkan sekejap dan tutup api.

7 ulasan :

Qasey Honey berkata...

simple tp sedap...mnarik resepi ni...tliur la..

asyifamustaffa berkata...

Salam kak,

waaa...kari sardin plak nie...kari x penah try lagi...tp masak asam dgn masak lemak kuning sy dah penah cuba....:)

zila norazila berkata...

rohah..fav akk sadin:)..x pernah rasa jemu..sedapnya rohah wt akk kecur jew:P

Zaihashim berkata...

Assalam..., Roha...slmt pagi...nmpak sedap kari kurma sadin ni..,lauk sadin ni memang peberet saya, tapi belum pernah buat masak mcm ni.., nant boleh try...

Amie berkata...

Insya-Allah kalau tak lupa nak cuba masak kari kurma sardin dengan nasi sardin!

EJHarraz berkata...

Assalamualaikum Roha,
hmm lauk peberet...sardin... :)
nanti boleh try masak gaya gini...nak ubah2 selera

Mamasya berkata...

Salam Rohah.menarik resepi sardin...pelbagaikan masakan.
tengok kaswi labu kat bawah tu, nampak sedap....ada buah labu kat rumah...bolehlah mencuba..