Jumaat, 12 September 2014

KEK COKLAT FUDGE


Assalamualaikum
Bila mood berblog kembali pulih...keraplah mengpdate N3, tapi aduhaiii... lambatnya nak siapkan 1 N3 dek laptop x laju..Jadinya selang selikan dengan aktiviti rumah yang pelbagai, alhamdulillah selesai lah juga.

Nak kabo kek yang superb moist ni, sedapnya....Permintaan anak bujang juga untuk Ulangtahun kelahiran Si Adik..Time birthday dia hari tu tak sempat nak buat kek untuknya, kesian juga Si Abang.Jadi interframe kehendak dia dekat Si Adik.Dia sukakan kek yang moist sambil diberi pilihan gambar kek yang tampak moist untuk dicuba dari google.Memang menepati citarasanya kali ni..alhamdulillah.

KEK COKLAT FUDGE
Sumber; Hairunnisak

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
Sedikit vanilin [juga boleh menggunakan vanila]
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 sudu teh coklat mocca [jika perlu]
1 1/4 cawan air panas

Cara
1.Ayak tepung, soda bikarbonat, serbuk koko, garam dan vanilin.[saya guna esen vanila, maka saya masukkan ke dalam bahan cecair]
2.Pukul gula, telur, susu,minyak dan mocca paste.
3.Campur bahan [1] dan [2] dan kacau rata.
4.Akhir sekali tambah air panas sambil adunan dan dikacau.
5.Masuk dalam loyang
6.Bakar dalam oven 180 darjah C selama 40-45 minit.

Topping
1 sudu besar mentega
Coklat masakan [saya guna 250 gm]
1 sudu besar susu pekat manis

-Saya panaskan secara double boiler
-Bila dah suam baru tuangkan ke atas kek

Rabu, 10 September 2014

RENDANG AYAM

Assalamualaikum..
Maaf la ye, masih menayang menu raya walaupun syawal dah berlalu..harap tak jemu...lama sudah tak mengupdate dan tak menyinggah dapur maya kawan2.Ni baru nak start..heeehe.Tapi yg paling membosankan sebab lampat sangat loading internet ni.Ke laptop dah sarat, sy pun tak pasti..Takpe2...langkah demi langkah akan terus di susun in sha Allah...

Menu rendang ni biasanya rata2 sama jer, tapi ni lah versi yg selalu saya buat.Ni pun buat sikit atas permintaan anak bujang yg nak makan dengan lemang segera hari tu.Tak dibuatkan rasa terawang-awang2 pulak nanti bila dah mula balik asrama.Jadi buat je lah walaupun dah kehabisan lengkuas pd masa kejadian..hmmm .Sweetnya jiwa seorang ibu ye.Macam tu lah perasaan ibu2 kita dulu agaknya melayan putera n puteri tersayang..
Ok, resepinya boleh teropong...heeehe 
RENDANG AYAM
Oleh; Rohah

Bahan
400 gm ayam
15 cili kering, kisar
5 ulas bawang merah, kisar
4 ulas bawang putih, kisar
4 inci halia, kisar
3 cm kunyit hidup, kisar
6 inci lengkuas, kisar [saya tak bubuh, takde stock masa ni, aduhaii..]
3 batang serai, hiris dan kisar
1//3 santan kotak
1 sudu besar kerisik
Air secukupnya
Bancuhan air asam jawa secukupnya
5 helai daun limau purut

Cara
1.Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
2.Masukkan air.Biarkan mereneh bersama ayam.
3.Apabila ayam mulai empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan daun limau purut dan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Biarkan sekejap.
4.Tutup api setelah masak.

Jumaat, 15 Ogos 2014

SOTO SUP TULANG

Assalamualaikum..
Untuk penggemar soto, sesekali bolehlah guna tulang lembu untuk kuahnya.Lebih enak dari rebusan sup ayam..Tapi mungkin tak semua orang gemarkannya.Jadi bolehlah buat pilihan...heheee
Saya lebih suka rebuskan sup tulang tanpa menumis bahan-bahan perencahnya untuk mengelakkan terlalu berminyak.Sebab rebusan sup dengan sendirinya akan mengeluarkan lemak hasil dari lemak lembu tu kan...Namun terpulang pada citarasa masing-masing.Untuk yang gemar di tambah sambal kicap, bolehlah buat sekali sambal tersebut.Tapi saya lebih suka kosong macam tu je..eheee.
SOTO SUP TULANG
Oleh; Rohah

