Assalamualaikum...
Bersua kembali setelah beberapa hari bercuti dari berblogging.Balik kampung sebab ada urusan keluarga iaitu meraikan pertunangan adinda saya, Asyraf Sa'adi, semoga diberkati Allah.Untuk majlis tu berkesempatan juga saya buat Cheese Tart dan kek Lapis Oreo Cheese, tapi ntah macam mane lupa pulak nak snap pic kek tu.Untuk biskut Cheese Tart tu insyaAllah akan menyusul di N3 kan datang.
Sebelum balik kampung hari tu berkesempatan buat Crepe Oreo atas permintaan anak2...kalau saya buat yang filling durian memang anak2 tak berapa suka, tapi tak jadi masalah, sebab umminya memang peminat tegar durian crepe, so umminya yang bereskan, heheee.Untuk versi crepe memang dah ulang2 buat termasuk dari resepi blogger2 lain.Tapi untuk kulit/ crepe kali ni saya try buat dari adunan saya sendiri.Begitu juga denga inti kastadnya.Resepinya boleh tonton kat bawah tu ye.
CREPE OREO
Resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung Hong Kong
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak masak
50ml santan kotak
400ml air
Sedikit pewarna oren
Sedikit pewarna oren
Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas, kacau menggunakan hand whisk hingga sebati.
2.Tapiskan.
3.Panaskan pan non-stick dan sapukan sedikit mentega setiap kali mahu menebar adunan dalam kuali.
4.Biarkan masak dan tidak perlu diterbalikkan.Angkat crepe.
5.Bentangkan crepe, picitkan whipping cream, letakkan sebiji biskut oreo, tutup lagi dengan whipping cream dan lipat.
6.Hidangkan.
Bahan Untuk Inti:
1 1/2 hingga 2 cawan non-dairy whipping cream
Biskut oreo secukupnya
Biskut oreo secukupnya
Cara:
Pukul hingga kental.
Untuk Kastad:
1/2 cawan susu cair
50ml air
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 biji kuning telur
Secubit garam
1 sudu kecil planta
Cara:
1.Satukan bahan dalam satu bekas.Kacau sebati.
2.Panas/masak menggunakan kaedah double boiler.
3.Kacau sehingga likat dan matikan api.
4.Sejukkan.
5.Satukan bersama whipping cream.



























































