Khamis, 21 Jun 2012

KARI KURMA SARDIN



Salam...
Bersiaran kembali & bersua lagi kita di sini...
Sebenarnya dah banyak kali juga saya masak kari kurma dan berkesempatan juga di share di FB dulu.Boleh tengok sini, cuma kali ni saya adjust kari kurma ni bila menggunakan sardin dalam tin.InsyaAllah hasilnya memang tak mengecewakan, sedap tauuu..(angkut badan sendiri...jangan tak angkut...hehhi...)
KARI KURMA SARDIN
Resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 tin sardin (tak perlu buang kuahnya)
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | cincang
5 inci halia | ketuk
1 sudu kecil serbuk cili*
2 sudu besar serbuk kurma*
2 sudu besar serbuk kari* (satukan & bancuh dgn sedikit air)
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 biji tomato | belah 4
1-2 tangkai cili besar hijau | belah 2/ tidak putus
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari dan halia hingga wangi.Masukkan bancuhan rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan sardin, kacau dan curahkan air secukupnya.Renehkan.
3.Bubuh asam gelugur, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati dan masukkan tomato dan cili besar hijau.
4.Biarkan sekejap dan tutup api.

Rabu, 20 Jun 2012

MEE GORENG TOMYAM


Salam.....
Redup dan mendung cuaca hari ni.Tapi biarlah redup wajah kita, sebaliknya janganlah pulak hati kita yang mendung!!! .Kalau mendung juga hati yang rajuk, cepat-cepatlah cari penawarnya ye..Kkk..terus ke menu mee goreng yang tak banyak "qarunnya", tapi tetap sedap dimulut saya...Tak caya??? hhehe, rasa dulu ye..
MEE GORENG TOMYAM
Resepi: rohaisha

Bahan-bahan:
450gm mee kuning | cuci & toskan
3 ekor sotong | hiris
1 labu bawang besar | bahagi 2, sebahagian hiris & sebahagian lagi dikisar
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | kisar
2 tangkai cili merah besar | kisar
1 batang serai | ketuk
4 tangkai daun limau purut
1 kiub tomyam knorr
4 biji fish ball | hiris
2 batang fish cake | hiris
Sawi secukupnya | potong pendek
Sedikit air
Minyak untuk menumis

note:1/2 labu bawang besar, cili merah dan tomato dikisar bersama

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik minyak sedikit, kemudian barulah masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,kiub tomyam dan daun limau purut.Kacau hingga layu.Masukkan juga sotong.
2.Masukkan sedikit air, reneh sekejap.Masukkan mee, hirisan fish ball, fish cake dan batang sawi.Gaul rata untuk beberapa ketika.Taburkan sawi dan sebatikan.
3.Tutupkan api setelah mee masak.

nota:saya tidak masukkan garam dalam masakan mee ini, kerana masinnya sudah cukup seimbang kerana menggunakan kiub tomyam yang ada.

Selasa, 19 Jun 2012

KASWI LABU KAK BESAH



Salam petang yang redup....
Enaknyerr dapat makan kuih kaswi labu...
Sedap resepi Kaswi Labu Kak Besah ni.Cuma untuk ketebalan tu, maybe lain kali saya akan menggunakan loyang 8" untuk mendapatkan sedikit ketebalan pada jisim kuih.Memang terbaik, tenkiu Kak Besah.

KASWI LABU KAK BESAH
resepi:Kak Besah
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan labu manis lecek/ lenyek (setelah direbus)
2/3 cawan gula pasir
2 cawan santan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur
1 cawan kelapa parut  secubit garam untuk salutan

Cara:
1.Panaskan pengukus hingga mendidih.
2.Gaul rata semua bahan.Ikutlah cara masing-masing sama ada guna whisk, senduk, tangan ataupun blender.
3.Sapu minyak pada loyang 10", curahkann adunan ke dalamnya.Kukus selama 25-30 minit, atau hingga masak.(Bila dah masak, hasil ketebalannya adalah 1 inci, yang ni saya rasa ikut citarasa masing2.Jika mahu tebal, maybe kena guna loyang 8".Saya ikut cara Kak Besah iaitu iaitu guna loyang 10", hasilnya seperti dalam pic tu ).
3.Potong apabila sudah benar-benar sejuk dan gaulkan dengan kelapa parut.
camnilah ketebalan kuihnya bila pakai loyang 10"

IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU



Salam manis...
Dari kecil sampai besar memang tak jemu menikmati masakan taucu.Kalau jumpa kat kedai makan nampak masakan ni, memang lauk ni yang saya capai dulu..sama gak obsesnya dengan ikan keli, tak kiralah masak apapun.
Masak taucu memang tetap dihati...Sampaikan anak-anak pun dah terikut2.Versi saya simple je, maybe lain orang, lain caranya..
IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU
Resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
10 ekor ikan kembung kecil | goreng 
1 labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | cincang halus
3 tangkai cili hijau | belah 2 tak putus
4 sudu besar taucu
Air secukupnya
Gula secukup rasa

Cara:
1.Goreng ikan seperti biasa.Ketepikan.
2.Tumiskan bawang besar bawang putih dan halia hingga layu.Masukkan taucu, kacau rata.
3.Masukkan air dan renehkan.Masukkan ikan dan sesekali dikacau.Bolehlah perisakan dengan sedikit gula.Masukkkan juga cili hijau.Biarkan seketika.
4.Tutup api dan hidangkan.


Isnin, 18 Jun 2012

KEK SIFON POLKADOT



Salam sejahtera buat semua..
Kali ni berkesempatan juga share resepi dari Rahel yg telah maklum gemar membikin kek yang enak2 nampaknya..memang tak terkejar dengan koleksi2 kek Rahel, semput akak mengejar dek oiii, ni pun baru dapat satu..Memang waduh lembutnya kek sifon ni..enak sekali!!..makan satu, terlajak satu, terlajak lagi dan lagi dan lagiiii!!!...(terlajak sokmo!!..hehhh)


KEK SIFON POLKADOT
Resepi: Rahel

Bahan:
100g tepung gandum
25g gula kastor
60g minyak masak
80ml susu cair
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
1/2sudu teh krim tartar
60g gula kastor

Cara:
1.Ayakkan tepung gandum.Masukkan 25g gula kastor.Kacau rata dan ketepikan.
2.Campurkan minyak masak dan susu cair.Kacau rata.Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.Masukkan kuning telur.Kacau rata.Ketepikan.
3.Pukul putih telur, garam dan krim tartar dengan kecepatan sederhana sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kembang (adunan bertanduk).
4.Tuangkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan perlahan.Ketepikan satu cawan adunan dan beri pewarna hitam untuk corak polkadot (saya guna perisa kapucino & menghasilkan warna coklat), sementara adunan asal diberi sedikit pewarna merah jambu.
5.Tuangkan 1/2 adunan merah jambu ke dalam loyang sifon, kemudian dengan menggunakan sudu makan, sudukan adunan hitam di atas permukaan adunan merah jambu (letak adunan hitam di bahagian tepi, agar maudah kelihatan corak polkadot).Kemudian masukkan lagi sisa adunan merah jambu tadi.
6.Bakar selama 35 minit pada suhu 170'C.Setelah masak segera keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan kek sifon hingga sejuk, baru lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek sifon dari loyang.

P/S:
*Panaskan ketuhar 15 minit sebelum bakar kek.
*Rahel bakar kek sifon selama 25 minit dalam loyang sifon saiz 18cm. (masa membakar saya sama, cuma saya guna loyang 22 cm)
*Hasilnya terpulang pada oven masing-masing.
*Loyang sifon tak perlu digriskan.

Jumaat, 15 Jun 2012

PUDING STRAWBERI




Assalamualaikum..
Moga ceria selalu bersama Damai Qalbu yang serba simple ini.Menu kali ini hanyalah puding biasa, namun cukup enak dimulut saya.Dibikin 2 minggu lepas sebagai bekalan perjalanan jauh ke Alor Star..sampai ke destinasinya memang berair sikit pudingku ini.Faham2 ajelah, aga2-agar kan...
Untuk resepinya boleh tinjau kat bawah tue...

Nampak tak ada macam biji2 kecil bertaburan atas puding tu...unik kan!! Saya memang tak tabur/bubuh apa2 kat atas tu.Itu merupakan biji buah strawberi yang kita kisar, dan automatik bijian tu berkumpul elok di permukaan puding..