Bahan-bahan Sup Tulang
Tulang lembu
Air secukupnya
Bawang besar, hiris
Bawang putih, hiris
Halia, diketuk
Kayu Manis
Bunga lawang
Lada putih
Sup Bunjut
Kiub lembu knorr secukupnya
Garam
Sedikit Gula

Bahan Lain
Beberapa ketul ayam, didigoreng dan siat
Ketupat Nasi, direbus
Suhun, di goreng 
Kacang tanah, digoreng

Bahan taburan:
Tauge
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Sambal Kicap
Cili api secukupnya
Sedikit bawang putih, ketuk
Jus limau nipis jika perlu
Sedikit garam dan gula
Sedikit air
;;;masak kesemua  bahan  hingga mendidih

Cara menyediakan:
1.Rebus tulang lembu dengan air secukupnya dalam anggaran 1 jam 30 minit.
2.Apabila sudah agak lembut dagingnya, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, sup bunjut, bunga lawang, kulit kayu manis dan kiub lembu.Teruskan mereneh sehingga tulang betul2 empuk.
3.Masukkan pula sedikit gula dan garam apabila sup kelihatan sudah sebati.Diikuti pula dengan lada putih kisar.
4.Tutup api dan hidangkan sup bersama bahan-bahan taburan.
5.Hidangkan bersama hirisan ketupat nasi, suhun goreng dan isi ayam beserta bahan-bahan taburan yang lain. 

Rabu, 13 Ogos 2014

BISKUT CASABLANCA

Assalamualaikum..
Saya percaya ramai yang masih dalam mood raya ....pasti sibuk dengan aktiviti kunjung- mengunjung dan tak lupa juga menanti tetamu tiba ye...alhamdulillah, moga ukhuwah masih kekal ceria berpanjangan dengan adanya hari lebaran..
Selingan N3 biskut raya yang masih tertunda...eheee...mood raya katakan...
Rangup hasilnya, t/kasih kepada Chef Zubaidah atas perkongsian resepinya.Thanks Kak Yatie, atas sumber resepinya juga.
BISKUT CASABLANCA
Resepi;Chef Zubaidah
Sumber;Yatie

Bahan A
130 gm mentega
20 gm shortening
70 gm gula kastor

Bahan B
30 gm nestum, diramas
30 gm oat, panggang dan kisar
30 gm serbuk badam
20 gm bijan hitam

Bahan C
25 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
150 gm tepung gandum

Hiasan
Ceri merah dan hijau, kuning telur

Cara-cara
1.Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
2.Masukkan bahan C dan uli lembut, kemudian canai menjadi kepingan nipis.
3.Terap dengan acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dengan ceri merah dan hijau.
4.Bakar pada suhu 140 darjah C, selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Rabu, 6 Ogos 2014

SALAM LEBARAN, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN



Di kesempatan ini saya ingin memohom jutaan kemaafan 
di atas segala kekhilafan diri sepanjang perkenalan dan perkongsian ilmu di alam maya ini.

''SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN''


Rabu, 23 Julai 2014

TART NENAS TERATAI


Assalamualaikum
Alhamdulillah...seronoknya dapat mencuba resepi tart yang sangat sedap ni.Tahun lepas dah aim resepi ni, tapi terbengkalai.Tahun ni baru tercapai hasrat di hati.Lebih-lebih lagi bila tengok pic tart Kak Ita, makin teruja nak membuatnya..

Walaupun tak secantik mana tart saya ni dipandang, namun keenakan rasa tart ni mengatasi segalanya..Sebiji demi sebiji masuk mulut.....belum menjelang raya tu, mahunya nanti tinggal balang jew..heheeee..TQ kepada penyumbang resepi asal, seterusnya Kak Anim dan Kak Ita yang sudi berkongsi resepinya.
Untuk jem tart ni, saya guna yang ready made je...huhuuu....tak rajin nak memarut.Tapi untuk resepi Jem Nenas Kak Anim, saya ada sertakan sekali di sini sebagai rujukan.

TART NENAS TERATAI
Sumber asal; Kak Anim
Sumber; Azlita

Bahan
4 oz butter/ 115 gm
4 oz minyak sapi/ 115 gm
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum/ 450 gm
Sedikit garam
Air sejuk

Cara
1.Pecahkan telur dalam bekas adunan.
2.Masukkan butter dan minyak sapi.
3.Gaul hingga sebati hanya menggunakan whisk.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5.Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tart yang tebal.
6.Bakar pada suhu 170 C-180C selama 20-25 minit.

