Rabu, 20 Jun 2012

MEE GORENG TOMYAM


Salam.....
Redup dan mendung cuaca hari ni.Tapi biarlah redup wajah kita, sebaliknya janganlah pulak hati kita yang mendung!!! .Kalau mendung juga hati yang rajuk, cepat-cepatlah cari penawarnya ye..Kkk..terus ke menu mee goreng yang tak banyak "qarunnya", tapi tetap sedap dimulut saya...Tak caya??? hhehe, rasa dulu ye..
MEE GORENG TOMYAM
Resepi: rohaisha

Bahan-bahan:
450gm mee kuning | cuci & toskan
3 ekor sotong | hiris
1 labu bawang besar | bahagi 2, sebahagian hiris & sebahagian lagi dikisar
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | kisar
2 tangkai cili merah besar | kisar
1 batang serai | ketuk
4 tangkai daun limau purut
1 kiub tomyam knorr
4 biji fish ball | hiris
2 batang fish cake | hiris
Sawi secukupnya | potong pendek
Sedikit air
Minyak untuk menumis

note:1/2 labu bawang besar, cili merah dan tomato dikisar bersama

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik minyak sedikit, kemudian barulah masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,kiub tomyam dan daun limau purut.Kacau hingga layu.Masukkan juga sotong.
2.Masukkan sedikit air, reneh sekejap.Masukkan mee, hirisan fish ball, fish cake dan batang sawi.Gaul rata untuk beberapa ketika.Taburkan sawi dan sebatikan.
3.Tutupkan api setelah mee masak.

nota:saya tidak masukkan garam dalam masakan mee ini, kerana masinnya sudah cukup seimbang kerana menggunakan kiub tomyam yang ada.

10 ulasan :

Ilhamkreatif berkata...

Salam Rohah..sedap mata memandang..sedap lagi kalau dapat merasa,ceh wahhh..cantik juga pinggan tu.I likeee.

zila norazila berkata...

wahhh pestime dgor..akk cnp resepi yer..nk buat utk sibujang kecik kt umah tue..:)terliurrr akk rohah:)

rahel berkata...

Betul kata ilham kreatif..sedap mata memandang sedap lagi kalau dapat merasa satu pinggan mee goreng tom yam..

Nieza berkata...

sedapnya tgk mee goreng ni...lapar lak rasa..hehe

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Rohah cayang sedap sangat ni... kecurrr dah ni.. ada lagi tak?????

Asyifa Mustaffa berkata...

As salam kak Rohah,
hehe...kira sy x terliur la sngt nie...sbb sy dah pun goreng mee pagi tadi...hehe... tp x plak letak kiub tomyam tu....next time bole cuba gak....:)

rabeah berkata...

biasa buat bee hoon tom yam..lepas ni nk cuba mee pulak

Qasey Honey berkata...

wah sedap ni...nmpk myelerakan sggh la...kne buat jugak ni...kang kempunan lak nti...

Shida S Moreland berkata...

Salam Rohah,

Saya nak tanya sikit ... mana perginya gambar2 mee goreng tomyam ni? Gambar semuanya tak nampak :)

ResepMasakan berkata...

terima kasi info resepnya