PUDING STRAWBERI
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
Lapisan Atas:
1 3/4 sudu kecil serbuk agar-agar (4gm +-)
90gm gula pasir
500ml air
100gm buah strawberi | kisar
Sedikit pewarna merah

Cara:
1.Satukan serbuk agar-agar bersama gula.Renehkan hingga larut.Masukkan pula puri strawberi dan titiskan pewarna merah.Kacau sebati.Biarkan sebentar.Matikan api.
2.Basahkan acuan, kemudian tuang adunan ke dalamnya.Bekukan sebantar.ketepikan

Lapisan Bawah:
1 3/4 sudu kecil serbuk agar-agar (4gm +-)
100gm gula pasir
400ml air
150ml UHT whiping cream
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Sedikit garam 

Cara:
1.Satukan serbuk agar-agar bersama gula.Renehkan hingga larut.Masukkan pula whiping cream dan bancuhan tepung jagung.Kacau sebati.Matikan api.
2.Tuang / lapiskan ke atas adunan agar-agar strawberi tadi.Biarkan pada suhu bilik sebentar, barulah sejukkan dalam peti ais.
3.Hidangkan.

PULUT PANGGANG



Salam rakan-rakan yang disayangi..
Terima kasih kepada yang masih sudi bertandang ke Damai Qalbu, semoga anda dalam keberkatan senantiasa..mohon maaf di atas segala kekurangan yang ada ye..
Malam-malam ni, kita jamu mata dengan Pulut Panggang sudahnye.Dah terlalu lama, rasanya mencapai berbelas tahun saya tak membungkus kuih ni.Seingat saya, last saya bungkus2 kuih ni masa  bersekolah rendah dulu, sesaje tolong bonda saya..Bestnya masa tu kan..terlalu hampir kita dengan ibu kita..Namun masa dan keadaan telah mendewasakan kita mengikut putaran alam..
So, untuk resepinya, telah tercatat di bawah tu.Cuma, saya tak berani nak bubuh cili banyak2, nanti anak2 tak jamah..Semuanya ikut kebiasaan..terpulanglah kan...


PULUT PANGGANG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:-
Bahan pulut:
2 cawan beras pulut | rendam 2 jam dan kukus
1 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak


Cara:-
1.Rendamkan beras pulut selama 2 jam, cuci bersih dan toskan. 
2.Panaskan air dalam periuk kukusan.
3.Satukan beras pulut bersama air dan garam.Kukus selama 20 minit.Buka penutup periuk dan gaulkan pulut yang yang ditanak dengan minyak masak serata yang boleh.Sambung mengukus lima minit lagi, barulah  tutup api.

Bahan Inti:-
2 cawan kelapa parut 
2 tangkai cili kering | rendam air panas & tumbuk (boleh tambah)
3 ulas bawang merah | tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
5gm udang kering/geragau | tumbuk
2cm kunyit hidup | tumbuk
2 batang serai | hiris & tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara:-
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan pula kelapa parut dan kacau rata.Pastikan inti ini kerap dikacau agar tidak hangit.
2.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Apabila telah masak, matikan api. 


Bahan lain:
Daun pisang secukupnya | dilayur atas api sekadarnya.
Lidi untuk mengetip


Langkah2 menyediakan:
1.Ambil pulut secukupnya, dan leperkan di atas daun pisang dalam bentuk memanjang.Sudukan inti dan ratakan di atas pulut tadi.(jika nak mudah, buat leperan pulut atas plastik terlebih dahulu dan gulung menggunakan plastik itu juga, kemudian barulah diletakkan di atas daun pisang).*terpulang pada individu.
2.Gulung pulut yang telah berinti tadi menggunakann daun pisang, kemudian ketip bahagian tepi menggunakan lidi untuk kedua-dua bahagian,iaitu kiri dan kanan.
3.Buat sehingga habis dan panggang atas dapur ikut kebiasaan masing-masing.(asalkan jangan terlalu lama, kerana pulut akan keras dan agak berkerak)

Rabu, 13 Jun 2012

NASI LEMAK HALBA vs AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK PENANG