JEM NENAS
Oleh; Kak Anim

Bahan
10 biji nenas, disagat dan toskan airnya
3 kampit gula
Sedikit pewarna kuning

Cara
1.Kacau nenas dan gula.
2.Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
3.Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.




Isnin, 21 Julai 2014

BISKUT DAHLIA


Assalamualaikum..
Kemeriahan syawal semakin dirasai.Ramadhan pun tinggal beberapa hari saja lagi akan meninggalkan kita.Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi di ramadhan akan datang in sha Allah.Yang pastinya syawal tahun ini saya dan keluarga menyambutnya tanpa Bonda di sisi sepertimana syawal2 yang lalu..Moga syawal yang bakal dilalui menggarap suasana yang tenang sekalipun ketiadaan Bonda tersayang.Sebelum ni Bonda lah orang yang paling sibuk bila menjelmanya syawal.Sudah tentu ketiadaannya kali ini membuatkan kami terus terkenang2 bila mengimbas hari2 yang berlalu.Namun alhamdulillah masih ada Ayahanda yang dikasihi untuk kami semua meneruskan keakraban yang saling terjalin ini..Syukur.

Inilah antara biskut yang menjadi kegemaran saya semenjak zaman kanak-kanak lagi.Pantang jumpa di setiap kunjungan aidilfitri di ruman teman2 dan sanak saudara, pasti akan saya capai dulu biskut dahlia ni untuk menyicipi keeanakannya.Namun tak dinafikan tidak semua biskut dahlia mempunya rasa yang sama dengan tepat sekali, sedikit perbezaan pasti ada.

Kiranya resepi biskut dahlia kali ni antara resepi yang sedap yang pernah saya cuba.TQ kepada semua sumber resepi yang terdahulu kerana sudi berkongsi.Tq  kepada Mas yg merupakan sumber rujukan terdekat saya untuk menghasilkan biskut dahlia ni.
BISKUT DAHLIA
Resepi;Norazie-Resepi.net
Sumber;Mas

Bahan
300 gm mentega [saya guna marjerin]
160 gm gula aising [guna 120 gm je]
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis
1 camca teh esen vanila
240 gm tepung gandum* [jika adunan masih lembik,boleh tambah sedikit-sedikit]
100 gm tepung jagung*
160 gm tepung kastad* [saya guna 200 gm]
Bahan bertanda [* ] diayak
Ceri merah dipotong kecil untuk hiasan

Cara
1.Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanila/rose dan putar hingga kembang.
2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung biskut dahlia.Tekan atas dulang pembakar.Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri.Bakar dalam oven yang telah dopanaskan pada suhu 175 C selama 15-20 minit. [brgantung pada jenis oven masing-masing]
4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan.Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.







Sabtu, 12 Julai 2014

KUIH LEPAT PISANG

Assalamualaikum...
Tengok kepada bahan dan adunan, saya dah jangka rasa kuih lepat ni macam Getuk Pisang yang biasa nenek dan arwah mak pernah buat dulu2 kala.Cuma bezanya kuih kak CT ni dibungkus dalam daun pisang kemudian baru dikukus.Berbeza dengan Getuk Pisang, bahan seperti pisang tanduk direbus dahulu, barulah dilenyek dan diurap dengan kelapa parut dan gula, kemudian ditekan-tekan dalam loyang.Seterusnya bolehlah dihiris dan dihidang.Diapunya rasa memang sama, cuma penyediaannya ada sedikit perbezaan.
Sedap kuih lepat ni, sebab kelapa parut telah digaul sekali dengan pisang tu, kenyal2 lemak dalam mulut..Mengenyangkan sebab isipadu pisang yang padat dan tidak menggunakan tepung yang banyak...Tq Kak CT kerana berkongi resepi.
KUIH LEPAT PISANG
Resepi; Che CT

Bahan-bahan
2 batang pisang tanduk, lecek halus
5 sudu besar gula pasir
1/3 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut putih
Secubit garamn

Daun pisang secukupnya-dilayurkan dahulu [saya tak layur]

Cara-cara
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk dan digaul adunan hingga rata.
2.Sudukan anggaran 3-4 sudu besar adunan di atas daun pisang yang sudah dilayur.Lipat dengan kemas dan susun dalam periuk kukus.
3.Kukus kuih dalam anggaran15 minit.Selamat mencuba.

