Khamis, 23 November 2017

Apam Pisang



Assalamualaikum

Hai hai teman2 setia Damai Qalbu..kak doakan semuanya dalam kesihatan yang baik dan mood yang ceria selalu..Kala moody, makan makan dan terus makan.Dhumokss la kalau cenggitu..
Haipp..hehee

Kali ni kak nak bg korang terliur dengan apam pisang ni...terliurr kee? haahaa..apapun terima kasih kepada sudi yang singgah sini.Terliur ke tidak, terserah yang sudi tatap pic2 apam ni ye.

Tapi nak kabo terus terang, tak nak simpan dalam hati.Nanti BERNANAH bahaya😝.kikii.
Apam yang kak buat ni memang lembut sesangat extra gebus.Kena cuba kalau nak tahu juga..Kalau tak, manakan dapat buat laporan lembut ke idak, gebus ke idak.

So cepat2 beli pisang ye.Resepi leh roger kat bawah tu.Kak guna blender je.Lajuss je  dan terus leh kukus dan boleh terus makan.Panas2 memang sedap tak ingat..
Apam Pisang

Bahan:
10 sisir pisang (saya guna pisang abu saiz kecil)
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1/2 sk garam
2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder double action*
1 sk soda bikarbonat* (*ayak bersama)

Cara:
Panas dan didihkan air dalam kukusan.

Pisang, telur, gula, minyak dan garam dikisar menggunakan blender.

Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ayak bersama.

Satukan bahan kisar dan bahan kering yang telah di ayak.Gaul sebati.

Panaskan acuan sebentar.Sapu dengan minyak masak.

Masukkan 1/2 adunan ke dalam acuan.Kukus selama 15 minit.Angkat.
Ulang sehingga habis.




Rabu, 15 November 2017

DONUT (tanpa perap lama)



Assalamualaikum


Teruja betul bila baca tajuk ni kan.Yerla..sebolehnya sebagai kaum ibu kalau boleh semua nak jimatkan masa sekalipun dalam hal masak-memasak.Semua nak dibereskan dengan cepat, kan..

Dek tercalit rasa nak cuba, kak terus cuba resepi yang ada.Alhamdulillah menjadi.Makannya pula masa tengah suam2 selepas digoreng, sedapnye yakmat.Mengalahkan anak2 makan juga sesekali..heheee.




Donut ni punyalah lama kak buat.Baru sekarang nak interframe.hahaaa.Ni tgh semangat nak berblogging semula, on je la.Nanti kalau dah M datang, bersawang lagi tebal blog kesayangan ni.huhuu.

DONUT Tanpa Perap
Resepi:Mashitah Karim

Bahan
15gm tepung gandum
1 peket yis/mauripan
1 1/2 cawan air suam
4 sb gula pasir
4sb marjerin/ shortening/ planta
2 sk bread improver

Cara
Rendam yis dengan air suam dan gula.Biarkan berbuih 5-10 minit.

Campur bahan-bahan lain dalam bekas besar.Gaul sebati.Masukkan air yis tadi.Uli hingga jadi doh 5-10 minit.

Bentukkan donut.Panaskan minyak dan goreng.Kalau nak perap pun boleh dalam masa lebih kurang 5 minit.

p/s;pemilik asal resepi tidak perap doh donut ni, tapi kak perap juga sekejap seperti yg disarankan diakhir penerangan.

APAM PISANG TANPA TELUR




Assalamualaikum semua..

Chakkk cilubb bhaa..kak R menjelma lagi kat sini..heheee.Pic apam pisang ni dah lama kak update dalam ni sebenarnya.Tapi aisshhh, berat betul jari jemari nak menaip barisan perkataan.ni la kisahnya bila tangguh-tangguh, lama2 kuar M nya.

Apam pisang ni selamat ku try dan ku jamah.Suka cuba mana2 resepi yang belum pernah di cuba.Kali ni try resepi apam pisang tak guna telur dari Kak Amie, cikgu yang rajin masak2 kat dapur..kan kan Kak Amie.Terima kasih untuk resepi yang telah disumbangkan.Moga jadi amal jariyah mu.


APAM PISANG TANPA TELUR

Bahan:
1 cawan pisang lemak manis, lecek halus
(saya guna pisang tanduk)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
2 biji pisang lemak manis, potong nipis utk hiasan



Cara:
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat 
.
Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastordan secubit garam.

