Salam,
Selamat santai dan beristirehat.Siapa yang gemar makan ikan tilapia bolehlah buat menu ringkas macam ni.Sebenarnya menu ni sebiji yang macam selalu bonda saya buat masa kami kecik2 dulu.Cuma bonda saya suka guna cili besar sebab anak2 dia tak makan pedas.Kali ni saya terjumpa menu yang sebiji seperti yang saya maksudkan tadi, so saya olah sedikit ikut kesesuaian saya.
TILAPIA PANGGANG BERSANTAN
Sumber:Adaptasi dari Majalah SAJI
Bahan-bahan:
2 ekor ikan tilapia | dibersihkan dan dipanggang
1 biji bawang besar | hiris
6 tangkai cili api | tumbuk (boleh lebihkan jika mahu pedas)
500ml santan pekat | perah santan menggunakan air tapis
Sedikit garam
Gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jusnya
*santan tidak perlu dimasak
Cara menyediakan:
1.Panggangkan ikan tilapia.Ketepikan.
2.Satukan santan bersama cili api yang telah ditumbuk beserta garam dan gula.
3.Masukkan hirisan bawang besar dan perahkan jus limau ke dalam kuah santan tadi.
4.Siramkan ikan tilapia dengan kuah santan dan sedia untuk dihidangkan.
4 ulasan :
Salam Roha.ikan talapia bakar...siram santan...mcm percikkan...tentu sedap.kat Cairo ni byk ikan talapia dijual....fresh dr Sg Nil.
Waalaikumussalam...
mmg suka buat stail mcm ni, ada kelainan sikit.Wah..best tu kalau senang nk dapatkan yang fresh.Saya kalau dapat ikan ni hari2 pun tak pe..tak jemu punya..hehe
salam rohah
klu dapat cubut sikit ikan tue ..isshhhh terliur betul..jarang makan ikan nie..klu nk makan biasa beli dh siap masak itupun masak lemak cili api jew la...:)
waalaikumussalam Zila,
ikan ni mmg enak dimasak apa2..goreng pun sodap, sedap sesangat tu..
Catat Ulasan