Khamis, 10 Julai 2014

SUP AYAM CENDAWAN PETIR

Assalamualaikum

Keenakan pada rasanya berbanding spesis cendawan2 lain memang tak dapat dinafikan..Agak luar biasa bila telah dinikmati.Kali ni masuk kali kedua  dapat makan cendawan petir ni, sebab susah nak dapat.Seangkatan juga dengan namanya yang agak unik.Dipanggil juga sebagai Kulat Tahun.Boleh baca info di SINI.
gambar; Google


Saya buatkan sup je, memang berselera dibuat hidangan ketika sahur.Cukup lembut isi cendawan ni, dan rasa segar bila dihirup kuah supnya walaupun penyediaannya cukup simple.
SUP AYAM CENDAWAN PETIR
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
5 ketul bahagian ayam, potong kecil isinya
Beberapa ketul kaki ayam
Cendawan petir secukupnya
1 labu bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
Cili api secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada sulah
Daun sup
Minyak untuk menumis

Cara
1.Tumiskan bawang sehingga layu dan garing.Masukkan air dan renehkan.
2.Masukkan kaki ayam dan biarkan separa empuk, barulah dimasukkan hirisan isi ayam.
3.Tuangkan cendawan dan butiran cili api.Biarkan sehingga cendawan masak.
4.Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula.
5.Hidangkan bersama hirisan daun sup.



Isnin, 7 Julai 2014

PAIS IKAN BONDA


Assalamualaikum..
Sekali lagi hati saya terkenang pada arwah Bonda tercinta bila cuba memulakan N3 ini.Manakan tidak, inilah kiranya resepi terakhir Bonda yang sempat saya pelajari dari beliau.24/2 gambar ini diambil, di mana ketika ini Bonda sudah tidak sihat dan mula berulang alik dari hospital dan rumah saya.
Mengenangkan pesanan doktor pd masa tu kalau boleh Bonda disajikan dengan makanan yang tidak berminyak, maka saya cuba sediakan ikan pais kegemaranya.Sempat saya meminta resepi asli beliau masa tu, sementara dia rehat santai diruang tamu.Setelah bahan2nya siap, dia sudi duduk menemani saya dimeja makan ruang dapur sambil memerhatikan saya membungkus ikan pais ni....Ermmm, rindu syhadu menggamit setiap kali terkenang detik2 paling berharga ni... Al Fatihah yang tiada berpenghujung untuk mu Bonda..
Oklah, rasanya setiap resepi ikan pais ni bahannya lebih kurang sama, kalau ada pun beza yang tak ketara..
                                      SeLaMaT MeNcUbA..
PAIS IKAN BONDA
Resepi: Bonda

Bahan-bahan
5 ekor ikan, saya guna ikan mabong
6 tangkai cili besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 batang serai ambil isi putihnya
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, hiris halus
Daun pisang secukupnya
Lidi secukupnya untuk menegetip balutan daun pisang

Cara
1.Tumbuk kesemua bahan di atas kecuali garam, gula dan daun kunyit.Setelah lumat, gaulkan bahan-bahan tadi bersama bancuhan air asam jawa dan sebatikan dengan sedikit garam dan gula.
2.Hamparkan daun pisang.Lumurkan ikan dengan bahan2 tadi.Taburkan juga hirisan daun kunyit keseluruh badan ikan.Kemudian balut ikan dengan daun pisang dengan kemas dan kepilkan dengan lidi.
3.Panggang atas api dan alih2 kan sehingga ikan masak.

Sabtu, 5 Julai 2014

KEK UBI KAYU

Assalamualaikum..
Ubi kayu pun sedap bila dah diolah menjadi sebiji kek...Keenakannya dah saya jangka...lembap dan lemak2 gitu rasanya.Ni semua penangan dr stock ubi kayu dr kampung yang banyak pd penghujung tahun lepas.Sampaikan tak terkejar nak buat apa lagi dengan ubi kayu tu.Nak buat resepi yang lebih2 bergantung pada mood pulak..Tapi hajat dihati waktu tu teringin sangat nak makan kek berunsurkan ubi kayu ni.Mencari-cari resepi, resepi Along Roz jadi pilihan, sebab nampak kek yang ada tu nampak moist...Bagi saya memang tak mengecewakan, lemak2 gitu diapunya penampilan rasanya..