Masukkan minyak jagung dan gaul rata.

Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan.Bubuh setengan acuan.

Jika suka bubuh hirisan pisang sebagai hiasan.

Kukus selama 15 minit.Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sikit iaitu lebih kurang 1/2 jam.








Selasa, 12 September 2017

IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA



Assalamualaikum.

Dapat cencaru fresh hari ni.Sambar terus.Dalam kepala memang antara dua je, sama ada nak buat ikan sumbat kelapa ataupun sumbat sambal.

Tapi dah imagine kat kepala sumbatan kelapa tu macam enak je sebab dah lama tak buat, makanya start motor pergi kedai sekali lagi.Sanggup je kan 2 kali gi kedai..ahaakk.Camtu la kalau selera dah mula membara.


IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Bahan
6 ekor ikan cencaru
1 kelapa parut
1 biji bawang besar, kisar
1 ulas bawang putih, kisar
1 inci kunyit hidup,kisar
3 tangkai cili kering, (boleh tambah jika mahu) rendam air panas
Sedikit belacan (jika mahu)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit asam jawa, ambil patinya


Penyediaan
Bersihkan ikan.Hiris bahagian belakang badannya.

Kisarkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili kering.

Gaulkan bersama kelapa parut.Campurkan sekali gula, garam dan air asam.Sebatikan.

Sumbatkan ikan dengan bahan kelapa tadi.

Panaskan minyak sekadarnya.Goreng dan toskan.Nak panggang pun boleh.

Jangan lupa buat sambalnya, sambal belacan ke.Tapi saya buat cicahan air asam je..



Ahad, 10 September 2017

LAKSA BERAS HOMEMADE




Assalamualaikum.

Hai..haiii..tuan tanah kembali menjelma.Kes rindu sangat kat sini.Teringat-ingat musim cinta berblogging berputik ranum.HAMPIR SETIAP HARI menyiapkan teks resepi untuk diudarakan.Tapi kini bukan suam2 kuku lagi dah..Sepi sesepinya.Maafkan daku.
Muahhhahaa..

Permulaan dari sekian lama menyepi, nahh ni kak R selitkan resepi cobaan buat laksa homemade.Mudah je rupanya nak buat.Antara rajin dengan takje..hurmm hurmm.

Menjadi dengan jayanya.Cuma kak R adun dengan TRIO.Untuk adunan yang penghujung tu kak R guna juga acuan maruku juga sebab lebihan sisa tepung Trio tak nak proses sampai licin..kikii.Terpaksa guna manual.TEKAN MENEKAN JUGALAH.sakit tangan sikit je..haaahaa..

'terima kasih empunya resepi'
Selamat mencuba

SUMBER OLAHAN:MAMAMIA
SUMBER ASAL ASAL:TAHRUNNISAH JALI


BAHAN:
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
1 1/2 cawan air panas yang mendidih


taraaa..dah siap menu laksa versi peribadi..campak2 je tu

Cara adun laksa:
Sediakan periuk berisi air untuk merebus laksa hingga mendidih.

UIikan tepung2 dan garam kedalam bekas.Curahkan air panas mendidih sedikit demi sedikit menggunakan senduk.Jangan guna tangan.(panas).Dah suam baru uli dengan tangan.

Bahagikan doh kepada beberapa bahagia. dan dikepal bentuk memanjang untuk memudahkan masuk dalam acuan.

Masukkan dalam acuan maruku dan tekan dalam periuk air mendidih tadi.Masa ni jangan kacau laksa tu, takut terputus.

Biarkan sebentar baru kacau perlahan2 dalam 3/4 minit.(bergantung keadaan juga.pandai2 adjustlah ye).Selepas tu pindahkan segera ke dalam bekas air sejuk selama 1 minit.Kemudian alirkan air ke atas laksa tersebut untuk buang kanjinya.Toskan.

Rabu, 14 Disember 2016

Angel Hair vs Kuah Karbonara

Assalamualaikum
Allahu Akbar.. Lamanya x jejak sini.. Hmmm.. Bukan tahap suam2 kuku lagi dah. Adeehaii..

Jawapannya,  memang tuan rumah ni tak aktif dah nak masak2, sorting pic n display kat blog.. Aghaghaa,  sabo je lahh😆
Tapi hati ni dah mula mekar semula nk meriahkan balik blog kesayangan ni..huhuu.Moga mekar ranum seperti dulu😝😁

Ni terlanjur masak campak2, teringin lak nk update.. Boleh lah.. Bg warm up dulu..
Pic pun snap guna hp je.. Ekekee..

