ISABELLA??? Glamournye name kuih ni? Saya dapat tahu kuih ni dipanggil Isabella selepas saya kahwin, MIL saya yang menyebutnya...First time saya dengar.Tanggapan saya mungkin nama kuih ni telah mengalami era modenisasi.Selama ni, sejak kecik lagi saya kenalinya dengan "GETUK UBI" je.
Bila sebut getuk ni, teringat pulak nenek saya dulu rajin buat Getuk Pisang..Dah kira makanan asasi diorang, terutama untuk dibuat sarapan atau minum petang.Ada keenakan tersendiri bila cakap pasal Getuk Pisang ni.Sekarang ni memang dah tak jumpa orang buat Getuk Pisang.Tapi kalau Getuk Ubi ni, masih ada orang yang menjualnya digerai2 minuman/makanan walaupun tak banyak.
Getuk ubi ni sangat sedap bila kelapa parutnya banyak, menjadikannya ia terasa lemak2 di mulut.Begitu juga dengan kemanisannya, tapi janganlah over sangat gulanya.Sebab ubi ni sedia maklum memang tawar.Apapun terpulang kepada penggemarnya.
GETUK UBI
Oleh:rohaisha
Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu putih/kuning | kupas kulit, rebus, lenyek
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 1/4 cawan gula
Bahan salutan:
Tepung gandum
Air secukupnya
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning (boleh juga guna serbuk kunyit)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara:
1.Kupas kulit ubi, rebus hingga empuk dan toskan.
2.Lenyekkan ubi hingga lumat ketika masih ubi masih panas lagi.
3.Gaulkan ubi yang telah dilenyek tadi dengan gula dan kelapa parut hingga sebati.
4.Kepal/ bulatkan ubi.Buatsehingga habis.
5.Celupkan bebola ubi getuk tadi ke dalam bancuhan tepung.Goreng hingga salutan masak.
7 ulasan :
Isabela....? Mmg x penah dgr...hihihi....mmg familiar dgn getuk ubi je kak....ni la pestime dgr nma bru utk kuih ni.....
Nak skit....buat srapan......:-)
hahahaha... mak mertua kita pun panggil kuih ni Isabella..(sebelah cheras) entah la apa glamournyer nama isabella tu . Lama dah tak buat, selalu beli jer, tp ada kadang2 tu tawar la plak..
X prnh lagi buat gtuk ubi ni...kalau nk mkn main beli je...skrg sebiji tu dh mahal...ada masa blh try..:-D
alahai terbayang2 ubi getuk makan waktu petang dgn kopi, pergh mabeles betul
tapi saya tak penah buat sendiri, selalu beli je kat org jual goreng pisang tu, & first time dgr nama dia isabella, kelas hehe
Aslmkum Roha
glmer nama Isabella....baru kali ni dengar. kuih ketuk ni pernah mkn tp belum pernah buat sendiri..
sedap ni Rohah, kak ruby biasa mkn tp lum pernah buat lg....nnti nak try lah
tadi tgk talam ubi kayu di blog Hazila terliur habis dah ni, lg Rohah tayng getuk ubi wahhh memang esok kena cari jga ni he he
Catat Ulasan