KEK UBI KAYU
Sumber; AlongRoz

Bahan-bahan [9 inci]
1 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula halus
5 biji telur
1 1/2 cawan 
1/2 tin susu manis
1 sudu makan baking powder [saya kurangkan]
3 cawan ubi kayu, sagat dan tapis
1 sudu makan vanila

Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.Masukkan tepung, susu pekat, baking powder sambil dipukul.Masukkan ubi kayu dan akhir sekali vanila.Sedikit pewarna kuning jika suka.
2.bakar pada suhu 175 darjah C selama 40-45 minit sehingga masak.

Jumaat, 4 Julai 2014

AYAM BAKAR REMPAH BALI

Assalamualaikum...
Macam tak percaya pulak bila lihat tarikh pic ni diambik tercatat angka 19/6/2013...Rasa macam baru jamah je lauk ni...Rupanya dah setahun umurnya dalam simpanan folder....Maknanya begitu pantas masa berlalu melingkari kehidupan seharian kita...subhanallah.


Dek baru2 ni kemas kini folder lama, maka terjumpalah pic2 yang tak berEntri lagi, sebahagiannya noted resepinya dlm draf blog...sebahagiannya tak tahu mana satu resepinya...ishhh..Pinngirkanlah dulu bab2 yang memeningkan kepala tu..Buat kerja lain, kan...

Teringat-ingat lagi keenakan ayam rempah bali ni...sampai anak bujang tambah nasi masa tu...Sedap katanya.Tapi memang ya, memang enak, aroma dan salutan rempahnya yang menaikkan rasa ayam ni, berbaloi...

Jumpa lagi ye...

AYAM BAKAR REMPAH BALI 
Resepi; Majalah Sedap

Bahan [anggaran 8 orang]
1 ekor ayam, potong 8 bahagian
1 1/2 sudu makan air asam jawa
2 helai daun salam
2 cm lengkuas, diketuk
4 helai daun limau purut, buang tulangnya
1 sudu makan kicap manis
2 sudu teh garam
1 sudu makan gula merah
200 ml air kelapa
3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 sudu teh belacan, bakar
5 biji cili keriting
3 biji buah keras, sangai
2 cm halia

Cara membuatnya
1.Lumur ayam dengan air asam jawa.Biarkan selama 20 minit.
2.Bakar sehingga setengah masak.Ketepikan.
3.Tumis bahan kisar, daun salam, lengkuas dan daun limau purut hingga terbit aroma.
4.Masukkan ayam.Kacau rata hingga ayam tersalut rempah.
5.Masukkan kicap manis, garam dan gula merah.Kacau rata.
6.Tuangkan air kelapa secara berperingkat-peringkat.Masak sehingga matang dan menyerap.
7.Bakar sehingga terbit aroma dan kecoklatan sambil disapu baki rempah.

Khamis, 3 Julai 2014

SUP AYAM HADNYAI

Assalamualaikum..
Hidangan sup memang tak jemu dijamah kan...yang pastinya menyegarkan dan tergolong dalam menu sihat untuk diamalkan..
Sekali hirup pasti menyusul lagi hirupan demi hirupan, memang merangsang kesegaran pada tubuh kita..
Langsung teringin nak jamah Sup Ayam Hadnyai ni bila ternampak kat dapur Kak Amie beberapa hari yang lepas..Yang pastinya sebab mudah disediakan dan tak muak untuk dijadikan hidangan sahur sekali..Kelainannya pada rasa tetap ada, mehlah cuba...
SUP AYAM HADNYAI
Resepi;Pyonda

Bahan-bahan
1 kg ayam, potomg ikut suka
5 batang serai, tumbuk pecah
7 cm lengkuas, hiris sederhana nipis dan tumbuk pecah
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 liter air
Sedikit minyak
Garam atau perasa pilihan
Hirisan daun sup dan daun bawang serta daun dan batang saderi [saya guna daun ketumbar dan  daun sup]

Bahan Tumbuk
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 biji cabai
4 cm halia
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan gaul rata.Tutup selama 5 minit.
3.Masukkan batang saderi.
4.Tambahkan  air.Biarkan hingga masak.
5.Perasakan dengan garam/ perasa pilihan.
6.Hidangkan bersama daun bawang, daun sup dan perahkan sedikit limau nipis.