Selasa, 21 Februari 2012

KUIH SERIMUKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lemau sikit beberapa hari ni nak mengentri resepi2 yang semakin bertimbun menunggu Q.Tak apalah, asalkan jalan walaupun slow je nampaknya.Hari ni saya nak sharekan resepi kuih serimuka yang mudah untuk dibuat.Sebelum2 ni dah banyak kali saya buat kuih serimuka yang menjadi pebret saya, tapi asyik tak sempurna je hasilnya.Kali ni alhamdulillah, puashati rasanya..memang dendam kesumat untuk membuatnya, ni pun ntah keberapa kalinya.Ucapan tq buat tuan punya asal resepi ini, dan sumbernya telah saya dapatkan dari fb Kak Sue Hashim, tq sekali lagi untuk beliau pula.Cuma di sini saya ada olah sikit2 sukatannya, begitu juga dengan tutor tatacaranya.. 

KUIH SERIMUKA
Resepi asal:Cafe Serimuka
Sumber:Sue Hisham
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah:
300gm beras pulut | cuci & rendam 1 jam
2 cawan santan
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Tapiskan/toskan beras pulut, kemudian griskan loyang dengan minyak.Gaulkan sebati beras pulut bersama garam dan santan (ukuran santan hendaklah separas dengan beras pulut).
2.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit

Bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur (resepi asal tak letak telur)
2 sudu besar  jus pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan dan blendkan (saya kacau guna whisk je).
2.Angkat pulut yang dikukus tadi dan kacau alih.Kemudian alihkan ke alam loyang berukuran 8" yang dialas dengan plastik.
3.Tekan-tekan pulut agar padat.Carikkan sedikit permukaan pulut menggunkan garfu.
4.Tuangkan adunan yang diblend tadi ke atas pulut, kemudian tutup dengan foil.
5.Kukus selama 40-45 minit.
6.Biarkan sejuk baru dipotong.




12 ulasan :

rahel berkata...

Canteknya kuih seri muka..sesuai ngan namanya..berseri-seri..halus mulus..

Rohah berkata...

Kalau begitu terima kasih Rahel..kalau boleh kulit muka tuan kuih ni pun nak mulus macam kuihnya itu...tapi nak buat camne..tak mulus pulak..erghhh..

Sally Rashid berkata...

nampak licin cantik jer Seri Muka ni....
izinkan kita ambik resepinya yer..nak cuba jugak..

Rohah berkata...

Aah Sally,alhamdulillah puas hati rasanya..silakan aje mencubanya..Kena kuat semangat buat kuih ni, terutamanya bila memikirkan bancuhan tepung untuk bahagian atas pulut tu..Selamat mencuba..

alinaeiyna berkata...

sedapnya..mesti cuba ni

Rohah berkata...

harus tu alinaeina..

Hussein berkata...

Wah.. enaknya bisa aku rasakan. Bikin damai qalbu ini :D


Grosir Handuk Murah Surabaya,
Jasa Kurir dan Ekspedisi Murah surabaya,
Supplier Herbal Murah

Helmi berkata...

Thanks infonya...

Akmal Khairul berkata...

Kenapa lapisan atas kerassss.....

Akmal Khairul berkata...

Kenapa lapisan atas kerassss.....

Akmal Khairul berkata...

Kenapa lapisan atas kerassss.....

mia mia berkata...

Alhmdllh saya buat menjadi .skrg buat berniaga