Khamis, 23 Februari 2012

KEK KEJU MANGGA




Assalamualaikum..Selamat malam dan moga berbahagia anda semua di luar sana.Buat kek keju lagi....So sweet..., memang saya suka.Jom layan..




 KEK KEJU MANGGA

Resepi : Noraini Zakaria

Bahan biskut:
180gm biskut Marie | kisar (saya gabungkan dengan biskut cracker)
70gm mentega | dicairkan

Bahan kek:
250gm krim keju
250gm krim putar
90gm gula kastor
60ml air
15gm gelatin halal
2 biji mangga | dipotong dadu
Sedikit pes mangga atau esen mangga (jika ada) 

Cara membuat:
1.Sediakan tin bulat 7" jenis 'loose tin' yang boleh dibuka dibawahnye.
2.Biskut:Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut dan digaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
3.Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat.Simpan dalam peti sejuk sebentar.
4.Dalam bekas lain, pukul krim keju, pes mangga dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
5.Panaskan gelatin dan air hingga cair.Setelah sejuk tuangkan gelatin ke dalam adunan keju dan pukul sebati.Masukkan krim putar dan pukul sebentar sahaja.Kemudian masukkan mangga dan ratakan.
6.Tuangkan adunan ini ke atas lapisan biskut yang telah keras.Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.


2 ulasan :

citra fareeda berkata...

waduhhh...cantek dan kelihatan enak sekali kek keju mangga nie. Saya pencinta kek keju sangat2.

Rohah berkata...

Terima kasih Fareda...klu mcm tu elok sgtlah kalau dapat mencubanya...puas dapat makan lebih sikit...