Ahad, 15 Januari 2012

DONAT COKLAT



Assalamualaikum..
Teringin sangat mulut ni nak makan donat coklat..hhmmm..selera mengalahkan anak-anak!!.Buat style sendiri je.. janji "anak suka...ibu pun sukeeee.."





DONUT COKLAT
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
2 sudu kecil yis
2 sudu besar air suam
21/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar shortening
1 sudu besar mentega
3 sudu besar gula halus
1 biji telur.
1/4 cawan air | untuk membancuh (boleh tambah jika kurang)

1.Bancuh yis bersama air suam dalam cawan sehingga mengeluarkan kembang dan berbuih.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, baking powder, serbuk koko, garam halus, gula halus, shortening dan mentega.Kacaukan sebentar menggunakan mixer agar sebati.
3.Masukkan telur dan pusing mixer sekali lagi agar telur sekata.Kemudian barulah masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan kelihatan tidak melekit.Boleh tambah  @ taburkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sekiranya adunan kelihatan sedikit lembik.Putarkan adunan selama 20 minit sehingga adunan nampak licin dan tidak melekat.
4.Tutupkan mangkuk doh dengan plastik wrap. (Saya 'on'kan oven ketika mula membancuh untuk tujuan mengembangkan doh dalam oven agar cepat naik dan kembang).Biarkan adunan naik dua kali ganda dengan memerapkannya selama 30-40 minit.
5.Setelah doh kembang, keluarkan doh dan tepuk-tepukkan ia untuk mengeluarkan angin.Tabur sedikit papan uli dengan tepung untuk memudahkan doh diterap dengan acuan donut.
6.Setelah donut habis diterap, biarkan adunan donut tadi mengembang sedikit lagi lebih kurang 15 minit.(Time ni pun saya masukkan donut yang sudah diterap ke dalam oven yang di 'on' kan tadi agar cepat kembang).
7.Panaskan minyak dengan  api sederhana hingga donut masak.
8.Boleh toppingkan donut dengan coklat atau gula serbuk.

Bahan topping coklat:
200gm coklat masakan
1 sudu kecil shortening
Twin coklat chip secukupnya untuk taburan.

Cara menyediakan:
Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.Setelah cair celupkan donat ke dalam coklat kemudian taburkan permukaan donat dengan twin coklat chip.