Khamis, 2 Februari 2012

ACAR RAMPAI

Assalamualaikum...
Bersemangatnya saya memasak acar disebabkan teringin makan Nasi Mentega & Cendawan.Lengkap rasanya bila kita dapat menyediakan sesuatu hidangan yang sesuai dengan padanan nasi dan lauknya walaupun tak banyak jenisnya...Tengok resepi acar ni kat majalah macam sedap jerr..(Memang sedap pon rupanyerr !!..)Tapi saya buat separuh adunan je dari sukatan resepi asal.Susunan bahan resepinya tu saya olah semula untuk memudahkan lagi proses / step menyediakan bahan-bahannya..Jangan tak cuba!!




ACAR RAMPAI
Resepi:Majalah RASA

Bahan-bahan:
2 biji timun | dihis memanjang
2 biji lobak merah | dihiris memanjang
50gm cili sos
1/4  sudu teh cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
1 sudu makan biji sawi
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar:
50gm bawang merah
30gm bawang putih
80gm cili kisar
50gm pes tomato

 Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan sedikit air ke dalam tumisan dan biarkan hingga mendidih.
3.Tuangkan sedikit cuka dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.Kacau rata.
4.Akhir sekali masukkan hirisan timun, lobak merah dan taburkan biji sawi di atas acar rampai.
5.Sedia dihidangkan.




Tiada ulasan :