Khamis, 5 April 2012

LAPIS ROTI BERINTI AYAM




Selamat petang semua.Apa menu untuk minum petang anda semua?Resepi yang masuk ni bukan sajian petang saya untuk hari ni, sebaliknya menu makan malam kelmarin..Dah lama dapat idea nak buat roti lapis ngan inti ayam ni, tapi asyik terbantut memanjang.Berkobar2 rasa nk buat ni sbb ada 1 bundle roti masa saya duk kat wad minggu lepas, langsung tak berusik.Kat sana asyik ngadap menu spital je..makan lalu je..(ada gak pesen cam gini ye..).Jom ah nengok2 resepinya.Step ringkas membuatnya boleh lihat kat SINI.Macam pizza pun ada dipunya rasa.






LAPIS ROTI BERINTI AYAM
Resepi: rohaisha

Bahan Inti:
400gm daging ayam kisar | leraikan
1 biji kentang (saiz kecil) | potong dadu/ kecil
1 labu bawang Holland | cincang dadu/ halus
3 ulas bawang putih | cincang dadu/ halus
2 biji cendawan butang | cincang dadu
4 sudu besar serbuk rempah kurma | dibancuh dgn sedikit air
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan inti:
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan kentang.Tumis hingga naik bau.Kacau.
2.Masukkan bancuhan rempah kurma dan biarkan hingga naik minyak.Bolehlah dimasukkan daging ayam kisar tadi diikuti air secukupnya untuk melembutkan kentang.(Lebihkan air pun tak apa, tujuannya untuk merenehkan tumisan agar kentang benar2 empuk).Tutup kuali dengan tudung periuk.Biarkan mereneh dan sesekali dikacau gaul supaya tidak hangit.
3.Apabila kentang mulai empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati.Tutup kembali tudung kuali.
4.Matikan api apabila kuah kelihatan agak kering dan kentang benar2 sudah empuk.

Nota:*Toskan inti dengan penapis santan sekiranya kelihatan minyak yang berlebihan.

Bahan Untuk Melapis Roti:
Bahan A:
12 keping roti
2 biji telur* | dikacau
200ml susu segar* | (*)dicampur bersama
Sedikit marjerin (untuk disapu kat loyang)

Bahan B:(bahan taburan)
10 tangkai daun bawang | hiris
2 biji cendawan butang | hiris
Cili capsicum kuning secukupnya | potong kecil
Cili capsicum merah  secukupnya | potong kecil
1 tangkai cili merah | hiris
200gm keju Mozarella
Serbuk oregano secukupnya

Cara menyediakan lapisan roti:
1.Sapukan Loyang menggunakan marjerin.
2.Celupkan roti sekeping demi sekeping ke dalam bancuhan susu dan telur.Susunkan dasar loyang dengan roti tadi.(Saya guna bekas/loyang 4 segi sama, so saya gunakan 4 keping roti di dasar loyang).
3.Sendukkan separuh inti dan ratakan ke atas roti yang bersusun tadi.Taburkan cili merah, daun bawang dan keju mozzarella hingga ke serata bahagian.
4.Proses ulangan:Ambil lagi 4 keping roti yang dicelup ke dalam bancuhan susu dan telur,susunkan sebagaimana langkah sebelumnya.Sendukkan lebihan inti, seterusnya taburkan cili merah,daun bawang dan keju Mozarella.
5.Celupkan baki 4 keping roti lagi ke dalam bancuhan susu dan telur, dan tutupkan ke atas taburan inti tadi.
6.Taburkan cili capsicum merah dan kuning, daun bawang, hirisan cendawan dan baki keju Mozarella ke atas permukaan roti yang terakhir ini..Taburkan serbuk oregano secukupnya.
7.Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan menggunakan suhu 75 darjah Celcius selama 40minit.
8.Potong dan hidangkan bersama sos cili.




9 ulasan :

Azlita Aziz berkata...

Asalamualaikum rohah

Macam sedap aje akak tgk roti ni..
nanti akak nak buat lah Rohah mesti anak2 suka ni.. lebih2 lagi kalau rasanya macam pizza..
terima kasih ye Rohah share resepi yang cukup simple dengan idea yang cukup kreatif!

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Kak Ita,

Idea ni dah lama sy simpan kat kepala, alhamdulillah enak mcm pizza..

Qasey Honey berkata...

asslm Rohah...nmpk mmg sedap la resepi ni...rasanya mcm piza yer...rupa pon tgk ade iras2 piza...nti QH pon nk cuba jugak la...simple tapo mantoppp

Rohah berkata...

Waalaikumussalam QH,
Lebih kurang gitulah,make-up pun same cam pizza..ehehe,body shape je yg beza sikit..

asyifamustaffa berkata...

Salam sis Rohah...nmpak sedap la...ramuannya pun mudah..nak try la nnti...tq share resepi ye...:)

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Asyifa Mustaffa,
Begitulah..,semudah yang disangka.Trylah...& selamat mencuba.

Unknown berkata...

salam kenal Rohah,memang nampak sedap akak pun nak try jugak ni sbb tak perlu bancuh tepung mcm nak buat piza lagi makan roti pun terasa pizza kan..

Rohah berkata...

Salam jua dari saya kak.Ehehe kak, pizza melayu..selamat mencuba kak Noor.

Unknown berkata...

Nk cuba nti, tq