Khamis, 21 Mac 2013

KEK GULUNG STRAWBERI


Assalamualaikum...
Selamat bersiaran kembali...semoga dipermudahkan segala urusan.Rasanya ramai yang sudah diulit mimpi malam ni..Eehh, malam lagi ke ni?..dah masul awal pagi; 1.15 pagi.

Antara corak swiss roll yang dah lama diidam-idamkan.Semangat tengah membara masa tu, maka terhasillah!!.Apapun perkara yang telah dimulai dengan niat, pasti akan membuahkan hasil..(berpujangga pulak..heee).

Untuk resepi dari Wendy Kor ni saya telah susun sedikit cara penyampaiannya untuk lagi memudahkan, sebab saya menghasilkan kek ini berdasarkan step2 dalam gambar yang telah ditunjukkan dalam buku beliau.Kat sini saya tak berkesempatan untuk memorandumkan langkah-langkahnya menerusi gambar.So, sesiapa yang ingin mencuba, bacalah stepnya betul2 ye, jangan pening2...

Keknya memang gebu, lembut...cuma saya sarankan agar masukkan esen vanila ke dalam adunan untuk menghilangkan bau hanyir, lebih2 lagi bagi mereka yang alah terhadap bau telur.O.k lah, bolehlah lintas langsung resepinya di bawah.

KEK GULUNG STRAWBERI
Resepi:Wendy Kor (Buku Kek Gulung Berlukisan)

Bahan-bahan:
Bahan A (meringue)
1 biji putih telur
20 gm gula kastor
1 gm (1/4 sudu kecil) serbuk tartar

Bahan B
4 biji kuning telur
60 gm minyak masak
80 gm susu cair

Bahan C
100 gm tepung kek halus
3 gm (1/2 sudu kecil) serbuk penaik

Bahan D
4 biji putih yelur
70 gm gula kastor
3 gm (1/2 sudu kecil) serbuk tartar

Cara:
1.Bahan B&C:Satukan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama minyak, kuning telur dan susu cair ke dalam mangkuk besar.Gunakan pemukul telur (hand whisk) untuk menggaul semua bahan.Kemudian ambil satu sudu besar adunan untuk diletakkan di dalam mangkuk kecil.Sediakan 2 warna (2 mangkuk) adunan iaitu merah dan hijau.Baki selebihnya ketepikan dahulu.
2.Bahan A (meringue):Pukul sebiji putih telur pada kelajuan tinggi selama 1 minit.Tambah gula dan serbuk tartar bila adunan berbuih.Pukul hingga puncak lembut.Tambah dua sudu besar meringue kepada setiap campuran warna dari item no.1 tadi.Kemudian masukkan ke dalam beg piping.
3.Sediakan kertas minyak berukuran penuh loyang dan lukis gambar/corak strawberi.Gunakan campuran warna merah terlebih dahulu untuk corak/ bahagian buah strawberi.Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160 darjah celcius selama 1 minit.
4.Kelurkan loyang dari oven, paipkan pula campuran bewarna hijau untuk mencorakkan bentuk daun ke atas kertas tadi.Bakar di dalam ketuhar selama 1 minit.Keluarkan dari oven setelah cukup 1 minit.
5.Bahan D:Pukul 4 biji putih telur pada kelajuan tinggi selama 1 minit/ kembang/berbuih.Masukkan gula dan serbuk tartar.Pukul sehingga puncak lembut.Tambah meringue ini ke dalam adunan (bahan B&C) tadi dan gaul  hingga sebati.
6.Tuangkan adunan tersebut (item no.5) ke dalam dulang/ loyang kek untuk menutupi lapisan yang telah dicorak adunan strawberi dan daun tadi.Ratakan permukaannya, dan bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160 darjah celcius.
7.Setelah masak, kupas kertas minyak dari tepi.Tutup dengan sebuah lagi loyang/ dulang untuk membantu mengupas kulit kek dengan mudah.Buat potongan pada hujung/ sisi kek (supaya kemas).
8.Untuk biji2 kecil dipermukaan corak buah strawberi, ambil lidi dan celupkan dalam coklat emulco dan titikkan ke atas gambar strawberi.(yang ni saya ambil tips dari Kak Wan @ resipicitarasawan)
9.Sapukan inti kastard delux di atas kek.Gulung kek dengan kemas dari hujung sehingga gambar dipermukaaan kek gulung.

Inti Kastard Delux
Bahan-bahan:
50 gm tepung kastard segera
130 gm airsejuk
100 gm krim putar non-dairy

Cara:
Campur tepung kastard segera dengan air sejuk dan kacau dengan pemukul telur sehingga sebati.Masukkan krim putar yang sudah dipukul kembang dan gaul hingga sebati.

Nota rohah:
**Disarankan masukkan esen vanila ke dalam adunan untuk melenyapkan bau hanyir telur.
**Saya guna loyang 10x10x2".Hasil keknya agak tebal.Kalau nak nipis sikit, bolehlah adjust sukatan bahannya.

15 ulasan :

asyifamustaffa berkata...

oh rajinnya...! klau sy x tau la bila bole buatnya....tgh malas skrng ni kak....

Unknown berkata...

mak aii kak roha cantiknye kek tu...sayang nak makan la hehehe

Mori Said berkata...

cantekk nya....roll stoberi nie...

Nina Mirza berkata...

As'salam Rohah,
aduyai ..... cantiknya!
terpegun Nina dibuatnya. kalau Nina mmg tak akan terhasil sentuhan tahap tertinggi gini
huhuhuu . . . .

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

ya Allah... anggunnyer kek ituuuu....
waduh3.. memang perlu semangat yang amat tinggi untuk membuat kek yang cantik ni Rohah... entah bilalah nak sampai giliran akak pula...

Marsita Yahya berkata...

Cantik strawberi tu...sayang nak makan hi hi

Norzie hany berkata...

Assalam Rohah.Dah lama sis tak singgah sini.Cantiknya....kreatif la Rohah ni.

rahel berkata...

Adededeeee...mengancam banget itu kek gulong strawberi...bila daku nak menerai ni....tunggu yea...

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. sgt cantikkkkk!!!!!!!!!!!!!!!! tun dh lama nk buat kek corak2 mcm ni. dh bertahun simpan resepi yg amik dr internet, tp x terbuat2 lg.

hazila berkata...

Gebunya kek tu, cantik gambar stawberry. Thumbs up.... Akak je yg tak rajin rajin juga.

norhanim md zain berkata...

cantik dan gebusss...

suryabil berkata...

Terbaik lh kak..gebu n cantik..:-)

Chah berkata...

Assalam rohah yg budiman....hahah haruz puji2an dulu sebelum ulur pinggan...;) tgk swiss roll giraffe rasa nk menggulung dan2 aje...pastu ada lak stoberi kt sini...terus nk x nyempat2 juga...haishh...kemas je stoberi tu...mcm difotostet...

Kak Mai Kader berkata...

jazakallah & tahniah pada tuanpunya blog! kek yg sangat cantik dan menarik, mohon izin dishare di bakeri kami di Senawang. boleh dating ngajar ke? d'Umi Bakery 0122255464

Tanpa Nama berkata...

Mengapa saya gulung retak dan patah sedangkan adunanya lembuat dah 5kali saya buat maseh tak menjadi dimana silapnya ye. T/K