Assalamualikum..
Salam semua..
Enaknya kalau dapat makan ikan yang dipanggang kan...Kalau terasa jemu dengan ikan/lauk yang dimasak secara berkuah, bolehlah tukar selera dengan memanggangnya sahaja.Simple dan mudah je kan..Tapi pastikan kita tidak memanggang terlalu lama sehingga menghasilkan karbon yang tidak sihat untuk kesihatan kita.
Sedia maklum ikan cencaru memang sesuai dipanggang..kalau nak sedap lagi bolehlah buatkan cicah air asam atau sambal kicapnya.Bagi saya tak ada sambal cicah pun dah ok juga, sebab kita dah sumbatkannya dengan sambal diperut ikan tadi kan..Untuk rujukan resepi simple saya tu bolehlah rujuk di bawah ye..yang penting ia mudah dan cepat untuk sediakan..
CENCARU PANGGANG SUMBAT SAMBAL
Oleh:rohaisha
Bahan-bahan:
4 ekor ikan cencaru
Garam
Kunyit
**Daun pisang secukupnya/kertas aluminium foil untuk membalut
Bahan tumbuk:
1 labu bawang besar* | cincang, tumbuk
2 tangkai cili besar* | tumbuk
1 batang serai* | hiris halus, tumbuk
Sedikit belacan* | tumbuk
Sedikit asam jawa
Garam
Gula
Bahan-bahan:
1.Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit.Ketepikan.
2.Tumbuk bahan bertanda (*).Gaulkan bersama asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
3.Ambil ikan dan sumbatkan dengan bahan tumbuk tadi secukupnya.
4.Bungkus dengan daun pisang/aluminium foil.
5.Letakkan di atas kuali/jaring pemanggang dan panggang sehingga ikan masak.
6.Sedia untuk dihidang.
3 ulasan :
aduhaiii..memalm ni tgk lauk ikan caru tu jd lapo smula dh...hihi...antara fav QH jugak ni..
Sedapnya... cencaru bakar sumbat sambal. Memang kesukaan saya. Tak leh jadi ni, mesti kena masak lauk ni, hari ni.
Assalammualaikum Rohah, ikan cencaru mmg sedap masak mcm ni. Kita org pun suka.
Rohah, psl blog akak yg tak boleh komen tu, akak pun taktau nk buat mcmana. Mungkin ada masalah pd blog Rohah? Sebelum ni akak guna popup window, skrg dah tukar mcm Rohah ni. Bila akak tukar mcm ni, ada blogger lain pula yg tak boleh komen...hemm.
Catat Ulasan