Ahad, 26 Februari 2012

KEK COKLAT STRAWBERI




Assalamualaikum...
Di sini saya nak kongsikan resepi Kek Coklat Strawberi 
yang enak dan lembap2 cam tu.Kiranya dah kali kedua 
saya membuatnya.Bahan-bahannya mudah dan ringkas 
je, jadi sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya...
KEK COKLAT STRAWBERI
Resepi: Ita's Delight (Majalah SAJI)
Bahan-bahan:
200gm tepung naik sendiri (sy guna tpg gandum + 2 sudu kecil baking powder)
230gm mentega
220gm gula kastor (sy guna 200gm)
230 gm telur (4 biji telur grade A)
1/2 sudu kecil esen vanila
30gm serbuk koko (saya guna 20gm)
50gm susu segar
Sedikit pewarna merah jambu
Sedikit pes strawberi
Sedikit hirisan kepingan badam (sy guna badam cincang)
Bahan coklat fudge:
250gm coklat masakan
100ml susu segar
Cara menyediakan:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.Putarkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega sehingga sebati.
2.Di dalam mangkuk berasingan, putar telur dan gula sehingga likat.Masukkan adunan ini dan esen vanila kedalam adunan tepung yang telah disediakan dan sebatikan.
3.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu adunan campurkan serbuk koko dan susu segar.Satu lagi, campurkan pewarna merah jambu dan pes strawberi.
4.Tuangkan adunan berselang seli di dalam acuan bujur.(sy guna loyang bulat).Bakar pada suhu 180 darjah C selama 40minit. (saya bakar 50 minit )
5.Untuk coklat fudge:Panaskan susu kemudian masukkan coklat masakan.Sewaktu masih suam-suam, tuangkan coklat ke atas kek supaya ia kelihatan licin dan berkilat.Hiaskan dengan hirisan kepingan badam yang telah dibakar terlebih dahulu.


8 ulasan :

~~zAnAfAhMi~~ berkata...

Boleh buat utk birthday cake ni, mesti sedap.

Rohah berkata...

Sesuai sangat...saya suka diapunya gabungan rasa strawberi & coklatnya, lagipun strukturnya moist..

rahel berkata...

Kak Rohah,sedapnya gue tengok ni kek coklat strawberry,nanti senang2 gue nak try gak...

Cida de' Nuanza berkata...

wah...nk masuk list ni..sgt suka gabungan coklat dan stroberi tu..

Rohah berkata...

Yeah Rahel; "Ratu Kek"..sedaaaap mbanget kek nie, harus sesangat utk dicoba..

Rohah berkata...

Gabungan mantap ni Cida...jgn ketinggalan versi yg mudah nie..hehe

Tanpa Nama berkata...

Erm nak tanya yang susu segar tu susu cair ye? Sorry lerh saya ni baru nk jinak2 dgn dunia masakan nih ^^

Tanpa Nama berkata...

Pes strawberry dgn pewarna merah jambu tu boleh cari kt mana ye?