Jumaat, 10 Februari 2012

PIZA SOSEJ DAGING






Assalamualaikum..
Kembali bersua di sini.Cuti umum dah pun berlalu, namun target kerja2 yang harus dilaksanakan belum juga terlaksana sepenuhnya..
Buat piza ni sebab tunaikan permintaan si abang (anak sulong) saya.."Dah lama ummi tak buat pizza", sian pulak dengarnya.Dengan hati yang gagah,maka tercapai juga hasratnya nak makan piza.Saya buat separuh adunan je dr sukatan resepi asal.Dapatlah dua jenis pizza;PIZA SOSEJ DAGING & PIZA HAWAIAN





PIZA SOSEJ AYAM
Resepi:Noraini Zakaria (Kompilasi Hidangan Berkeju)
Diolah oleh :Rohaisha

Bahan-bahan untuk:-
4 keping roti piza
1 cawan sos pasta

Bahan doh:
600gm tepung roti (high protein flour)
200gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil pemantap roti (bread improver)
1 peket (11gm) yis segera Mauripan
2 sudu besar gula halus

Bahan A:
650ml air sejuk
1 sudu kecil garam halus

Cara menyediakan:
1.Satukan bahan doh dalam mangkuk adunan.Buat lubang itengahnya dan tuang bahan A.Uli doh dengan tangan atau mesin hingga lembut.
2.Tutup doh dengan kain lembap.Biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit.(saya perap doh selama 3 jam.Uli 1 kali dalam tempoh satu jam pertama kemudian teruskan memerap).
3.Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan anginnya.Uli sebentar hingga lembut.
4.Canai doh bentuk bulat dan biarkan naik selama 20 minit.Bakar hingga setengah masak selama 15 minit.

Bahan inti:
50gm marjerin
200gm isi ayam    | dicincang (saya guna daging burger ramli)
10 biji kiub nanas | dicincang
1 biji cili benggala   | dicincang
200gm keju Mozarella | diparut
2 batang sosej ayam     | dihiris
5 biji cendawan butang | dihiris

Cara membuat:
1.Goreng isi ayam dengan sedikit minyak/marjerin hingga setengah masak.Tuskan sehingga kering.
2.Sediakan sekeping roti piza.sapukan sos pasta dan susun bahan-bahan inti.Akhir sekali, taburkan keju Mozarella.
3.Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius selama 15 minit.Susun piza dalam dulang pembakar dan bakar selama 20 minit.


nota rohaisha:saya taburkan lagi tepung secukupnya untuk melicinkan lagi doh supaya tidak melekit.





Tiada ulasan :