Assalamualaikum..
Kembali bersiaran alhamdulillah.Mudah-mudahan sahabat2 maya dianugerahi kesihatan yang baik dan sentiasa di rahmati Allah.Mendung sarat petang ni walaupun hujan telah turun tengahari tadi.
Keluar N3 AYAM SAMBAL DAUN KARI hari ni iaitu resepi minggu lepas..Macam biasa, daun kari tu mengeluarkan aroma yang harum, bila dipadankan dengan sambal ayam ni, memang bertambah positif aromanya..Resepinya ringkas je, bolehlah dirujuk di bawah.
AYAM SAMBAL DAUN KARI
Oleh:Rohah
Bahan-bahan:
1 kg ayam | potong, digaram kunyitkan & goreng separuh masak
1 labu bawang besar | hiris
2 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia kisar
6 tangkai cili merah besar | kisar
5 tangkai cili padi hijau | kisar
5 tangkai daun kari
Pati asam jawa
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak masak
Cara-cara:
1.Gorengkan ayam separuh masak.Ketepikan.
2.Tumiskan hirisan bawang besar, daun kari.Kacau hingga beraroma.
3.Masukkan bahan-bahan kisar, kacau hingga naik minyak.Curahkan sedikit air bersama pati asam jawa dan gula.Renehkan.
4.Masukkan ayam, gaul rata.Boleh tambah garam sekiranya perlu.Biarkan kuah menjadi sedikit pekat dan ayam bertambah masak.
5.Matikan api.
10 ulasan :
Nyum shedapnya
lama dah x mkn....sdap2...!
Sungguh menggoda masakan kak Rohah ni.. yummy
sedappp..:) kecur plk tgk
Salam kak rohah.. tun mmg suka ayam sambal. xkira la msk macam mana pun.. ni letak daun kari lg sedap bau dia nih
sedapnya tengok sambal ayam tu....
tak pernah lg msk sambal ayam letak daun kari,lain kali nk try jugak...
nampak sedap..nanti boleh cuba
sedapnya rohah! kalau lauk bersambal mcm ni memang lajulah akak mkn nasi.. hehe.. copy resepi dulu yek! TQ rohah
salam
sedapnye..mkn dgn roti perancis pun sedap ni..
Catat Ulasan