Selasa, 14 Februari 2012

KUIH LAPIS SERI WANGI



Salam buat semua..
Keinginan nak membuat kuih lapis versi kak yatie ni memang membuak2...,apalagi kalau tengok hasil air tangan beliau dalam bab talam menalam & lapis melapis ni, memang cantik dan tersusun rapi.Memang menyerlah hasil kerja beliau.Alhamdulillah, dapat juga saya mencubanya dengan kalam bismillah dan selawat..Sampai macam tu ye..Faham-faham je lah, saya memang gerun kalau buat kuih2 talam ni, takut saya buat tak menjadi.Tapi bila sebut pasal ni, memang saya tak serik, selagi hasilnya tak memuaskan hati,memang akan dicuba lagi..Sebab saya memang SUKA MAKAN KUIH TALAM..hehe...Thanks kak Yatie, memang terbaik resepi akak..











KUIH LAPIS SERI WANGI
Resepi:Yatie @ Yatiememories


Bahan-bahan (loyang 8")
BAHAN A:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat

BAHAN B:
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan | disimpul

BAHAN C:
3 sudu besar rata serbuk koko*
4 sudu besar air suam untuk bancuh koko* | digaul rata (saya guna 1 sb coklat emulco)
Pewarna hijau, perisa pandan

Cara-cara:
1.Masak bahan B sehingga larut, biarkan suam sedikit.
2.Sementara itu satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
3.Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4.Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/ perisa pandan dan satu lagik letak bancuhan koko atau coklat emulco.
5.Panaskan pengukusdan balut penutupnya dengan kain.
6.Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dengan plastik di dasarnya.
7.Apabila air dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
8.Masukkan adunan koko 1 cawan dan kukus selama 5 minit.
9.Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
10.Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit.Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
11.Kuih benar-benar sejuk barulah cantik dipotong.Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya.Selamat mencuba.


nota rohaisha:
Saya telah gantikan santan dengan krim masakan masa buat kuih lapis ni.Pada pendapat saya, kuih2 sebegini memang terserlah keenakan /keaslian rasanya jika menggunakan santan ...(tp sebab nk perabihkan stock krim masakan, sengaja saya gunakan krim tu). 

6 ulasan :

Shiela berkata...

Cantek dan nampak sedap sangat Rohah...

Rohah berkata...

Tq kak, senang nak dipotong n elok je kejadiannya, alhamdulillah..

norlieharumaini berkata...

cantiknya nampak sedap je

Rohah berkata...

Kak norlieharumaini, memang sedap, kenyal elok je..

Melly Octaviana berkata...

Kak Rohah..cantik kuih lapis nya.. ;)

mia mia berkata...

Cantik lapis...sekarang saya buat berniaga...