Rabu, 13 Jun 2012

AYAM GORENG REMPAH MAMAK PENANG


Salam ceria, salam manis buat semua...
Dipilih, dipilih...jangan pilih yang geseng!!! hehe..lihatlah ayam goreng mamakku dah geseng!!!!Punya bagai nak raklah aiii meneliti resepi ayam ni, akhirnya geseng juga bila dah siap goreng..takpelah...janji  boleh dimakan.Jadi sesiapa nak cuba resepi Mohammad Roslan ni, pastikan kita lihat ayam yang digoreng tu ye, jaga api baik2 supaya tak geseng macam saya punya tauu..Ikut step memasaknya seperti yang dicadangkan oleh beliau.Saya ni kalau goreng kekadang sambil buat kerje lain, jadi bila dah terlajak sikit menggoreng, camnilah jadinya.Nasib baik tak pahit..!!
Untuk lihat sendiri versi original ayam ni, bolehlah klik kat tajuk bawah ni ye..
AYAM GORENG REMPAH MAMAK PENANG
Resepi:Mohammad Roslan

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (1.6-1.8kg) | dipotong 10/potongan nasi kandar ( saya guna 900gm ayam/potong biasa)
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
2sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar*cili kering yang dikisar halus (saya guna cili powder)
3 sudu besar kisaran halus (bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + halia 2")
3 tangkai daun kari | potong halus
1kg minyak untuk goreng
Garam secukup untuk dirasa

Cara penyediaan:
1.Bersihkan ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuaian untuk keringkan air basuhan ayam.Masukkan ke dalam bekas dan masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam di dalam bekas.Masukkan serbuk kari, kisaran bawang + bawang putih + dan halia.Tutup bekas ayam ini dengan "plastic wraper" dan peramkan dalam peti sejuk bahagian dingin selama 1-2 jam untuk bahan rempah ini masuk ke dalam isi ayam.
2.Keluarkan bekas dan masukkan  tepung ubi kayu, tepung beras dan tepung jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat, boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air.Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair, tepung ini akan berpisah dari ketulan ayam...terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng.Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3.Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya (ketulan ayam perlu lemas dalam minyak).Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan.Suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4.Untuk gorengan yang cantik, ketulan ayam perlu dimasukkan jangan terlalu banyak dan sedikit.Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus.Pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Gorengan ini biasanya ambil masa 20-25 minit.Untuk pastikan ketulan ayam telah masak, biasanya ketulan itu mula terapung.Masukkan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil.Tanda peha sudah masak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung.
5.Goreng ayam tidak perlu lama dan tidak masak.Kalau terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam

12 ulasan :

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sedapnya ayam goreng gini...
kat rumah tu kalau ayam mmg laku.. semua org suka.. tp kalau masak ikan.. adalah pulak anak2 yg kurang suka...

Bicara Kak Noor berkata...

sama jugak umah kak noor hari2 mesti ada ayam goreng,boleh lah try ayam goreng Rohah ni menyelerakan nampaknya tu.....

tun_telani berkata...

sedapnya nmpk.. tun xpandai goreng ayam berempah. mmg biasa jd hangus, kalau x hangus mesti dlm dia x bape masak. huhu

Asyifa Mustaffa berkata...

mintak barang seketul 2?............hahaha.......

mama sara nur berkata...

assalam Rohah
ayam goreng berempah yg mengoda selera, sedap nampaknya
akak suka makan ayam berempah ngan nasi putih panas2 sedapppp
tgh terliur tgk tiramisu kat bawah tu tadi yummmy

Amie berkata...

Ayam goreng mamak memang menyelerakan! Kalau makan di kedai mamak, lupa kfc sebentar he he he ehhh

Mamasya berkata...

Salam Rohah.ayam goreng rempah mamak....pasti sedap penuh rempah2 ni...
kalau goreng ayam letak rempah mmg remeh sikitkan...kena betul jaga gorengannya...takut terhangus

quinnie berkata...

sedapnya..nak ayam!!!

Rizal berkata...

ayam goyeeeng...:)
makasih sharing resepnya ya..

Tanpa Nama berkata...

Saya baru cuba dua hari lepas...mmg sedap...menjadi sebijik cam kat kedai mamak
Thanks sharing

NIfz super berkata...

Wahhh... cenggini rupanya depa buat erkkk... harus di cuba nih...
TQ admin yaa atas perkongsian yang hebat nih... ;)

http://supernifzvitamin.com

Cik Ngah Cute berkata...

Nampak sedap dan menyelerakan...