Nti celoteh lg ye.. Bye.. Assalamualaikum.
Bahan:
1 peket angel hair (+-400g), rebus
2 tin prego karbonara
400g daging cincang
4 batang sosej, hiris
1 keping keju
3/4 bawang besar bombay, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
1 sudu besar serbuk pasrly
1 sudu besar serbuk oregano
Lada hitam, kisar halus
Garam secukupnya

Cara:
Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu.

Masukkan daging cincang.Gaul rata.

Tuangkan 2 cawan air dan biarkan mereneh supaya daging masak.Masukkan juga hirisan sosej. Biarkan sehingga airnya surut.

Campurkan sos karbonara, susu sejat dan air secukupnya.Saya bubuh 1++ cawan air. Campurkan juga dengan kepingan keju.
Biarkan sekejap mereneh perlahan.

Taburkan parsley kering,  serbuk oregano dan lada hitam.Perisakan dengan garam secukup rasa.

Siap!!

Hidangkan bersama angel hair😋





Jumaat, 25 Mac 2016

Emas D Qalbu

Assalamualaikum..
Bertemu lagi dalam ruang yang dah lama saya tak update...
Sambil santai-santai sudikanlah ye jengah ke fanpage saya..cuci-cuti mata dengan jualan barang kemas on9..
Emas D Qalbu


Isnin, 24 Ogos 2015

ALHAMDULILLAH..SYUKUR PADAMU YA RABB

Gambar; Ihsan google

Assalamualaikum..

Syukur atas segala nikmat yang Allah beri...Nikmat kecil mahupun besar adalah atas perancangan dan kehendakNya..
Alhamdulillah pada musim ini kami bakal menjadi dhuyufurrahman menjelang slps tgh mlm ini.Doakan untuk kami agar urusan kami ke Tanah Suci Mekah dipermudahkan Allah dan in shaaAllah membawa pulang kemabruran Haji kami..Aamiin..
Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon sejuta kemaafan kpd semua rakan Damai Qalbu di sepanjang ukhuwah kita di sini. Maafkanlah segala kekurangan yang ada selama ini.
Mohon keberkatan dari kalian kerana sebahagian dari kalian adalah rakan maya yang saya kasihi...

Jumpa lagi, in shaaAllah...

Khamis, 20 Ogos 2015

SANAH HELWA.....🎂


Assalamualaikum

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat Mail...
Semoga menjadi anak yg soleh, berjaya dunia akhirat...
Tertunai juga dia nak kek padang bola sepak...alhamdulillah...
resepi kek kita update lain masa ye...in shaaAllah





Rabu, 29 Julai 2015

SANAH HELWA untuk anakanda berdua....

Assalamualaikum..
Macam biasa 2 beradik ni time ketibaa hari ulangtahun kelahirannya, pasti di rai bersama walaupun hanya sekadar menjamu sebiji kek sesama kami je....tarikh lahir mereka berdua beza seminggu je..
Kali ni pun masih konsep kek kedai...alahaii siannya...ummi tak bersedia nak membaking masa tu...In shaALLAH di lain masa lah ye...
Doa seorang ibu, mudah mudahan anak2 ini menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat...di panjangkan usia dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.
Aamiin...

Selasa, 28 Julai 2015

SALAM LEBARAN...MAAF ZAHIR dan BATIN BUAT SEMUA

Assalamualaikum...
Salam kemaafan buat semua yang mengenali terutama rakan2 bloger.Halalkan segala resepi yang telah dishare..semoga mendapat ganjaran yang besar..

Tahun ni tahun pertama saya berhari raya tanpa kedua ibubapa yang dikasihi....Hilang sudah nikmat mencium tangan kedua insan yang banyak berjasa dan membesarkan kita...Jauh di sudut hati, terasa kehilangan besar bagi saya..

Buat kita semua, semoga dapat bertemu lagi di ramadhan dan Hari Raya di tahun hadapan..aamiin...


Khamis, 18 Jun 2015

SALAM RAMADHAN



Assalamualaikum...

