Selamat malam dan bersua kembali...
Alhamdulillah kita masih diberi nikmat kehidupan, bersyukur atas pemberianNya.Berbicara di sini juga merupakan satu nikmat, kerana kita masih mampu bermuamalat dan berukhuwah.
O.klah, berbalik pada menu yang ringkas ini, sementara musim durian tengah meriah ni, puaslah jugakan buat macam2 menu berasaskan raja segala buah ni.Ari tu saya asyik membantai durian je, makanya terimalah habuan ; gastrik menyerang.Haaaa...masa makan tak beringat...(bisalah tu..hehhe)
PULUT KUKUS & BUBUR DURIAN
resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
Bahan Pulut:
2 cawan beras pulut | rendam 1 jam
1 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 sudu kecil minyak masak
Cara:
1.Panaskan air dalam kukusan.
2.Satukan pulut bersama santan dan garam, kukus beras pulut selama 15 minit.
3.Buka penutup periuk, kacau pulut dan tuangkan minyak masak.Sebatikan.Kukus semula pulut selama 5 minit atau sehingga masak.
4.Siap untuk dihidangkan.
Bahan bubur durian:
20 ulas durian @ 2 biji durian* (kalau isi durian padat, cukup 1 biji)
500ml air* | rebus bersama anggaran 5 minit
1 liter santan dari satu biji kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)* kalau nak lagi pekat boleh tambah 1 sudu besar lagi
Cara:
1.Rebus durian bersama air dan daun pandan anggaran 5 minit.Kemudian masukkan santan, gula dan garam.
2.Kacau sentiasa dengan api sederhana hingga meruap dan mendidih.Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati hingga tanak.
3.Hidangkan bersama pulut atau roti, ataupun boleh dimakan sebagai bubur..
















