Selamat malam..
Nasi lemak!!!...nasi lemak!!!
Nasi lemak, ayam goreng rempah!!!
Tak pandang dah ayam goreng yang geseng tu..nasi lemak tetap jalan..Ayam goreng yang saya tayang tu sebenarnya saya gandingkan dengan Nasi Lemak Halba, memang syok arr..
Resepi ayam goreng tu boleh tengok kat sini ye..
NASI LEMAK HALBA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan beras | cuci bersih
2 ulas bawang merah | hiris
1 helai daun pandan | simpul
2 batang serai | titik
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
2 3/4 cawan santan (bergantung juga pada jenis beras)

Cara:
1.Satukan beras dengan santan, garam, bawang merah, serai, daun pandan dan halba ke dalam periuk.
2.Tanak nasi seperti biasa dan sesekali dikacau.
3.Matikan api setelah masak.
4.Hidangkan bersama sambal dan ayam goreng, atau lauk yang sesuai.


Bahan lain:
Kacang tanah goreng secukupnya
Timun secukupnya


Sambal:
8 sudu besar cili kering kisar
1/2 labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
2cm halia tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara:
1.Tumiskan bawang besar dan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan bancuhan air asam jawa.Renehkan.
3.Masukkan pula garam secukup rasa,biarkan seketika.
4.Tutup api.

AYAM GORENG REMPAH MAMAK PENANG


Salam ceria, salam manis buat semua...
Dipilih, dipilih...jangan pilih yang geseng!!! hehe..lihatlah ayam goreng mamakku dah geseng!!!!Punya bagai nak raklah aiii meneliti resepi ayam ni, akhirnya geseng juga bila dah siap goreng..takpelah...janji  boleh dimakan.Jadi sesiapa nak cuba resepi Mohammad Roslan ni, pastikan kita lihat ayam yang digoreng tu ye, jaga api baik2 supaya tak geseng macam saya punya tauu..Ikut step memasaknya seperti yang dicadangkan oleh beliau.Saya ni kalau goreng kekadang sambil buat kerje lain, jadi bila dah terlajak sikit menggoreng, camnilah jadinya.Nasib baik tak pahit..!!
Untuk lihat sendiri versi original ayam ni, bolehlah klik kat tajuk bawah ni ye..
AYAM GORENG REMPAH MAMAK PENANG
Resepi:Mohammad Roslan

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (1.6-1.8kg) | dipotong 10/potongan nasi kandar ( saya guna 900gm ayam/potong biasa)
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
2sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar*cili kering yang dikisar halus (saya guna cili powder)
3 sudu besar kisaran halus (bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + halia 2")
3 tangkai daun kari | potong halus
1kg minyak untuk goreng
Garam secukup untuk dirasa

Cara penyediaan:
1.Bersihkan ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuaian untuk keringkan air basuhan ayam.Masukkan ke dalam bekas dan masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam di dalam bekas.Masukkan serbuk kari, kisaran bawang + bawang putih + dan halia.Tutup bekas ayam ini dengan "plastic wraper" dan peramkan dalam peti sejuk bahagian dingin selama 1-2 jam untuk bahan rempah ini masuk ke dalam isi ayam.
2.Keluarkan bekas dan masukkan  tepung ubi kayu, tepung beras dan tepung jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat, boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air.Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair, tepung ini akan berpisah dari ketulan ayam...terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng.Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3.Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya (ketulan ayam perlu lemas dalam minyak).Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan.Suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4.Untuk gorengan yang cantik, ketulan ayam perlu dimasukkan jangan terlalu banyak dan sedikit.Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus.Pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Gorengan ini biasanya ambil masa 20-25 minit.Untuk pastikan ketulan ayam telah masak, biasanya ketulan itu mula terapung.Masukkan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil.Tanda peha sudah masak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung.
5.Goreng ayam tidak perlu lama dan tidak masak.Kalau terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam

Selasa, 12 Jun 2012

TIRAMISU CAKE lagiiii...


Salam semua,
Beberapa hari break mengupdate pic"makan-makan" dan tidak sempat nak singgah dapur kawan-kawan, maaf ye, buzy sedikit..


Teringin makan kek tiramisu lagi..so,buat lagi...Masih menggunakan resepi dari rakan fb, Mariana Osman..
Kali ni buat separuh adunan je..
Resepi boleh lihat di SINI



Untuk dinda Jurey, len kali kalau datang rumah, kita buat lagi kek ni ye..