اَللَّهُمَّ أَظلَّ شَهْرُ رَمَضَان وَحَضَرَ فَسَلِّمْهُ لِيْ وَسَلِّمْنِي فِيْهِ وَتُسَلِّمْهُ مِنِّيْ اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ صِيَامَهُ وَقِيَامَهُ صَبْرًا وَاحْتِسَابًا وَارْزُقْنِي فِيْهِ الْجَدَّ وَالْاجْتِهَادَ وَالْقُوَّةَ وَالنَّشَاطَ وَاَعِذْنِي فِيْهِ مِنَ السَّأَمَةِ وَالْفَتْرَةِ وَالْكَسْلِ وَالنُّعَاسِ وَوَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلَيْلَةِ الْقَدْرِ وَاجْعَلْهَا خَيْرًا لِيْ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. آمين.

Ya Allah,  naungilah (lindungilah) dan hadirkanlah bulan Ramadan.  Lalu hantarkanlah Ramadhan kepada kami,  sampaikan kami padanya, dan terimalah (amal-amal) kami. Ya Allah,  berilah kami rezeki untuk berpuasa dan bangun malam pada bulan Ramadan dengan sabar dan tanpa penat. Berilah kami rezeki untuk bersungguh-sungguh, menekuni, kuat, dan bersemangat pada bulan Ramadhan.  Jauhkan kami dari kejenuhan,  kelemahan,  kemalasan dan rasa ngantuk pada bulan Ramadan.  Berilah kami pertolongan untuk (bertemu) lailatul-qadar dan jadikan ia lebih baik dari seribu bulan.  Amin...

Selasa, 9 Jun 2015

PASTINYA AKU MERINDUIMU...


Assalamualaikum...
==ALFATIHAH==
1937-2015
25 Mei 2014 Bonda tercinta Siti Asiah telah pergi menemui Illahi.
24 Mei 2015 ayahanda tercinta Hj Rahmat telah menyusul pergi menemui penciptaNya.
Setahun ayahanda dan bonda terpisah di dunia, moga kali ini bertemulah almarhum/almarhumah di taman syurga abadi dgn rahmat kasih sayangMu ..Aamiin
Semoga Allah ampuni segala dosa2 mu dan berada di sisi para assolihin.
Alfatihah..

Buat pengunjung Damai Qalbu, maafkan saya kerana lama sudah saya tak bersiaran. semoga selepas ini dapat meneruskan hobi masa lapang ni lagi selepas ini,inshaa Allah..
                                                                    Jumpa lagi...

Selasa, 12 Mei 2015

NASI DAGING UTARA vs AIR ASAM

Assalamualaikum...
Bersua kembali ...selamat menjamu selera..

NASI DAGING UTARA
Sumber;dZana

Bahan-bahan
1 kilo daging batang pinang, dipotong sebesar kotak mancis
1 kilo beras basmathi, bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 sb planta
1 tin tomati sup kimball, boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar
3 sb rempah nasi daging, boleh ganti serbuk kurma
Sudu kecil rempah sajira, rempah ni boleh cari di kedai mamak [saya tak letak]
Sedikit gula batu
Garam secukup rasa
Sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan

Bahan tumis
 4 sekawan; kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
Sedikit daun ketumbar, untuk wangikan nasi [saya tak letak]
3 helai daun pandan
1 batang serai diketuk
1 labu bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 inci halia, dikisar
3 cawan air

Cara
1.Panaskan minyak masak dan masukkan planta.
2.Tumis 4 sekawan daun ketumbar, daun pandan dan halia.
3.Masukkan bahan yang dikisar.
4.Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air, kacau biar wangi.
5.Masukkan daging, tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6.Setelah air mendidih, masukkan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7.Masukkan berasd an kismis.Masak dengan rice cooker untuk nasi masak sekata.
8.Gemburkan nasi, boleh ambil daging yang tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam.
AIR ASAM
Resepi;Ika/Arah

Bahan-bahan
4 biji cili, terpulang nak pedas boleh tambahkan cili
1 biji lada merah besar
1 ulas bawang putih
1 inci belacan yang dibakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa, kalau nak cair boleh tambahkan air
1 sk gula, terpulang nak manis macammana
Secubit garam

Cara
Kesemua bahan di atas diblend hingga hancur dan separuh hancur, terpulang nak macammana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi dan siap untuk dihidang bersama nasi daging.

