Rabu, 22 Mei 2013

PUDING LONGAN SELASIH


Assalamualaikum..
Kembali lagi hari ini..panas  terik cuaca sekarang ni.Macam biasa bila cuaca terik teringinlah nak makan puding atau agar2 yang lembut.




Sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung2 setia yang sudi menyinggah ke sini.2 hari saya tak mengupdate...Rasa rindu pada Damai Qalbu walau baru selewat itu.haaa..  Sungguhpun kita manusia biasa je, tetapi jika tiba masanya telah didatangkan kesibukan walau sedikit, pasti kita tak ada tumpuan kan..sebab tu tak berupdate, nak singgah jenguk kerangkaian maya pun tak berekesempatan.Alhamdulillah dapat juga menyelit sekejap dengan puding longan ni.Layan-layankan tekak dengannya...pasti kehidupan akan rasa tenang dan nyaman...alhamdulillah.. 




PUDING LONGAN SELASIH
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10 gm agar2 tali-rendam 1/2 jam
4 cawan air     
1/2 cawan gula (boleh tambah, ikut suka)
1 tin longan- asingkan air dan isinya
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar selasih- rendam dalam air panas, biarkan kembang, toskan.

Cara:
1.Rendamkan biji selasih dalam air panas secukupnya.Setelah kembang, toskan.Ketepikan.
2.Rendamkan agar-agar tali dalam air anggaran 1/2 jam.
3.Masukkan 4 cawan air dalam periuk bersama 1/2 cawan gula.Renehkan hingga agar-agar dan gula hancur dan larut.
4.Masukkan air longan dan kacau rata.Matikan api.
5.Ambil satu cawan agar2 dan asingkan ke dalam mangkuk, kemudian campurkan bersama 1/2 cawan susu cair.Kacau rata.Ketepikan.
6.Ambil pula biji selasih yang telah kembang tadi, dan campurkan ke dalam baki agar-agar.
7.Sediakan gelas atau bekas yang bersesuaian, masukkan agar2 yang bercampur susu terlebih dahulu.Bekukan sekejap, kemudian masukkan sedikit buah longan, barulah disiramkan agar2-agar campuran selasih pula.Sejukkan.Boleh juga ikut cara masing2 cara nak menyediakannya.
8.Hidangkan bersama lebihan buah longan. 

Nota; puding ni hanya sesuai di makan terus dari gelas atau bekas yg  sesuai kerana kejadiannya yang lembut.Jika nak hasilkan yang agak pejal, bolehlah dikurangkan airnya ye.

12 ulasan :

suryabil berkata...

Best ni layan time cuaca panas camni..sejuk tekak kan..:-)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

aduh! Aduh! Aduh! Patah hati tengok puding ni, sedap makan sejukkkkkkkkkkkkk lalu kat tekak..

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) berkata...

terguda habisss.....
dh la skrg ni pns terikk....

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum Kak..Bila tgk biji selasih kat puding ni, teringat zaman2 kecil dulu, suka beli biji selasih ni buat air sendiri.10sen je sebungkus kecil selasih ni. ^___^

zila norazila berkata...

perhhh mcm lalu2 jew kt tekak air tue..dapnye rohah..:)

Mel berkata...

cuaca hari ni panas sangat..kak ROhah tayang longan..sedapnya..Rumah mel ada tin laici je..bolehlah kalau nak buat pengganti longan..uhu

Unknown berkata...

aduh kak lalu airnya sejuk ni...nyaman je

Chah berkata...

Mewah giler! Rasa mcm ahli korporat plak bila dpt puding ni secawenn...bilalah tu...:(

Sweet red cherry berkata...

salam..

wah, bestnya puding longan selasih..sungguh fresh..sesuai minum time cuaca panas skang ni kan..

Marsita Yahya berkata...

dah sejuk dah sejuk dah anak tekak ni:)

kak ruby berkata...

sedap nyer rohah, sejuk tekak... klu dpt lah sgelas best sngt2

Qasey Honey berkata...

aduh mcm dh terasa kesedapanya tu kt tekak ni...dpt sgelas ni damai rasanya..