Ahad, 13 Mei 2012

PENGAT PISANG



Assalamualaikum..
Selamat berhari minggu..
Masih topik pisang lagi ni..hehe...Menu simple je.Semua ni permintaan cik abang yang gemar sangat dengan menu berasaskan pisang.Yang pastinya semua orang boleh buat untuk keluarga tersayang...



PENGAT PISANG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
20 ulas pisang awak | hiris
3 cawan santan
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
2 sudu besar sagu | direndam bersama sedikit air

Cara:
1.Satukan sagu, daun pandan dan santan dalam periuk.Masak sebentar agar sagu cepat kembang dan sesekali dikacau.
2.Masukkan santan, pisang, garam dan gula.Kacau sentiasa sehingga mendidih, agar tidak pecah minyak.
3.Matikan api setelah masak.






Jumaat, 11 Mei 2012

SAMBAL UDANG




Salam...
Sambal Udang ni adalah sambal untuk nasi lemak yang saya buat hari tu.Saje updatekan sekali lagi..



Sambal Udang
Bahan-bahan:
250gm udang (15 ekor)
8 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
2cm halia | tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar hingga layu dan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan udang, kacau dan masukkan bancuhan air asam jawa.Perasakan dengan garam.Renehkan.
3.Masukkan pula garam secukup rasa, biarkan masak.
4.Tutup api

Rabu, 9 Mei 2012

BINGKA PISANG



Selamat malam semua...
Cerita pisang saya masih belum berakhir tau, macam yang saya cakap semalam..Kali ni Bingka Pisang pulak..Permintaan cik abang ni...Dia nak bingka yang banyak pisangnya tau, bukan banyak tepungnya ...Saya kata, kalau berniaga tak pulang modal ni..hehe..jangan ada yang terasa yeaaa, gurau2 je ni.Tapi sebab pisang dia banyak, memang ada pulangan bab "rasa"lah kan.Memang tak mengecewakan..Resepinya ada kat bawah tu yeee..



BINGKA PISANG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan: (loyang 22cm)
15 ulas pisang awak*
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula*
1/2 cawan minyak masak*
1 cawan santan* (sederhana pekat)
1/2 sudu kecil garam*
1 biji telur*

Cara:
1.Kisar kesemua bahan bertanda (*).Masukkan bahan kisar dalam bekas dan satukan dengan tepung gandum.Kacau dengan whisk hingga sebati.
2.Griskan loyang dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang berukuran 8".
3.Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius dan bakar adunan selama 1 jam.Tambah 5 minit lagi pembakaran menggunakan api atas sahaja 
4.Potong setelah sejuk.









Selasa, 8 Mei 2012

LEPAT PISANG



Salam santai...
Rinduku nak makan lepat, sudah terurai..sampaikan dibelikan pisang bersikat2, ranum2 pulak tu..Selagi ada pisangnya selagi itulah projek berkaitan pisang tak akan habis..tunggu je lah lepas ni apa pulak yang akan keluar ye..jeng3..
Yang ni kita layan dengan Lepat Pisang je dulu eiihh...



LEPAT PISANG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
20 ulas pisang awak
1/2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu kecil garam

Bahan lain:
Daun pisang secukupnya
1 cawan kelapa parut* | digaul bersama 
Sedikit garam*

Cara:
1.Layur daun pisang di atas api.Ceraikan daun mengikut saiz yang sesuai.
2.Kisarkan pisang bersama gula dan garam menggunakan blender.
3.Gaulkan tepung bersama pisang yang dikisar tadi.Kacau sebati.
4.Sendukkan adunan ke atas daun pisang.Ratakan sedikit.Bubuh kelapa parut ditengah-tengahnya dan senduk sekali lagi adunan untuk menutupi kelapa parut tadi.Gulung kemas dan lipat bahagian atas dan bawah dengan sempurna.Boleh potong sedikit hujung kedua-dua belah daun jika suka untuk tampak kemas.
5.Kukus selama 25 minit atau sehingga masak (daun nampak hijau kekuningan /layu).



IKAN SELANGAT GORENG BERLADA

Selamat tengahari dan menjamu selera.. 
Lauk apa yang u all makan untuk tengahari yang panas hari ni?   yang dalam ni bukan lauk untuk hari ni, tapi beberapa hari yang lalu..Simple aje..

IKAN SELANGAT GORENG BERLADA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
8 ekor ikan selangat | goreng
25 tangkai cili kering | kisar 
1 labu bawang besar | hiris
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Air asam jawa secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar dan bahan kisar hingga naik minyak.Masukkan bancuhan air asam jawa secukupnya.Biarkan ia mereneh dan pekat, barulah dimasukkan ikan yang telah digoreng tadi.
2.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.kacau sebati.Biarkan seketika.
3.Tutup api setelah masak.

