Isnin, 10 Disember 2012

RISOLES AYAM


Assalamualaikum..
Jumpa lagi....
Walaupun anak2 bercuti persekolahan, ibu-ibu tetap tidak bercuti untuk turun ke dapur menyediakan juadah setiap hari.Lagi kerap rasanya mereka meminta dan menggodek makanan...Tapi bagi saya roti adalah bekalan yang sentiasa/mesti ada kat dapur kalau2 si ibu macam saya ni kadang2 ada rasa culas nak buat juadah..eheee..


Menu ni adalah hidangan untuk makan malam kelmarin saya sekeluarga..Cuti dari makan nasi, rasa agak jemu pulak nak menyediakan dan makan hidangan seperti itu.Kepinginnya dah lama nak buat risoles ni, dah banyak resepi yang dikumpul, tapi beralah je menu ni..Kali ni niat sudah tertunai..Sedap, alhamdulillah semua boleh makan, cuma Si Kecik saya yang tak habis menjamah, dia tak berapa nak terima..nak susu botol jeww..hehe..

Bolehlah jenguk resepinya di bawah ye. ..


RISOLES AYAM
Resepi:Majalah SEDAP (RISOLES MINI AYAM)

Bahan Kulit:
150gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
350ml susu cair
1 sudu makan marjerin cair
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1 sudu makan marjerin untuk menumis
1 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 labu bawang besar | cincang halus
2 sudu makan tepung gandum
300ml susu cair
100gm isi dada ayam | direbus dan dipotong dadu
25gm kacang pis (saya rebus)
25gm lobak merah | potong dadu kecil dan rebus masak
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk pala
1 tangkai daun sup | cincang halus
2 sudu makan mayonis
25gm keju cheddar parut

Bahan Pencelup:
2 biji putih telur | pukul ringan (saya guna sebiji)

Bahan Pelapis:
100gm serbuk roti kasar putih (saya guna warna oren)

Cara membuatnya:
1.Kulit:Kacau rata tepung gandum, garam, susu cair dan marjerin cair.Masukkan telur.Kacau rata.
2.Buatkan dadar kecil di kuali rata berdiameter 12cm.Lakukan sehingga semua adunan habis.(saya tak ikut saiz ni)
3.Inti:Panaskan marjerin.Masukkan bawang putih dan bawang besar.Tumis sehingga terbit aroma.Masukkan tepung gandum.Kacau sehingga bergumpal.
4.Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.Masukkan keju parut.Kacau rata.Masukkan ayam, kacang peas, lobak merah, garam, serbuk lada sulah, gula pasir dan serbuk pala.Kacau rata.
5.Masukkan daun sup dan mayonis.Kacau rata.
6.Ambil sekeping kulit.Masukkan inti.Lipat.
7.Celup ke dalam putih telur.Gulingkan di atas serbuk roti kasar putih.
8.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga kuning kecoklatan.



13 ulasan :

Qasey Honey berkata...

aduhhh sedapnya jika dmakan panas2...leh cuba ni utk bekpes..

asyifamustaffa berkata...

Mcm senang je nmpknya nie kak....bole simpan resepi dlu nie...nnti ada masa bole try....

Amie berkata...

Cantik risoles ayamnya.... betul tu Rohah, sesekali kalau jemu makan nasi, makanlah benda2 lain asalkan mengenyangkan!

rahel berkata...

Sedapnya kalau pepagi ada risole ayam...

Unknown berkata...

sedap lah mamam time lapo ni Rohah kena buat sendiri lah gamaknya ni aduii

tun_telani berkata...

jakun sungguh tun nengok nih.. hehe.. xpenah dgr.. mula2 tgk ingtkan sardin roll. hihi..

inahar ali berkata...

wah sedap ni rohah..tengok pun dh terliur!!

zila norazila berkata...

nampak sedap la rohah:)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sedap ni rohah... pernah buat dulu.. mkn utk sarapan kenyang sampai ke petang.. hehe..

Sue @ Nenie berkata...

Salam..ni antara kesukaan gak ni, tapi setakat ni selalu pun beli jeeee..nanti2 boleh cuba buat juga

Tanpa Nama berkata...

sedapnya, nanti hujung minggu boleh lah try buat, tak penah dgr pun risole ni hehe

~ShErA~ berkata...

wah sedap la kak...bila ada cheese tu yang buat tak tahannn...pasti cuba!

Unknown berkata...

Look nice