Assalamualaikum..
Seperti yang saya perkatakan tempohari, saya ada gandingkan Kerabu Epal Hijau bersama nasi Pilaf Tomato bersama Ayam Sosha Istimewa.Sangat sesuai kombinasi tersebut mentelahan set hidangan ini begitu enak dinikmati.
Harum nasi Pilaf Tomato ni dek keserasian rempah ratusnya, terbukti bukan sahaja terserlah pada warnanya malahan rasanya.Sama seperti nasi tomato, tapi agak luar biasa
Begitu juga dengan menu ayamnya, seiras rupa dan rasa seperti ayam masak merah, tapi agak luar biasa dek penangan bahan2 yang terkandung dalam resepi ayam tersebut.Cubalah bagi sesiapa yang belum mencubanya, memang sedap.Tq buat penyumbang resepi asal ini dan kak Ayu yang sudi memanjangkan resepinya.
p/s; sy buat tak sampai separuh adunan dari resepi asal untuk sukatan nasi di bawah..adjust sukatan sendiri.
p/s; sy buat tak sampai separuh adunan dari resepi asal untuk sukatan nasi di bawah..adjust sukatan sendiri.
PILAF TOMATO
Resepi:Mumtaj Begum Omar @ Asmah Laili Mintak Ampun Sedapnya
Sumber:Ayu
Bahan-bahan:
1 kg beras Basmathi - cuci bersih, rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
*Air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5 cm kayu manis
5 biji buah pelaga
2 helai daun bay
1 biji bawang besar hiris halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina
1/4 cawan susu sejat
Garam secukupnya+secubit serbuk perasa
Secukup minyak atau ghee untuk menumis
Sedikit kacang gajus goreng
Cara:
1.Tuang ke dalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam.Ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak atau ghee di dalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi.Masukkan hirisan bawang dan lada merah.
3.Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi.Masukkan pes halia/ bawang putih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu.Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
4.Tuangkan semua rempah yang panas, ke dalam periuk nasi letrik.Kacau sekali sahaja.Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih.Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua beras yang telah dicuci dan toskan.Kacau sekali sahaja, tabur di atasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garfu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus.
5.Tutup periuk nasi.
AYAM SOSHA ISTIMEWA
Bahan-bahan:
1 ekor ayam-buang kulit dan segala lemak, potong 12
(lumur kepingan ayam dengan sedikit, kunyit dan garam.Goreng lembab 1/2 masak).
5 cm kayu manis
5 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan lada kering
2.5 cm halia*
5 biji bawang putih*
10 biji bawang merah* (*kisar halus)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan daun pudina
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
Sedikit madu atau gulap pasir
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil, dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis digoreng dan ketepikan
1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
1 biji tomato dihiris untuk hiasan
Sedikit kacang peas untuk tabur
Sedikit minyak untuk menumis
Garam 2 perasa secukupnya
Cara;
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.Masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik.Masukkan bahan kisar, dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata.Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik-balikkan.Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan.Tuangkan sedikit air.Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam.Renihkan dengan api kecil sehingga pekat.
2.Jika terlalu pekat, tuang sedikit air.Masukkan kismis goreng, gaul rata.Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng.Gaul supaya ayam dan rempah sebati.Renehkan lagi sehingga ayam empuk, lembut dan meresap.Akhir sekali masukkan gajus goreng.Gaul sampai rata.
3.Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/ daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani.Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari.
11 ulasan :
nasi pilaf biasa akk dah pernah buat..hbb akk suka nasi2 camne..mg best kan.
salam..
suka la dengan menu ni..menarik dan nampak sedap..
Memang istemewa ni kak...blh buat time puasa n raya ni...
Tak boleh jadi ni...u punya meter banyak laju...i slow jer..
Rohahhhh, rajinnnya kamu.. masak macam ada kenduri kahwin!!
Assallamualaikum Rohah.
Hehehe..Nadz pun dah bookmark resepi ni dari blog kak ayu tp tak terbuat2 lg sbb tgk senarai bahan2nya yg panjang tu..Bila laaa nk menerai ni..
Salam Kak Rohah memang nampak sedap n menyelerakan.. tgk nasipun cantik jek.. erma kena masuk list dulu he he he kita join nasi pilaf mah akak lah yer.. he he he lapa lak bila tgk ayam sosha.. namapun dah istimewa.. nyum2
Assalamualaikum Kak ...emmm lama plak rasanya tak masak apa2 saja nai berperisa kat rumah ni...selalu kesuntukan masa...Bila tgk sini rasa macam teringin plakkkkkk
salam kak rohah..waaa rajinnya akak masak semua ni..nampak sedap2 belaka..siap ada kerabu epal ijau lagi..fuh!
Assalam rohah, wah akak ketinggalan Kapal selam dah 2 hari post rohah ni.. Baru hari ni perasan kat draft blogger ... Hehe .. Thank you lah Sudi mencuba.. Recipe Dari dapur akak tu ya... Harap kena dgn seleranya & family ... Cantik nasi tu peroi aje. Ada pulak kerabu epal memang satu set yg completelah kan...;)
Catat Ulasan