Isnin, 25 Jun 2012

MAGGI KUAH je...& AL-FATIHAH BUATMU sahabatku..

Assalamualaikum...
Sapelaaaah....yang tak suka maggi ye?..Ada ke tak agaknye??saya memang suka makan maggi, tapi bukan pengamal tegar..dalam setahun pun boleh kira ngan jari.Cuma kalau teringin, makanya belilah juga..menipu kalau tak makan langsung..tak baik menipu tauuu...hehe.
Berhujah tentang maggi, memang semua orang dah maklum, tak baik diamalkan dek perencahnya yang banyak mengandungi bahan perisa yang boleh menjejaskan kesihatan kita untuk jangka masa panjang jika diamalkan selalu..
AL-FATIHAH juga buat seorang rakan sekelas saya dulu yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 jun 2012 yang lalu akibat radang paru2."Moga kau tenang di sana...".Sebenarnya saya masih terkejut dengan berita pemergiannya yang telah dikhabarkan oleh seorang teman.Memang kita harus percaya, semua orang akan menemui Ilahi, cuma waktunya saja yang kita tak tahu.
Arwah merupakan seorang yang tinggi budi pekertinya..Begitulah gambaran yang dapat saya ungkapkan selama 2 tahun berada dalam satu kelas yang sama ketika berada di lower & upper six dulu..
Allahyarhamah juga merupakan seorang pengarang novel & buku semasa hayatnya.Hasil karya arwah ialah bertajuk:
1.Hijab Cinta
2.Dunia Belum Berakhir
3.Puteri Nyiur Gading
4.Hadiah Untuk Sufiah

~AL-FATIHAH~
..S Rafidah H Basri..

MAGGI KUAH
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 bungkus maggi | celur
Perencah maggi kari
1/2 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | cincang halus
4 cawan air
4 biji fish ball | belah 2
Sawi secukupnya
1 keping fish cake
1 tangkai cili besar
2 biji telur
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Didihkan air dan celur maggi hingga kembang secukupnya.Toskan.
2.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.Masukkan perencah maggi, kacau dan bubuh air.Renehkan.
3.Masukkan maggi yang telah dicelur tadi bersama daun sawi, fish ball dan fish cake.Kacau rata dan biarkan seketika.
4.Pecahkan telur, kacau sekadarnya untuk beberapa ketika.Bubuh garam secukup rasa dan taburkan hirisan cili merah.Matikan api.
5.Hidangkan ..

11 ulasan :

Amie berkata...

Al-Fatihah... beberapa hari lepas anak bujangku ada beritahu (memang dia hantu novel), rupanya kawan Rohah ye, mudah-mudahan rohnya tenang di alam barzakh.
Maggie bukan sebaraang maggie, dah siap make-up dengan segala aksesori kalah hidangan hotel tau!

Cheq Sue berkata...

saya pun kalau megi2 ni memang jarang jugak makan... memang takde stok pun kat rumah. sesekali tu ada la kalau rasa nak makan...

al-fatihah buat keluarga kawan akak tu....

Bicara Kak Noor berkata...

Al Fatihah untuk kawan Rohah ya semoga roh nya tenang dan aman "disana"
maggi tu klazzz lah kat rumah akak pun jarang masak maggi sesekali je jika teringin sesangat dan waktu sibukkkkkk baru lah ada menu maggi ni,apa2 pun mmg sedap lah maggi yg kat atas tu hee

zila norazila berkata...

al fatihah buat kwn rohah tue,meggi mmg sedap.lbh2 lg klu di bubuh ass yg best2 mcm tue..:P

MulutPayau berkata...

Al-Fatihah utk kawan Rohah....

Aduhaiiii....mmng terliur tengok meggi tu.....

Qasey Honey berkata...

al fatihah buat kwn Kak Rohah tu yer...semoga roh ditempat dikalangan org yg beriman...

pstttt sedapnye tgk maggi tu...tliur dibuatnye...tp xleh selalu nk dimakankan...xelok utk jangka pjg nti kan...

mokwo® berkata...

moga roh arwah di tempatkan di kalangan org2 yg Allah sayang..InsyaAllah..lately mokwo suka makan mee maggi kari jenama sedap...haaah sedap sgt laaah..tak tau ape perencah yg di guna buat mokwo ketagih!!

Ros berkata...

Assalamualaikum Rohah,

Al Fatihah buat arwah...semoga rohnya diterima disisi Allah....

Kak Ros pun suka makan magee ni, kuah Kak Ros buat sendiri....tapi tak leh dok amai selalu jugak kan ...bahaya..

ibundo berkata...

Alfatihah juga buat arwah sahabat. Kemana lagilah kita ni kalau tak ke sana akhirnya. Semuga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Megi? Ohh.. siapa yang tak suka megi.

Tina Othman berkata...

alfatihah, moga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman

walah, sedapnya maggie, umah ni jarang beli stok, sebab takut budak2 nak, tapi kalau terasa nak makan, makan sorok2 bestnya hehe

quinnie berkata...

rohah...bila ada kawan rapat yg meninggal pasti terasa kan...lepas tu sukar nak percaya yg dia dah tiada...saya pun ada kawan skolah yg meninggal...tapi rasa macam arwah ada je lagi....

Alfatihah utk arwah...