Isnin, 4 Februari 2013

KUIH KOLE KACANG


Assalamualaikum...
Selamat petang, jumpa lagi hari ni..
Berkongsi resepi Kuih Kole Kacang dari Che 'Iza@MYR...Senang je buatnya, paling penting ialah keenaknnya.Saya suka sangat makan kuih ni, tapi kebiasaannya orang jual time bulan ramadhan.
Ternampak N3 kuih yang enak ni di blog Kak Shiela@NShafeareen..Sebenarnya dah buat tahun lepas, tapi entah macam mana tepung yang saya pakai, salah.Saya tanya tepungnya di pembekal Bakery, dan pembantu kedai tersebut menunjukkan tepung yang saya mahukan.Walaupun dalam hati seakan tidak confident dengan jenis tepung yang diberitahu, saya teruskan  juga membeli.Hasilnya ketika mengadun dan memasak untuk membuat kuih tersebut, hasil kejadiannya ternyata pelik.Adunan menjadi liat semacam.Compem saya dah  salah tepung.Nak tahu tepung apa yang telah diperkenalkan oleh oleh pembantu kedai kepada saya sebelum tu??? Green Peas Flour, untuk buat biskut...huhuu..

Beberapa hari selepas peristiwa itu, dengan nasihat dari rakan fb yang baik hati, dia telah memberitahu ciri2 tepung kacang hijau yang sebenarnya..Mana nak cari??? rupanya ada jual kat pasaraya, kalau kedai runcit biasa pun belum tentu ada..alhamdulillah jumpa..kali ni memang tak silap punya tepungnya..memang betul2 menjadi Kuih Kole Kacang saya.Sedap laaagi!!TQ buat Che 'Iza dan Kak Shiela yang sudi panjangkan resepi..

KUIH KOLE KACANG
Resepi:Che 'Iza MYR
Sumber:Sheila

Bahan-bahan:(loyang 5" @ saiz hidangan 7-8 orang)
1 cawan santan pekat**
1 cawan gula merah*
2 sudu bsar gula pasir*
1 cawan air*
Beberapa helai daun pandan* | simpul
2 cawan santan
1 cawan tepung kacau hijau
Secubit garam

Cara:
1.Masak bahan bertanda** sehingga mnejadi tahi minyak.Apabila siap ketepikan tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
2.Masak bahan bertanda* sehingga gula larut, sejukkan dan ketepikan dulu.
3.Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
4.Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu dikacau agar tidak bergentel nanti.Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.(saya guna loyang 5")
5.Bila adunan sejuk bolehlah dipotong tapi terlebih dahulu taburkan dengan tahi minyak.Boleh dihidang sebagai minum petang atau sarapan pagi.

12 ulasan :

Sue @ Nenie berkata...

Salam..emmm sib baik ada cerita tepung disebalik kejadian kuih ni...Info berguna ni...Saya suka kuih ni tapi belum perbah buat sendiri lagi sebab tak tau nak buat tahi minyak... ^___^

Fadzillah berkata...

Assalamualaikum Rohah...
Aduh, sedapnya kuih kole kacang. Kuih ni memang kuih kesukaan saya.

asyifamustaffa berkata...

Salam kak....nak sepiring kak....hehe...
Btul la..kuih ni time bulan pose je bnyk munculnya....

Unknown berkata...

akak terliur teengok kole tu belum pernah buat tapi pernah makan heeee sngt sedap kan dpt seketoiii mmg best ni

inahar ali berkata...

waduh..terliur sehh!!

dari dapur nasya berkata...

Salam Rohah...selamat berkenal-kenalan yaa. Tima kasih bebanyak sbb sudi memfollow dapur akak yang comot dan makasih juge sbb sudi letak link nanti akak letak Damai Qalbu kat dapur akak ya Rohah.....senang2 nanti akak mai lagi sini...byk resepi suker sesangat2...

zila norazila berkata...

Sedapp.taik minyak banyak2 tu yg akk suks rohah..mabless

Mamasya berkata...

Aslmkum Roha
belum pernah buat kuih kole tp suka juga mkn terutama yg lebih tahi minyak itu.
bila Roha cerita ttg tpg baru perasan yg tpg green pea tu utk biskut.

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamamualaikum//alhamdullilah dah cuba ye...sdpkan :-0 hee.sdp tu resepi pun senang...sheila ingan nak buat lg...tang tahi minyak tu kena buat lebih..sbb suka mkn tabur byk2 heee

sHa AhM@d berkata...

lama tak ngacau kuih ni...dengan resepi ni juga ler wat niaga bazar ramadhan yang lepas..alhamdulillah..selalu tinggal loyang je..skang amik tempahan n kuih ni plak..resepi yang mudah n simple nak buat..yang penting sedap...

Hjh Hasnah bt Abdullah berkata...

Area Wangsa Maju, Wangsa Setia n Wangsa Titi, boleh terus order ngan saya. Tempahan dibuka sehingga ramadan sahaja.

norsadira berkata...

SEDAP2. boleh cuba resepi ni.terima kasih ye.
jemput singgah blog saya :http://dirawanhartawan.blogspot.my/