Bahan hiris
Sedikit hirisan bawang merah
Sedikit tomato dihiris dadu
Daun ketumbar dihiris halus
1 biji cili dihiris bulat




Isnin, 27 April 2015

KUIH SIPUT

Assalamualaikum...
Hari ni jumpa gambar n N3 lama lagi yang belum disiarkan.hiiiiihii..zaman bila punyalah ni...wink3,  Ogos 2012.Mak aiiiii lamanyeeee.Apapun selamat mencuba.
KUIH SIPUT (rangup/sedikit pedas)
Inspirasi:Majalah SAJI

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
15 gm udang geragau*
10 gm jintan manis*
10 gm jintan putih*
2 biji telur
200 gm marjerin
10gm serbuk lada (cili powder)
15gm rempah kari
2 sudu kecil garam
200 ml air
Daun kari secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1.Kisar halus udang geragau, jintan putih dan jintan manis bersama sedikit air.
2.Satukan tepung, serbuk cili, rempah kari, garam, marjerin, telur dan bahan kisar.Gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, dan uli sehingga menjadi doh.Pastikan doh tidak melekit.
4.Gentel adunan menjadi bentuk siput menggunakan acuan khas.Buat sehingga habis.
5.Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana panas.Lurutkan daun kari semasa menggoreng dan goreng hingga kekuningan.

Jumaat, 24 April 2015

CENDAWAN GORENG

Assalamualaikum....
Kembali bersiaran..lama juga tuan rumah memerapkan diri..Teringat kat pic cendawan goreng ni..huhuuu.lama betul diperapnya...pic bln julai 2014...haaa kan....
Teringin makan ni sebenarnya...bilalah nak buat ye...hihiii.Resepi simple yang selalu saya guna....ringkas dan mudah.Dapat benda ni ratah2 je, memang sedap..kan......

CENDAWAN GORENG
Bahan-bahan
Cendawan [apa2 je asal tak beracun]
Tepung gandum
Telur
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara
1.Cendawan disiat, cuci dan toskan.
2.Gaulkan bersama garam sekadarnya bersama telur.
3.Satukan tepung gandum bersama serbuk lada sulah [buat sikit2 ye, kalau dah habis, adun lagi]
4.Ambil cendawan yang telah dilumur telur dan gaulkan dengan tepung secara satu persatu agar salutan tepung rata.
5.Goreng dalam minyak sederhana panas.Apabila kekuningan, angkat dan toskan.

Khamis, 9 April 2015

GULAI IKAN

Assalamualaikum..
Gulai ikan style kelantan yang dihasilkan resepinya dari Makyong/myresipi..Walaupun saya anak jati selangor, tapi alhamdulillah tekak ni dapat menerima plbagai resepi mana2 negeri.Makin pelik sesuatu resepi tu, makin tebal hati nak mencuba...
Oklah layan terus resepinya...bye bye, jumpa laaagi..

GULAI IKAN

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung [saya guna ikan tongkol]
1 cm lengkuas
1 cm kunyit
1 sudu besar cili giling
1 keping asam gelugor
3-4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji timun [x letak]
3 biji lada hijau
1/2 biji kelapa, ambik santan

Cara-cara
1.Bersihkan ikan dan ketepikan.
2.Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan.Msukkan juga asam gelugor.Masak sehingga santan mendidih.
3.Kemudian masukkan ikan.Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
4.Masukkan pula timun yang dipotong sepanjang 1-1.5 cm dan juga lada hijau.[saya x bubuh]
5.Masakkan lagi dalam 3-4 minit.Kemudian padamkan api.

Rabu, 8 April 2015

PUDING SIRAP BANDUNG

Assalamualaikum...

Hanya gambar dan resepi yang mampu berbicara...heheeee..salam keceriaan buat semua.Jumpa laagi...bye..,

PUDING SIRAP BANDUNG
Resepi;linapg

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk [saya guna 10 gm agar2 tali]
3 cawan air
1 cawan susu cair
200 ml santan
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
Secubit garam
Sedikit sirap rose/pewarna merah
Sedikit esen rose

Cara-cara
1.Masukkan serbuk agar2 [saya guna agar2 tali], gula, esen rose dan air ke dalam periuk.Masak hingga agar-agar dan gula hancur.
2.Masukkan susu pekat manis, susu cair, santan, sirap rose dan garam.Kacau sebati.
3.Tunggu hingga mendidih.Tutup api.
4.Masukkan ke dalam loyang atau bekas kecil2.Sejukkan.