Jumaat, 24 Februari 2012

SUP IKAN HARUAN




Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Marilah nikmati kesegaran sup ikan haruan.Perencah tak perlu banyak untuk sup ikan haruan ni, nanti akan menimbulkan rasa muak.Sudah memadai jika ianya dicampurkan dengan lada hitam kisar.Inilah stail saya.


SUP IKAN HARUAN
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
3 ekor ikan haruan | potong
1/2 labu bawang besar |cincang
3 ulas bawang putih | hiris
2 cm halia | cincang halus
Air secukupnya
1/2 -1 sudu kecil lada hitam kisar
Garam
Minyak masak
Daun sup

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2.Masukkan air secukupnya.Renehkan sebentar, setelah itu barulah masukkan ikan haruan.
3.Didihkan hingga masak.Perasakan dengan garam dan masukkan lada hitam kisar.
5.Tutup api setelah ikan masak.Hidangkan bersama daun sup.


4 ulasan :

rahel berkata...

Kak Rohah,
sedapnya kalau hirup sup ikan haruan ni..my pebret ni..

Rohah berkata...

Sudah pasti Rahel...tapi akak suka yg x bau sangat perencah especially kulit kayu manis kalau buat sup ikan haruan ni..

Tanpa Nama berkata...

Kalau demam2 mkn sup ikan haruan ni tentu bertenaga balik. Saya suka rasa pedas lada hitam dan halianya. Dan pastikan juga ikan haruan tu ditangkap dari alam liar supaya rasanya lebih sedap.

Unknown berkata...

Saya baru nak Cuba