Selasa, 5 Jun 2012

APAM TAPAI NASI


Salam..
Kawan-kawan yang suka apam, jom cuit2 apam sebagai pengalas perut.Seketul dua memang tak cukup...(sayalah tu..).Kali ni saya buat tapai nasi untuk buat ibu apam ni, tapi kena sabarlah ye bab nak menapai ni, sebab nasi yang telah digaul ngan ragi kena perap selama 4 hari dalam suhu bilik (sampai jadi tapai).Barulah boleh dicampur dalam adunan.Cuba erkkk, jangan tak cuba..

APAM TAPAI NASI
resepi:rohaisha


Bahan untuk tapai nasi:
2 cawan nasi
3/4 biji ragi (dari 1 biji ragi) | hancurkan


Cara:
1.Gaulkan nasi bersama ragi yang dihancurkan tadi hingga sekata.
2.Masukkan dalam bekas bertutup/ tupperware.Perap selama 4 hari dalam suhu bilik.
3.Nasi yang diperap tadi sudah berair sedikit apabila sudah menjadi tapai setelah mencapai tempoh 4 hari tersebut.

Bahan-bahan untuk Apam:
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 cawan tapai nasi

Cara:
1.Satukan tepung dengan yis, gaul sekata.
2.Masukkan tapai nasi, gula dan air.Kacau menggunakan whisk hingga sebati.
3.Perapkan selama 1 jam 15 minit.
4.Panaskan air dalam periuk kukusan, kukus dahulu acuan selama 5 minit.Sapukan minyak pada acuan.Tuang adunan dalam acuan  secukupnya.
5.Kukus selama 15 minit.
6.Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam.

14 ulasan :

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Wow! sedap ni... pernah makan tapi tak pernah cuba... sedapnyaaa.. kecurr dah ni hadoiii

Bicara Kak Noor berkata...

salam Rohah...
lama bercuti tetiba tengok gmbar yg ngamcam jiwa dan raga ku adusss macam nak ambik sebijik dua bijik tiga bijik hahaha..

dZana berkata...

apa kbr QH.. klau kt umah akk kene tunggu rakyat ramai baru best buat.. klau tak ada yg kene makan byk nanti..

Qasey Honey berkata...

mcm sedap aje tgk apam tapai tu...nk 3 ketuiii...utk bekfes ni...

HALAMANKU berkata...

Salam kak Rohah.. wah nampak gebus n sedap tu.. ppsstt kak erma tak pernah wat apam guna tapai nasi pernah guna yis jek.. itypun masyaallah bukan main bercinta bab nak mengukusnyer ha ha ha teruk tak? nak join apam gebus kat sini he he he

Sari Yusa Ibrahim berkata...

sedapnya apam, kita nak kelapa lebih ya..

:-))))))

rahel berkata...

Wah..ada apam tapai la..mesti sedap ni..makan ngan kelapa parut..adeiii..lapar..

tun_telani berkata...

Salam kak rohah... wahh!! mantap! wat tapai sendiri.. tun kalau nk mkn tapai, kene tunggu raya dulu, kalau x mmg x jumpa. hihi

dapurCikWan berkata...

lamanya tak makan apam macam ni...mintak sikit ye ;))

ibundo berkata...

kembang.. gebunya..
bundo kalau buat apam ni kadang2 jadi kadang2 batat. adei..

quinnie berkata...

rajin nya rohah...apam guna tapai memang sedap..lamnya tak buat...kalau duk dekat memang kita mintak...hahahah

CT Delima berkata...

As'salam Rohah

k.ct memang peminat setia apam, tak kira apam apa semuanya suka. lagi2 kalau kaler pink lagilah suka hehehe

Gee® berkata...

gebusnya... sedapnya... nakkk!

Norzie hany berkata...

Assalam Rohah.
Wahhh gebunya apam tapai nasi ni ye.Nanti nak cubalah resepi ni.Tq berkongsi.