Khamis, 7 Jun 2012

LEPAT UBI



Salam manis-manis...
Layan lepat pulak ye.Memang dah terlalu lama tak makan kuih ni.Kebetulan ada ubi kayu dari kampung, merasa jugalah akhirnya.. Siap tapau daun pisang fresh lagi..rogerr teruslah kan..

LEPAT UBI
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan ubi yang telah diparut | perah & buang airnya
1/2 cawan gula
1 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
Daun pisang secukupnya

Cara:
1.Lapkan daun pisang dengan kain lembap bersih.
2.Layukan daun sekadarnya atas api.
3.Satukan kesemua bahan, dan sudukan adunan atas kepingan daun pisang, gulung dan lipat.Buat sehingga habis.
4.Didihkan air dalam periuk kukusan, kukus bungkusan adunan ubi kayu tadi selama 30 minit.

Selasa, 5 Jun 2012

APAM TAPAI NASI


Salam..
Kawan-kawan yang suka apam, jom cuit2 apam sebagai pengalas perut.Seketul dua memang tak cukup...(sayalah tu..).Kali ni saya buat tapai nasi untuk buat ibu apam ni, tapi kena sabarlah ye bab nak menapai ni, sebab nasi yang telah digaul ngan ragi kena perap selama 4 hari dalam suhu bilik (sampai jadi tapai).Barulah boleh dicampur dalam adunan.Cuba erkkk, jangan tak cuba..

APAM TAPAI NASI
resepi:rohaisha


Bahan untuk tapai nasi:
2 cawan nasi
3/4 biji ragi (dari 1 biji ragi) | hancurkan


Cara:
1.Gaulkan nasi bersama ragi yang dihancurkan tadi hingga sekata.
2.Masukkan dalam bekas bertutup/ tupperware.Perap selama 4 hari dalam suhu bilik.
3.Nasi yang diperap tadi sudah berair sedikit apabila sudah menjadi tapai setelah mencapai tempoh 4 hari tersebut.

Bahan-bahan untuk Apam:
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 cawan tapai nasi

Cara:
1.Satukan tepung dengan yis, gaul sekata.
2.Masukkan tapai nasi, gula dan air.Kacau menggunakan whisk hingga sebati.
3.Perapkan selama 1 jam 15 minit.
4.Panaskan air dalam periuk kukusan, kukus dahulu acuan selama 5 minit.Sapukan minyak pada acuan.Tuang adunan dalam acuan  secukupnya.
5.Kukus selama 15 minit.
6.Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam.

Isnin, 4 Jun 2012

DORAYAKI DWI COKLAT



Assalamualaikum..
Jumpa lagi malam ni....Rindu rasanya nak nulis2 kat sini walaupun simple macam selalunya..Dah seminggu dapur Damai Qalbu tak berdangdut dan menyepi je, maklum ajelah cuti sekolah ni, macam2 program yang sesuai dengannya harus dilaksanakan..Walaupun dapur tak berdansa, ada je resepi yang setia menanti untuk diupdate..Apa kata kita kunyah2 Dorayaki yang menjadi makanan Doraemon ni ye..hik3..
Nikmatilah....
DORAYAKI DWI COKLAT
Resepi:majalah SEDAP

Bahan kulit:(anggaran 20 ketul)
4 biji telur
100gm gula pasir
2 sudu makan madu
1/2 sudu teh garam
225 gm tepung gandum
20gm serbuk koko
2 sudu teh serbuk penaik
125ml susu cair

Bahan inti:
200ml  krim pekat
200gm coklat masakan hitam | dipotong-potong

Bahan taburan:
50gm gula aising

Cara membuatnya:
1.Kulit:Pukul telur, gula pasir, madu dan garam sehingga pekat.Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbukpenaik sambil diayak dan dikacau rata berselang seli dengan susu cair.
2.Panaskan kuali rata.Tuang 1 sudu makan adunan.Biarkan mengembang.Terbalikkan adunan.Biarkan sehingga masak.Angkat dan ketepikan.
3.Inti:Panaskan krim pekat.Matikan api.Masukkan potongan coklat masakan hitam.kacau sehingga larut.Sejukkan dalam peti sejuk.Pukul sehingga lembut.Masukkan dalam karung plastik tiga segi.Simpan dalam peti sejuk.
4.Ambil sekeping kulit.Semburkan bahan inti dengan spuit besar.Lapiskan dengan kulit lainnya.
5.Hidangkan setelah ditabur gula aising.