Khamis, 2 Februari 2012

SOTONG MASAK HITAM




Assalamualaikum...
Sesekali mengadap sotong memang syok..Nak makan setiap minggu tak elok juga kan  untuk kesihatan.Kena pulak kalau sotong-sotong tu bertelur...aduhhhh, sedapnya meratah telur2 tu..Bila selak banyak2 majalah, banyak kali saya jumpa resepi sotong masak hitam ni, tapi saya ambik yang simple je.Kebetulan masa nak masak ni kelam kabut sikit sebab agak terlewat memulakan tugas di dapur, so saya ambil je lah resepi yang agak mudah, janji sedap dimakan.Bila sotong ni dah mula terhidang, macam2 komen yang diberikan oleh anak-anak saya tentang 'kaler' sotong yang nak dijamah tu.Saya kata; "SEDAP.., jangan risau tentang warna sotong nie..".Nasib baik diaorang tak banyak kerenah..kira sedap lah tu..licin juga akhirnya, tak cakap lagi dah tentang 'kehitaman' sotong nie..Sedap apee!!





SOTONG MASAK HITAM
Resepi:Majalah SAJI

Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar | jangan buang dakwat
2 sudu kecil cili kisar (pedas mengikut kesukaan)
3 ulas bawang merah |kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
2cm hali | dihiris nipis
1 batang serai | dititik
Sedikit minyak
Air
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1.Rebus sotong bersama-sama dengan hirisan halia dan serai.(Air rebusan hendaklah sama paras dengan sotong).Biarkan mendidih.
2.Selepas mendidih, masukkan cili dan bawang yang telah dikisar.Biarkan sehingga sotong empuk.
3.Setelah empuk, masukkan garam dan tuangkan minyak disekeliling kuali.
5.Biarkan sehingga mendidih dan kuah sedikit pekat sebelum diangkat.


2 ulasan :

Yatie berkata...

lama tak masak sotong, menyelerakan sungguh menu Rohah ni...

Rohah berkata...

Sedap kak Yati..masa kecik2 dulu kami adik beradik puas makan sotong kecik-kecik bulat, mmg susah nak buang diapunya dakwat jd mmg masak ngan dakwatnye sekali..Bila sy masak ni ikut resepi majalah, teringat semula zaman anak2 dulu, menu inilah yang mak saya masak cuma berbeza sikit cara masaknya.