Assalamualaikum..
Selamat bersiaran, apa khabar semua?.Semoga semuanya sihat2 selalu dan dapat menjalani aktiviti dengan selancar yang boleh.
Suatu hari bila saya berdiri di sudut jendela bilik, ternampak juntaian jantung pisang di luar sana.Cepat2 saya turun dan mendekati pokok pisang awak yang kami tanam pada Mei lalu.Alhamdulillah sudah mula berbuah dan inilah hasilnya, dapat dibuat masak lemak jantung pisang, lawannya apa lagi kalau tak lain tak bukan ialah sambal belacan.Jantungnya besar, jadi puas juga makan dan cukup2 untuk tekak kami berdua, sebab anak2 tak makan sayur macam ni.
Jantung pisang ni memang sedap di masak lemak putih.Saya bubuh tempe, sekurang2nya anak2 dapat juga jamah tempenya walaupun bukan jantungnya.Resepinya yang simple tu bolehlah dijenguk di bawah..
MASAK LEMAK JANTUNG PISANG BERSAMA TEMPE
Oleh:rohaisha@Damai Qalbu
Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang (saiz besar) | belah dua & celur
2 bungkus tempe (bungkusan daun pisang) | potong ikut suka
3 ulas bawang merah | tumbuk
1 ulas bawang putih | tumbuk
10gm ikan bilis | tumbuk
800ml santan (dari sebiji kelapa)
Cili merah | hiris
Garam Gula
Cara:
1.Buang kulit luar jantung pisang untuk beberapa lapis.Cuci dan belah 2.Rebus sekejap agar jantung empuk sedikit.Toskan.
2.Masukan santan dalam periuk bersama bahan tumbuk.Jerang atas api sederhana.
3.Masukkan jantung pisang dan tempe, kacau selalu sehingga mendidih dan kedua2nya empuk.
4.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.Masukkan hirisan cili merah.
5.Tutup api.
Sambal Belacan:
5cm belacan belacan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang
6 tangkai cili api
Air asam jawa secukupnya
Gula
Sedikit minyak
Cara:
1.Panaskan sedikit minyak (sedikit sahaja, sekadar membasahi bahan2 tersebut).Gorengkan kesemua bahan kecuali air asam jawa dan gula hingga tampak layu sedikit.
2.Toskan.
3.Tumbuk bahan gorengan tersebut, bubuhkan air asam jawa dan gula secukup rasa.
4.Hidangkan.
8 ulasan :
salam rohah..
jantung pisang salah satu sayur kg yang digemari... tp jarang berjumpa kecuali kalau ke pasar tani... masalahnya jarang juga ke pasar tani sebab selalu beri barang dapur kat kedai runcit je... hehe..
wahh.. terliur sgt bila ada gandingan tempe tu..
pergh
sedapnya jantung pisang, tapi jakun sikit sb tgk masak lemak kan, selalu kalau saya rebus gitu je makan dgn sambal belacan/tempoyak, kompom nasi 2 pinggan hehe
ni kalau dah lawan ngan sambal belacan harus tak berkelip, lawan menyuap pulak, hehehe
Assalamualaikum....
Waduh.... waduh... waduh ....Rohah. Enak bangat ni masak lemak jantung pisang ama tempe.... bagi dong lauknya dikit. Bikin terliur aja ni....
sedap nie rohah,mak akk mmg suka masak camne..tp akk suka jntung pisang celur pastu cicah sambal belacan..
Enak ehhh.... masak lemak putih gini lain artomanya ye Rohah, sedap sangat! Tu tempe tu.... lagilah..menyihatkan dengan proteinnya!
betul2 menu kampung... best nye... lama dah tak makan jantung pisang. selalu sy buat ulam je...mmg feveret.
wahhh!!! mmg betul2 lauk kampung nii.. nmpk sgt sedap! tun dh lama betul xjumpa jantung pisang.
Catat Ulasan