Isnin, 18 Jun 2012

KEK SIFON POLKADOT



Salam sejahtera buat semua..
Kali ni berkesempatan juga share resepi dari Rahel yg telah maklum gemar membikin kek yang enak2 nampaknya..memang tak terkejar dengan koleksi2 kek Rahel, semput akak mengejar dek oiii, ni pun baru dapat satu..Memang waduh lembutnya kek sifon ni..enak sekali!!..makan satu, terlajak satu, terlajak lagi dan lagi dan lagiiii!!!...(terlajak sokmo!!..hehhh)


KEK SIFON POLKADOT
Resepi: Rahel

Bahan:
100g tepung gandum
25g gula kastor
60g minyak masak
80ml susu cair
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
1/2sudu teh krim tartar
60g gula kastor

Cara:
1.Ayakkan tepung gandum.Masukkan 25g gula kastor.Kacau rata dan ketepikan.
2.Campurkan minyak masak dan susu cair.Kacau rata.Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.Masukkan kuning telur.Kacau rata.Ketepikan.
3.Pukul putih telur, garam dan krim tartar dengan kecepatan sederhana sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kembang (adunan bertanduk).
4.Tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan perlahan.Ketepikan satu cawan adunan dan beri pewarna hitam untuk corak polkadot (saya guna perisa kapucino & menghasilkan warna coklat), sementara adunan asal diberi sedikit pewarna merah jambu.
5.Tuangkan 1/2 adunan merah jambu ke dalam loyang sifon, kemudian dengan menggunakan sudu makan, sudukan adunan hitam di atas permukaan adunan merah jambu (letak adunan hitam di bahagian tepi, agar maudah kelihatan corak polkadot).Kemudian masukkan lagi sisa adunan merah jambu tadi.
6.Bakar selama 35 minit pada suhu 170'C.Setelah masak segera keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan kek sifon hingga sejuk, baru lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek sifon dari loyang.

P/S:
*Panaskan ketuhar 15 minit sebelum bakar kek.
*Rahel bakar kek sifon selama 25 minit dalam loyang sifon saiz 18cm. (masa membakar saya sama, cuma saya guna loyang 22 cm)
*Hasilnya terpulang pada oven masing-masing.
*Loyang sifon tak perlu digriskan.

11 ulasan :

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Rohah cayanggg nampak gebu dan sedapppp

Bicara Kak Noor berkata...

sekarnag ni kek semua nak di polkadot kan,tapi nampk cantklah dan kalau akak dtp sepotong lagi cantikkkkkkkkk Rohahh//

Yatie berkata...

kalau kek chiffon perisa apa pun, semuanya Yatie suka sangat...kek kegemaranku...

zila norazila berkata...

salam rohah cyg
berdesup kemari..he hehe nk ngendeng ciffon tue..melampau2 cantiknya:)

dapurCikWan berkata...

waduh...kek.. ;)) seronok buat kek kalau kejadian cantik macam tu ;))

Asyifa Mustaffa berkata...

nmpak menariknya kak...gebu pun ye jugak tu....
bila la agaknya dpt nak buat ni....huhuhu....

rahel berkata...

Hem..oooo Kak Rohah...
cantek la kek cifon pokedot ni..semestinya enak dinikmati bersama secangkir teh hangat...tenkiu daling sudi mencuba..

Amie berkata...

aduiiiinaa... gue tabik betul kepada orang yang memiliki tangan halus lembut mulus menghasilkan ke yang gebu2 ni...

Qasey Honey berkata...

aduh kek chipon sedapnye..fav ni...nmpk lembut n gebuss kejadianya...dh lma xmcipon ni..hihi

Mamasya berkata...

Salam Roha.nampak lembut dan elok jadinya kek chiffon Roha...

Melly Octaviana berkata...

CAntik chiffon kek nya kak.. Anak anak pun suka makan chiffon cake.. boleh di coba nih lain kali.. ambil 5 potong yg ini dulu yah.. hehe