Isnin, 7 Mei 2012

NASI LEMAK SAMBAL UDANG



Salam manis...
Rasanya semua orang dah pandai masak nasi lemakkan...cuma mungkin ada perbezaan sedikit dari sebahagian kecil bahan-bahan yang dimasaknya.
Yang ni pun saya buat nasi lemak yang biase2 je, jomlah jalan2 tengok resepinya..



NASI LEMAK
resepi: rohaisha

Bahan-bahan:(anggaran4-5 orang)
2 cawan beras | cuci bersih
2 3/4 cawan santan
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
2 hiris halia

Cara:
1.Cuci bersih beras.
2.Masukkan santan, garam, halia dan daun pandan ke dalam periuk.
3.Masak hingga tanak dan sesekali dikacau.
6.Hidangkan bersama sambal udang dan bersama bahan-bahan tambahan.


Bahan lain:
4 biji telur rebus
Kacang tanah goreng secukupnya 
Timun secukupnya.

Sambal Udang
Bahan-bahan:
250gm udang (15 ekor)
8 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
2cm halia | tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar hingga layu dan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan udang, kacau dan masukkan bancuhan air asam jawa.Perasakan dengan garam.Renehkan.
3.Masukkan pula garam secukup rasa, biarkan masak.
4.Tutup api

KOCI LABU & Award dari Kak Shahriah Abdullah



Selamat malam..
Kuih koci ni memang menjadi kegemaran saya sejak dari  kecik lagi.Kenangan yang tak dapat saya lupa ialah membungkus koci ketika saya kecik dulu di majlis kenduri orang kahwin (rewang).Bonda saya memang selalu bawak kami adik beradik rewang setiap kali ada majlis walimah.
Koci labu ni enak bila isi labunya lebih banyak berbanding tepung pulut, jadinya taklah terasa liat sangat.Step2 ringkas menyediakan koci dapat juga saya memorandumkan kat sini untuk rujukan teman-teman yang gemar makan kuih koci.Namun cara membungkus kuih ni mungkin ada perbezaan sedikit di beberapa negeri lain.Yang ada kat sini style "JOWO" selangor..he he.
Sebelum tengok2 pic Koci Labu saya ni, sempat juga saya bawak balik Award dari Kak SHAHRIAH ABDULLAH yang merupakan seorang novelis dan peserta rancangan Masterchef Malaysia musim pertama.Award ni memang hadiah dari beliau untuk semua blogger  yang juga teman alam maya beliau, katanya.Terima kasih Kak Sha atas niat tulusnya terhadap rakan2 blogger lama dan baru, terutamanya yang baru macam saya nie, seolah2 macam tak layak untuk ku dapatkannya.Akak memang sporting...





KOCI LABU
resepi:rohaisha

Bahan-bahan: (anggaran 20 biji)
3 cawan labu ( yang telah direbus ) | dilecek
2 cawan tepung pulut

Bahan lain:
Daun pisang | jemur di bawah cahaya matahari untuk melembutkan daun (agak2)
Minyak masak | untuk masukkan  adunan koci yang telah diintikan (lumuran)

Cara:
1.Rebuskan labu yang telah dikupas kulitnya dengan anggaran 2 cawan sehingga empuk dan toskan.
2.Lenyekkan 2 cawan labu yang telah direbus, dan biarkan seketika.(lenyek ketika masih panas).
2.Campurkan terus tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan labu lenyek tadi, sebatikan dan uli sehingga sebati.
3.Bulatkan adunan tepung sebesar limau nipis dan buatkan lubang ditengahnya untuk memasukkan inti ke dalam lubang tersebut.Tutup seperti kita meletakkan inti pau dan bulatkan semula.Celupkan bulatan koci tadi ke dalam minyak masak sebelum dibungkus dengan daun pisang.
4.Potong daun pisang sebesar bungkusan nasi lemak, kemudian guntingkan setiap bucunya menjadi seperti bulatan.
5.Lipat daun seperti bentuk kon, kemudian masukkan koci yang telah berlumurkan minyak masak ke dalam kon daun pisang tadi.(*pastikan untuk mulakan membuat kon daun pisang ini bermula dari bahagian daun yang keras dahulu..lihat gambar di bawah ye..).
6.Tolak satu bahagian daun ke tengah, kemudian lipat kiri dan kanan bahagian daun.Akhir sekali lipat/selitkan bucu lipatan yang tinggal ke bahagian bawah lipatan kiri dan kanan tadi.Kemaskan dan atur ke dalam periuk kukusan.Buat sehingga habis.
7.Kukus koci selama 20 minit atau sehingga masak (*daun pisang berubah warna hijau kekuningan apabila kuih telah masak).

