Khamis, 7 Jun 2012

LEPAT UBI



Salam manis-manis...
Layan lepat pulak ye.Memang dah terlalu lama tak makan kuih ni.Kebetulan ada ubi kayu dari kampung, merasa jugalah akhirnya.. Siap tapau daun pisang fresh lagi..rogerr teruslah kan..

LEPAT UBI
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan ubi yang telah diparut | perah & buang airnya
1/2 cawan gula
1 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
Daun pisang secukupnya

Cara:
1.Lapkan daun pisang dengan kain lembap bersih.
2.Layukan daun sekadarnya atas api.
3.Satukan kesemua bahan, dan sudukan adunan atas kepingan daun pisang, gulung dan lipat.Buat sehingga habis.
4.Didihkan air dalam periuk kukusan, kukus bungkusan adunan ubi kayu tadi selama 30 minit.

10 ulasan :

Mamasya berkata...

Salam Rohah.lepat ubi kayu rasanya mcm dah lama sgt tak mkn.balik Msia cuti dpt mkn lepat pisang...lepat ubi kayu jrg org jualkan.nak mkn kena buat sendiri.

tun_telani berkata...

Salam kak rohahh.. sedapnya!! kuih muih tradisional ni mmg xleh lawan..mesti wangi je masa kukus tu. tun suka sgt makan, tp xbape pandai buat. susah pulak nk dpt daun pisang tu..

rahel berkata...

waa..ada lepat ubi pulak di sini..sedap tu..kalau letak gula jawa lagi mantop..

Bicara Kak Noor berkata...

salam Rohah, ada lagi tak lepat ni lapo ni hari ni akak baru sampai sini asyik flite delay je manjang heeee

Azilla berkata...

Sedap ni, lama tak makan lepat ubi...

Amie berkata...

Aduh Rohah... kau mengembalikan nostalgia masa laluku semasa di kampung... bersama bonda memarut ubi kayu, dibuat lepat pada malam hari, dikukus dan dibuat sarapan keesokan pagi.... enak banget nih! Dah berpuluh tahun rasanya tak makan belebet.... kepingin!

Evelyn Gemina berkata...

Wah sedapnya kak rohah, lama tak makan ni, di kampung saja dapat makan ni : )

ummiaisyah berkata...

wahh...rajinnya roha melepat..mmg puas hati kalo buat sendiri kan..baru cukup lemak manisnya!

HomeKreation berkata...

Salam Rohah. Rindu nya Along nak makan ni.... ubikayu xda pula ni.

Sue @ Nenie berkata...

Salam kak..emmm ni kegemaran ni...lama plak rasanya tak makan ni