Sabtu, 23 Mac 2013

BANANA CHOCHOLATE MUFFINS

Assalamualaikum....
Kembali bersiaran...Kepada rakan2 yang rajin menjengah ke Damai Qalbu saya minta maaf kerana belum sempat nak jalan2 siang hari tadi.Tayang Bak Choy pastu tinggal dia...hhehe..

Lama betul tak buat muffin yang menjadi pebret anak2 saya.Tapi tu lah, setiap permintaan dari mereka, muffin yang perlu dibuat ialah muffin coklat chip ataupun, mesti ada 'coklat chip'!!...kalau boleh tak nak yang lain..Umminya rasa macam tak best je, takkan asyik nak buat muffin yang sama semedang..Kenalah tukar angin juga kan..Tapi biasanya saya akan buat juga muffin coklat untuk memenuhi kehendak mereka..Kira nya muffin ulang2 belakang tabir..

Kebetulannya ada jiran beri pisang Lemak Manis, kebetulannya juga pisang awak hasil tanaman sendiri pun masih banyak kat dapur..rasa risau pulak pisang2 yang ada tak terjawab.Jadinya ambil sikit pisang Lemak Manis tadi untuk dibuat muffin ni.Kali ni mencuba resepi dari Chef Wan hasil ronda2 di google.Terpandang muffin ni di blog Nur@Cetusan Rasa.Macam biasa, teruskan misi dan inilah hasilnya.Tq Untuk resepinya "Chef Wan" kita, dan tq buat Nur juga..
BANANA CHOCHOLATE MUFFINS
Resepi:Chef Wan

Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang (saya guna 3/4 cawan)
1 biji telur
1 cawan pisang | dilecek
1 sudu teh baking soda
2 sudu besar air panas (saya guna 1 sb susu tepung+2 sb air panas)
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2sudu teh garam
1/4 cawan chocholate chips

Untuk Hiasan:
Pisang dipotong bulat (tak letak)
Chocholate chip (guna dwi coklat)

Cara:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan telur dan pisang.Gaul sebati.
2.Campurkan baking soda dengan air panas (saya guna susu tepung+air panas) dan masukkan ke dalam adunan mentega.
3.Masukkan tepung dan garam ke dalam adunan mentega dan gaul rata bersama chocholate chips.
4.Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin.Hiaskan di atas adunan dengan pisang yang dipotong bulat dan taburkan chocholate chips.Bakar pada suhu 180 darjah C untuk 20 minit.

14 ulasan :

ibundo berkata...

salam rohah. yang ada banana ni memang feveret kitorang ni. mmm.. sedapnya.
kek gulung strawberi kat bawah tu ngancam lah.

Unknown berkata...

sedap ni Rohah dpt 2 biji cukup lah kenyang dan yg pasti cepat ke toilet hee

Marsita Yahya berkata...

salam Rohah...lama tak makan muffin.

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) berkata...

salam...

sy pn dh lama x bt muffin...
nk bt, tp x berapa rajin..
heheheee...

rahel berkata...

Memang tinggi jer muffin pisang coklat ni...leh pos ke sabah?

Kak Nik Ja berkata...

salam rohah...dah cuti2 sekolah baru akak boleh buat muffin ni..sebb anak2 ade utk makan...kalau tak, mak dia yg tukang perabih sampai kembung!!hihi

ady berkata...

as-salam
Would love one right now...wow!!!

suryabil berkata...

Salam kak...cantek je naik mapin tu...kesukaan semua org ni..sury kat umh ni pun suka buat tuk ank2..kalau weekend mesti beli pisng lbh...kalau x rajin buat mapin...cekodok pisang pun jadi lh..kan..:-)

Mori Said berkata...

sedapppnya muffin tu...

asyifamustaffa berkata...

best ni utk bebudak....:-)

Azie berkata...

Moist tk muffin ni. Saya suka yg moist

tun_telani berkata...

Salam kak nik.. sedap! tun suka mapin pisang, kek pisang, cekodok pisang.. n apa sahaja kuih yg ada pisang. hihi

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

Lawa muffin rohah, naik membukit,
sedap kan ada coklat chips, kesukaan ank2
Hari tu akak try buat muffin pisang tp x jadi naik camni
kempis je entah mana silapnya hu hu
akak simpan resepi ni lah ye nk try lg

Unknown berkata...

Salam ....Rohah
Cantik naik muffin pisang ni, mcm nak cuba je resepi ni.... Kalau ada kesempatan pasti yati cuba.....!!!!