Salam pagi Khamis yang cerah ceria..
Tanpa celoteh panjang-panjang, cubalah rasa apam gula hangus yang tersangat lembut ni hasil resepi Nasrien Nas (rakan FB).Terima kasih atas keenakan apamnya ini Rina..
APAM GULA HANGUS
resepi:Nasrien Nas
Bahan untuk gula hangus:
1 mug gula pasir
1 mug air
Cara:
1.Masak gula atas api yang perlahan hingga hancur dan keperangan.
2.Masukkan air perlahan-lahan dan kacau hingga gula hangus cair semula.
3.Sejukkan.
Bahan-bahan:
1 mug tepung gandum
1 sudu teh penuh soda bikarbonat
4 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 mug minyak masak
Cara:
1.Masukkan susu dan minyak dalam mangkuk, kacau rata guna senduk sahaja.
2.Masukkan telur satu persatu dan kacau lagi hingga sebati.
3.Masukkan air gula hangus yang telah sejuk, kacau rata.
4.Masukkan tepung bersama bikarbonat sedikit-sedikit, kacau rata dan tapis.
5.Tuang dalam acuan dan kukus selama 15 minit. (saya sapukan minyak pada acuan )
9 ulasan :
Assalamualaikum Rohah,
cantik apam gula hangus ni, kalau dapat rasa bestnya...kuih kegemaran akak ni..
salam Rohah mesti dah letih buat apam ni kan tkpe lah akak minta sebiji apam ni nak rasa sbb tergoda lah cantik dan menawan sekali apam tu hehee
Sedapnya apam gula hangus....tak jemu makan!
salam rohah
akk dtg bwk pinggan besar nie..ada lg x?..nk tanya kt belakang pinggan tue buah apa..nampak sedappp la..:)
Salam kak rohah! nak apam 3 ketul :D kita suke betul mkn apam2 mcm ni sbb kurang bau2 ayam ehehe.. kalau ada kelapa parut kak lagiiiiiiii kita suke :D
asslm Rohah...cantik betul kejadian apam gula hangus ni...nk 1 boleh...
akak amik sekeltul ye.Halus betul tekstur apam tu
Salam ziarah kembali.Kuih yang tak jemu dimakan.
aslmkum rohah.. akk dtg bawa kopi o ni.. nk tumpang minum petang kt sni.. kuih camni msti byk/muai n puas makan bila buat sendiri..
Catat Ulasan