Khamis, 21 Jun 2012

SERIMUKA DURIAN



Assalamualaikum & selamat petang...
Sinonim dengan musim durian sekarang ni, raja segala buah, mahunya buka peti sejuk pun tak hilang2 bau durian.Sampaikan kekadang bau yang terbit seakan-akan 'bau gas masak' kita bocor..sungguh "keliru"!!!.
Bila masuk ruang dapur & ketika itu tak ingat kita ada simpan durian dalam peti ais, mesti ada yang terpacul berkata begini;
"Eeihhh??? bau apa ni?? macam bau gas lah!"...Aha...itulah yg selalu berlaku dalam rumah saya...kalau tak saya sendiri yang berkata cam tu, suami, malahan anak2.Bila "tukang masak" ni tetiba teringat simpanan stock durian, maka segerah saya menjawab.."Emmmhhh, bau durianlah..!!"
Cerita pasal kisah durian, bila jalan mane2 mesti jumpa orang jual durian..kiri kanan situ sini..aaadeee je durian kan...Banyak kali saya buat serimuka durian tapi asyik tak menjadi je...huhu, sabar je lah kan..Tapi sy memang tak serik nak try lagi.Kali ni belek resepi kak Yatie, alhamdulillah, tak kecewa daku kali ni, memang terrrrase "duriannya".Puas hati tawwww...TenQ kak...
Resepi kak Yatie boleh tengok di sini.


SERIMUKA DURIAN
resepi:Yatie

Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah (loyang 10")
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak
Sedikit garam

Cara-caranya:
1.Cuci pulut dan rendamkan dalam 4 jam.
2.Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah dialas plastik dan tuangkan santan cair yang bercampur sedikit garam.Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
3.**Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan-bahan untuk lapisan atas.
4.Setelah masak, angkat dan tekan-tekankan sehingga padat.
5.Masukkan ke dalam kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas:
3 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1 sk garam

Cara-caranya:
1.satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
2.Masukkan tepung gandum dan tepung kastard dan garam..kisar lagi (kalau blender tak muat, kisar separuh-separuh)
3.Masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.Tambahkan sedikit pewarna kuning.
4.Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dalam masa 10 minit dan sentiasalah dikacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan-akan susu pekat.
5.Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagis elama 20 minit dengan api sederhana.
6.Bila kuah sudah masak, angkat dan sejukkan.Bila dah sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
**Gunakan 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair.Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak.100ml santan pekat dan selebihnya air untuk kuantiti santan cair.300ml santan pekat dan selebihnya air untuk adunan santan pekat.Selamat mencuba.


10 ulasan :

Evelyn Gemina berkata...

Salam & selamat petang kak rohah, wah kuih traditional lagi, ini yang saya fail ni, mmg tak pernah buat pun, hehe...mesti sedap sbb rasa durian....saya mmg peminat tegar durian ni,hahha

Yatie berkata...

Assalamualaikum Rohah,
kalau kuih kukus mcm ni pasti akak sampai cepat sbb mmng suka sangat kuih2 mcm ni..waduhhhhh terliur je tngk kuih ni..terasa2 je rasa durian ni...mmng sedapkan serimuka durian ni...tq sudi mencuba dan menjadi dngn cantik sekali..kemas je potongan kuihnya...

ilahjy berkata...

salam rohah..t.kasih sudi jadi followers kak ilah... cantik2 gmbr masakan rohah...

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Rohah cayangg waduuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terbaik! cantik pulak tu... belum terbuat lagi ni.. tiba bab kukus tu yang lemah sikit.. tak pe nanti nak cuba.. hari tu nampak kat rumah kak Yatie jugak.. tq yaa..:))

Ros berkata...

Assalamualaikum Rohah,

EEEmmm sedapnyaaaa Rohah....teringin pulak Kak Ros,dah la Kak Ros tengah tak lalu nak makan apa pun ni pahit mulut he.he.he....

Terima kasih ya Rohah sudi mai jengok Kak Ros....

rahel berkata...

Cantik dan kemas je hasil air tangan kakak gue ni...tentu wangi banget seri muka ni..ada durian kan..

Amie berkata...

Bik..... orak cukup ngencesss, ngiler meneng....uwaaaaa kepingin!

Unknown berkata...

Meriahnya durian sana sini kan? Kesian kakpb, terkulat2 tgk org buat kuih, bubur.....teringin jgk ni.

Azie berkata...

As salam. Sedap nyer. Saya pernah buat walaupun rasanya sedap tapi tempang. Tak boleh berdiri, boleh terlentang jer. Bolehlah cuba sekali lagi ni

Kek Kawin berkata...

Salam Rohah..sedap je nengok kawan2 masak kuih tradisi ni, Iza ni dah dapat warning dr doktor kolestrol tinggi ni,alahai kuih serimuka ni fev iza....kalau x lemak x mengancamkan rasanya...