Assalamualaikum..
Alhamdulillah..kita sudah berada di dalam tahun baru 1434 Hijrah.Bermulalah kita hari ini dengan diary/catatan baru, insyaAllah amalan baik kita diiringi dengan semangat dan tekad yang serba baru...Mudah-mudahan azam yang diimpikan untuk permulaan tahun baru dan seterusnya menjanjikan kebahagian dan kerahmatan buat kita, Amiiin...
Entry kali ini tentang apam polkadot yang sememangnya top sebagai juadah kudapan di majlis2 tertentu mahupun di mana-mana sahaja.Pernah buat dahulu buat versi Lady Bird tetapi menggunakan resepi Shelly Myr.Kali ni berminat dengan koleksi apam polkadot kak mamasya.Nampak gebu & comel...Resepinya diambil dari kak Masriyah yang merupakan rakan Fp mamasya.Tq buat kakak berdua kerana sudi share resepinya untuk dicuba.
Untuk intinya saya gunakan chocholate filling.Memang sedap apam ni, tak cukup nganga sekali saya makan errrr..nak nganga banyak kali je..aduhai, hancusss diet yang tak berapa nak diet ni..hihi.Layan ajelah apam yang sedap ni..
APAM POLKADOT
Resepi:Fp Masriyah
Sumber:Mamasya
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallet
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour | ayak terlebih dahulu
Jem strawberry (untuk mudah masukkan inti jem ke dalam plastik, sedikit hujung/ muncung)-saya guna chocholate filling
Pewarna yang disukai
Cara:
1.Panaskan pengukus.
2.Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallet hingga kembang dan berwarna putih dalam 8-10 minit sahaja.
3.Masukkan susu segar, gaul sebati.
4.Masukkan tepung, sebatikan.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian mengikut warna yang disukai.Isikan adunan ke dalam beg plastik untuk memudahkan mengisi dalam acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dalam acuan.(Boleh guna acuan lompang atau tart).
6.Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit jem strawberry (sy guna filling coklat), dan masukkan lagi adunan ke atas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot dot ke atas adunan yang penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.(Balut tutup kukusan)
8 ulasan :
cantik..guna cup saiz apa tu..nampak besar2..
waaa.. chomel sungguh apam dot dot dia.. akak tak terbuat lagi yang cenonet cenonet camni.. simpan angan angan jerlah..
Assalamualaikum salam maal hijrah...menarik..cantik naik gebus gitu....filling coklat mmg budak2 suka...satu adunan boleh dpt berapa biji?
assalammualaikum....comelnye apam polkadot tu...nmpak gebu je...dgn warne2 yg ceria...mesti try buat ni...mintk resepi ye sis...:)
Cantiknya apam polkadot ni. Nice colours too.
salam tahun baru hijriah....nak yg kuning pink...sweeet sgt tengok!!
cantik2 colornya..dah lama akk x buat..wahhh kalu ada inti coklate lg laju bdk2 mkn kan..:)
Salam Maal Hijrah Roha. moga tahun baru dikurniakan Allah sentiasa dgn kesejahteraan, kebahgiaan dan keberkatan dalam apa jua yang dikerjakan.
Alahai comei apam tu.....gambarpun cantik. tkasih mencuba.
Catat Ulasan