Selasa, 26 Jun 2012

NASI MANDY AYAM


Assalamualaikum...
Bila tengok rakan-rakan buat nasi mandy teringin la pulak nak  rasa..Sementara bahan semua cukup, memang tepat sangatlah waktunya untuk saya buat nasi ni.Untuk hidangan ni saya ambil resepinya dari majalah RASA.Jadi sukatannya saya olah ikut bilangan ahli yang ada dalam rumah ni.
Kalau ikutkan betul2, gandingan nasi ni secocok dipadankan denagn Salad Arab..Tapi disebabkan bahan untuk buat salad ni tak cukup, 
makanya cansel lah serta merta untuk salad tu...
Insya Allah boleh dicuba di lain waktu..
Kebetulan ada sebiji nenas pemberian seorang teman, makanya saya gandingkan aje dengan Pajeri Nenas..
NASI MANDY AYAM
resepi : Majalah Rasa
Diolah sukatannya oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
800gm ayam
3 cawan beras Basmathi | cuci bersih dan toskan
1 labu bawang besar | dimayang halus
4 kuntum bunga cengkih
12 biji buah pelaga
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 cawan air
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:
1.Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bawang, biji buah pelaga, bunga cengkih, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
2.Kemudian masukkan air ke dalam periuk.Rebuskan ayam selama 10 hingga 15 minit.Angkat ayam dan ketepikan.
3.Selepas itu, masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan ayam tadi.Jika perlu, tambahkan air (ingat!, jika perlu ye...hehe).Masak dengan api perlahan.
4.Setelah itu, gaulkan dengan serbuk kunyit setelah air rebusan tersebut agak kering, lalu masukkan minyak masak dan garam secukup rasa ke dalamnya.
5.Hidangkan bersama ayam yang direbus tadi.

5 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

sedapnya, biasa makan kat wadi je, nanti boleh lah try

Unknown berkata...

salam Rohah makan nasi saja pun dah sedap ni kalau akak gandingkan aja dgn ikan masin pun ok heee

rahel berkata...

Selamat pagi Kak Rohah..
betul2 sedap la kalau digandingkan dengan pajeri nanas..mau bertambah-tambah je nasi kat pinggan..

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Ermmm..sedapnya tgk nasi ni.. Buat pun tak susah sgt ye Rohah.. Bila2 boleh try lah.. Sedap gak pajeri kat bawah tu. Naz pun pernah buat ikut resepi chef Hanieliza tu.. Nyum..nyum..

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Aduhh sedap sangat ni.... teringin nak makan nasi mandy.... kena pergi resto arab ler jwbnya ni.. nak buat memang tak berkesempatan.. malas tu namanya hehhee..