Inti:
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah

Cara:
1.Satukan kelapa dan gula dalam kuali.Kacau atas api sederhana hingga sebati dan masak.Sejukkan.
2.Gentel bulat inti sebesar telur puyuh secukupnya.









STEP BUAT KUAIH KOCI
1.









2.
.
3.


4.

Sabtu, 5 Mei 2012

ROTI JALA




Assalamualaikum..
Jangan silau mata tengok kombinasi kalerr roti jalaku ini..keh keh keh...pink + oren, kecik bola mata hitam masa edit2 pic ni, berpinar pun ada..tak boleh dah nak ku slow2kan kaler dia.Kedua-dua kalerr memang garang semacam bila disatukan, pastu ditambah pulak dengan studio tak cukup alat (kih3..) tu yang semacam ajee..
Mula-mula bancuh 1 adunan, rupa-rupanya belum habis menjala, rotiku dah mula susut.Makanya bancuhlah 1 trip lagi, alhamdulillah hampir langsai malam itu juga ...baki 3ketul je.



ROTI JALA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1sudu besar minyak masak
marjerin | untuk lenserkan kuali

Cara:
1.Satukan kesemua bahan kecuali marjerin dalam satu bekas, kacau menggunakan whisk hingga sebati.
2.Tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian,titiskan warna kegemaran.
3.Masukkan adunan dalam botol muncung.
4.Panaskan kuali dan lenserkan dengan marjerin.Picitkan adunan atas kuali mengikut corak disukai / secara berslang seli.
5.Lipat bahagian kiri dan kanan roti jala,kemudian gulung.





Kari Ayam Roti Jala
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 bahagian ayam | potong kecil
3 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1cm halia | kisar
1/2-1 kentang | potong dadu  
2 sudu besar serbuk kari *
1 sudu kecil serbuk cili * | dibancuh bersama dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
1 kiub ikan bilis knorr
1/2 cawan susu cair
1 1/2 air
1 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar dan daun kari hingga layu.Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.Biarkan hingga naik minyak.Masukkan juga bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.Seterusnya masukkan kiub bilis knorr, ayam dan ubi kentang.Kacau dan masukkan air.Biarkan mereneh sehingga kentang empuk.
2.Setelah ayam dan kentang empuk, masukkan susu cair dan renehkan seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Tutup api.



KARI AYAM ROTI JALA






Kari Ayam Roti Jala
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 bahagian ayam | potong kecil
3 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1cm halia | kisar
1/2-1 kentang | potong dadu  
2 sudu besar serbuk kari *
1 sudu kecil serbuk cili * | dibancuh bersama dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
1 kiub ikan bilis knorr
1/2 cawan susu cair
1 1/2 air
1 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar dan daun kari hingga layu.Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.Biarkan hingga naik minyak.Masukkan juga bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.Seterusnya masukkan kiub bilis knorr, ayam dan ubi kentang.Kacau dan masukkan air.Biarkan mereneh sehingga kentang empuk.
2.Setelah ayam dan kentang empuk, masukkan susu cair dan renehkan seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Tutup api.



SOTONG BERKUAH TELUR




Salam mahabbah..
Resepi ni memang selalu saya buat..yang paling suka ialah anak2 saya,kalau boleh nak ratah macam tu je..Lagi enak kalau kuahnya tidak terlalu banyak, tapi kalau kering sangat rasa cam tak best pulakkan...Sedang2 je lah senang cerita.Resepinya pun "senang cerita" gak.



SOTONG BERKUAH TELUR
resepi oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
600gm sotong | potong kecil
2 biji telur
1 labu bawang besar/holland | hiris
5 biji bawang merah | tumbuk
4 ulas bawang putih | tumbuk
4 tangkai cili besar | tumbuk  (2 lagi boleh buat hiasan jika mahu)
2cm halia | hiris halus memanjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 tankai serai| titik
1/2 -1 cawan air 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar halia dan serai, biarkan seketika.
2.Masukkan pula bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan serbuk kunyit dan sedikit gula.Kacau rata.
3.Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup kuali dalam masa 2-3 minit sahaja.(jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat)
4.Masukkan garam, sebatikan dan kacau rata.Kemudian pecahkan telur.Kacau sebentar/ sekadarnya.
5.Taburkan lebihan hirisan bawang besar/cili merah.Tutup api.